Persatuan Penduduk
Persatuan Penduduk
Semenyih, Negeri Selangor
Latar Belakang
Impiana Apartment ialah sebuah bangunan kediaman yang terletak di Semenyih, Negeri Selangor. Bangunan ini mempunyai kepadatan penduduk yang rendah serta selesa bagi keseluruhan 66 unit kediaman bersaiz 720 kaki persegi. Bangunan ini mempunyai 4 tingkat, namun kemudahan lift disediakan bagi memudahkan urusan harian penduduk. Setiap unit kediaman di apartment ini dijual secara "fully funished" dimana kebanyakan kelengkapan rumah telah siap disediakan kecuali mesin basuh dan peti ais sahaja. Pemaju telah memulakan penyerahan kunci kepada pemilik unit kediaman bermula pada bulan Januari 2018. Persatuan Penduduk juga telah ditubuhkan pada tahun yang sama bagi menyelia, mengurus dan memantau urus tadbir bangunan serta mengadakan lain-lain berkaitan aktiviti sosial sesama penduduk.
Harta bersama merujuk kepada harta di dalam kawasan bangunan apartment yang bukan dimiliki oleh pemilik unit kediaman seperti yang termaktub didalam kontrak jual beli mereka. Harta bersama ini akan diuruskan oleh persatuan penduduk secara bersama samada secara langsung atau melalui kontraktor penyelengara yang dilantik bagi menjamin penyelengaraan untuk keselamatan serta keselesaan berterusan. Berikut ialah senarai fasiliti dan kemudahan harta bersama yang terdapat di Impiana Apartment;
1. Lift (sedang beroperasi)
2. Tangga (siap dipasang batu mozek)
3. Susur Koridor ( dicadangkan untuk pemasangan mozek pada masa depan)
4. Pam air dari tangki utama ke tangki bangunan apartment (sedang beroperasi)
5. Pam air dari tangki bangunan ke unit kediaman (sedang beroperasi)
6. Tempat letak kereta (designated) (1 unit 1 tempat letak kereta- ditentukan oleh pemaju)
7. Ruang dewan terbuka ( dicadangkan untuk dinaik taraf menjadi dewan tamu)
8. Tapak Surau (akan dibangunkan secara bersama dengan penduduk Clover Homes pada masa depan)
9. Pejabat persatuan/kontraktor penyelengaraan (1 unit)
10. Pagar disekeling bangunan apartment
11. Rumah sampah
12. Tandas awam di aras bawah
13. Sistem keselamatan keluar masuk kad elektronik
Beberapa aset sedang dalam proses pertimbangan untuk perolehan dalam masa terdekat pada tahun 2018 ialah seperti berikut;
1. Pintu Pagar Utama ( fasa permulaan ialah manual dan boleh dinaiktaraf menjadi automatik pada masa depan)
2. Kerusi untuk kegunaan sosial penduduk
Golden Pavilion Development Sdn Bhd
Lot 31M-3 Kelana Mall SS6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor
03-788 66109
Peta Lokasi