ID Event telah ditubuhkan pada tahun 2021. Pada awal penubuhan syarikat ini dikenali sebagai Kelab Cabaran Pengembaraan yang didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau lebih dikenali sebagai ROS pada tahun 2015. Dengan kejayaan mengendalikan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan penganjuran aktiviti sukan rekreasi dan pembekalan peralatan sukan rekreasi serta perkhimatan pencetakan T-Shirt, Banner, Bunting, cenderahati dan lain-lain bahan pencetakan, maka pada tahun 2021, syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
Antara objektif kami adalah:
Mengambil bahagian di dalam perniagaan berasaskan sukan dan rekreasi serta industri pencetakan
Mengimbang penglibatan Bumiputera di dalam urusniaga perkhimatan pengurusan acara sukan dan rekreasi serta urusniaga bahan pencetakan
Memberi perkhidmatan dan sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara
Bersama-sama mendokong matlamat negara dalam mencapai Transformasi National 2050 (TN50)
Sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerja melalui hubungan baik antara majikan dan pekerja, menyediakan skim-skim istimewa, latihan kemahiran dan penyediaan peralatan yang lengkap serta selamat digunakan
Sentiasa memperbaiki dan menjaga mutu perkhidmatan dan komited untuk peningkatan mutu perkhidmatan yang berterusan
Hubungi atau email kami untuk tempahan slot atau maklumat lanjut!