TVETMARA Bintulu menyediakan kemudahan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan semua. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
Kolej kediaman - menyediakan penempatan bagi pelajar lelaki dan perempuan.
Surau - kemudahan surau yang berdekatan dengan blok akademik. (Masjid Jepak 3 km daripada TVETMARA Bintulu).
Perpustakaan - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku, kemudahan internet dan bahan bacaan.
WiFi (Seluruh kampus termasuk asrama) - menyediakan prasarana jaringan jalur lebar yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran.
Koperasi - menjual barang-barang keperluan terutamanya alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan.
Kafeteria - menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman kepada pelajar - pelajar.
Kemudahan sukan - padang bola sepak, gelanggang tennis, gelanggang takraw, padang street soccer, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring, gelanggang badminton, memanah, petanque dan lain - lain
Kemudahan gymnasium
Pengangkutan - bas, van & pickup di IKM Bintulu disediakan untuk kemudahan semua.