IKATAN, atau Ikatan Pelajar Islam Pahang, adalah sebuah organisasi pelajar Islam yang ditubuhkan pada tahun 1986 di negeri Pahang, Malaysia.
Organisasi ini diasaskan oleh Dato' Sri Saifuddin Abdullah dengan tujuan untuk membangunkan pelajar-pelajar Islam dalam aspek akademik, kepimpinan, dan akhlak.
Nama asalnya ialah Ikatan Pengkajian Islam Pahang, tetapi pada tahun 2011, ia ditukar kepada Ikatan Pelajar Islam Pahang untuk memenuhi keperluan pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), dan kini mempunyai nombor pendaftaran PPBM7131/11.
IKATAN berfungsi sebagai salah satu daripada 14 badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan menggerakkan aktiviti berdasarkan teras idealisme, intelektualisme, aktivisme, dan spiritualisme.
Organisasi ini aktif dalam pelbagai program pembangunan diri, kepimpinan, dan kesedaran Islam untuk menggalakkan pertumbuhan sahsiah pelajar Islam di Pahang.
IKATAN merupakan badan gabungan negeri bagi PKPIM
IKATAN merupakan badan gabungan bagi Majlis Belia Negeri Pahang
Setiap organisasi mempunyai struktur kepimpinan yang tersendiri bagi melaksanakan matlamat penubuhan organisasi tersebut.
Berikut merupakan senarai barisan pimpinan utama IKATAN :
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua 1
Naib Yang Dipertua 2
Setiausaha Agung
Bendahari Kehormat
Penolong Setiausaha Agung 1