Sekiranya berlaku pertindihan tempahan, keutamaan akan diberikan kepada program Pertubuhan IKRAM Malaysia
Penganjur hendaklah menyusun semula kerusi, meja dan peralatan-peralatan lain sebaik sahaja program selesai
Pengguna dewan perlu memakai pakaian yang kemas dan menutup aurat
Pastikan semua kemudahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik seperti asal
Penganjur hendaklah memastikan keadaan kawasan sentiasa kemas dan bersih semasa dan selepas aktiviti dijalankan
Tidak dibenarkan membawa keluar meja, kerusi, peralatan dan kemudahan yang disediakan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran
Tidak membuang sampah merata-rata
Sila jaga tingkah laku dan adab semasa berada di dalam kawasan pejabatÂ
Sampah sarap yang terkumpul mesti dibuang ke dalam tong sampah besar di bawah bangunan terletak di belakang bangunan dengan beg plastik diikat kemas sebaik sahaja program tamat. Disarankan pergi berdua untuk tujuan keselamatan
Hanya peralatan yang dibenarkan dan dibekalkan sahaja yang boleh digunakan untuk kegunaan program
Penganjur akan dikenakan bayaran ganti rugi untuk setiap kehilangan atau kerosakan peralatan atau kawasan aktiviti yang kotor
Segala peralatan dapur (cawan, pinggan, mangkuk dll) yang digunakan hendaklah dicuci setelah digunakan
Kelulusan tempahan akan tertakluk kepada pihak pengurusan. Sebarang pembatalan tempahan akan dimaklumkan dengan segera kepada PIC berkenaan.
Sekiranya panduan ini tidak dipatuhi, pihak pengurusan berhak menolak permohonan pada masa akan datang
Sebarang pertanyaan lanjut, sila Whatsapp Admin IKRAM BTR di talian wa.me/601158969194/