ICSM Counselling Services ditubuhkan pada 1 Mac 2020. ICSM atau I Counselling Services Malaysia menjalankan perkhidmatan kaunseling & sokongan psikososial yang mengfokuskan perkhidmatan dalam talian dan Kaunseling bergerak (secara bersemuka). iCounselling (iKaunseling) merupakan Kaunseling dalam talian secara Online Virtual, Tele Kaunseling, Chat sokongan psikososial yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat.
Selain itu juga, ICSM turut menganjurkan webinar dan ceramah secara atas talian & fizikal kepada Institusi pendidikan, organisasi, syarikat & secara umum. Tujuan menyediakan perkhidmatan atas talian ini bagi membantu individu yang berdepan dengan tekanan emosi, isu rumahtangga seperti keganasan rumahtangga, isu kesihatan mental & kerjaya (burnout) mendapatkan sokongan emosi & mental melalui saluran mudah, cepat dan menjimatkan kos kerana fokus ICSM adalah kepada golonan B40, Suri rumah, Ibu tunggal, & pelajar.
ICSM juga menekankan konsep I can solve and manage dalam memberikan perkhidmatan kaunseling kepada klien. Konsep ini berteraskan pegangan bahawa klien mempunyai kemampuan untuk mendapat celik akal, mengawal dan menyelesaikan cabaran yang dialami.