iLearnEduHub merupakan sebuah pusat pengembangan pembelajaran yang diasaskan di bawah inisiatif Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA), dengan matlamat melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, berakhlak mulia serta memiliki nilai tambah yang tinggi.
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan pilihan yang berwibawa dan berdedikasi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, serta memiliki integriti dan akhlak mulia selaras dengan inisiatif Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA).
1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan secara profesional dan sentiasa mesra pelanggan.
2. Melaksanakan sesi pembelajaran yang dinamik, interaktif, dan berorientasikan silibus kebangsaan terkini.
3. Menerapkan budaya integriti, pembentukan sahsiah yang baik, dan nilai murni secara konsisten di dalam kelas.
Suasana bilik darjah yang selesa, interaktif, dan fokus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Akta Syarikat 1965. Kami merupakan amil zakat bertauliah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan terlibat secara aktif dalam kesejahteraan masyarakat. Kami berusaha untuk menjadi landasan utama yang memacu perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.