Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan telah memenuhi undangan ke Majlis Raya Komuniti Banghuris Homestay, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dalam usaha memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti setempat. Delegasi PJIA telah diwakili oleh Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil selaku Koordinator ICAN FSG.
Dalam majlis tersebut, Dr. Taufiq mewakili pihak Unit Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJIA) Fakulti Sains Gunaan, mengadakan sesi perbincangan bersama Wak Basir Wagiman, Pengasas Banghuris Homestay; En. Aziz Basir, Penyelia Banghuris Homestay; serta En. Faid Hamzah, Ketua Kampung Hulu Chuchoh. Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan Projek Komuniti & SULAM Fakulti Sains Gunaan melalui program “COMMUNEITY4U: Pemerkasaan Komuniti Melalui Penanaman Cendawan Kukur (Schizophyllum commune)”.
Hasil daripada perbincangan yang berlangsung, pihak PJIA, Pengasas Banghuris Homestay serta Ketua Kampung Hulu Chuchoh telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan projek ini. Pihak Banghuris Homestay juga komited menyediakan tapak khas bagi pelaksanaan aktiviti penanaman cendawan kukur sebagai langkah awal merealisasikan inisiatif berimpak tinggi ini.
#fsgpadu
#keluargaUiTM
#UiTM
BANTING, 30 Jun 2026 – Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Komuniti Kampung Morib dan Kampung Tali Air telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu “Biokompos: Sisa Sifar, Komuniti Pintar 2026” di Pusat Komuniti Taman Seri Bayu, Morib, Banting, Selangor. Program yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Khairul Adzfa Radzun ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Asmida Ismail, Koordinator ICAN, Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil, barisan akademik, pelajar serta penduduk setempat. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UiTM dalam memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti melalui pemindahan ilmu serta perkongsian kepakaran yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penghasilan baja biokompos daripada sisa buangan dapur melalui sesi ceramah, demonstrasi dan latihan amali. Pelaksanaannya selaras dengan aspirasi Knowledge Transfer Program (KTP), University Social Responsibility (USR) dan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang menggalakkan perkongsian ilmu, penglibatan aktif pelajar serta pembudayaan amalan pengurusan sisa secara lestari dalam kalangan komuniti. Bengkel amali yang dikendalikan oleh Dr. Faeiza Buyong turut memperkenalkan kaedah penghasilan biokompos yang mudah diaplikasikan serta berpotensi menjana nilai ekonomi melalui penghasilan baja pada skala kecil.
Secara keseluruhannya, Program Pemindahan Ilmu “Biokompos: Sisa Sifar, Komuniti Pintar 2026” berjaya mencapai objektif yang disasarkan dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa organik yang mampan, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara UiTM dan komuniti. Program ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam memperkasa masyarakat melalui pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi ke arah pembangunan komuniti yang lebih lestari.
Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Komuniti Kampung Hulu Chuchoh telah berjaya menganjurkan Program Pemindahan Ilmu “Cendawan Untuk Komuniti: Communeity 2026” yang berlangsung di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor. Program ini merupakan salah satu inisiatif universiti dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu serta perkongsian kepakaran yang berimpak tinggi kepada komuniti setempat.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Khairul Adzfa Radzun, Timbalan Dekan (PJIA), Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam. Program ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Asmida Ismail, Timbalan Dekan (HEA), serta Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil, Koordinator ICAN Fakulti Sains Gunaan. Kehadiran para akademik, pelajar dan komuniti setempat telah menyerlahkan komitmen semua pihak dalam menjayakan agenda pemindahan ilmu kepada masyarakat.
Program ini dilaksanakan dengan beberapa objektif utama, iaitu memberikan pendedahan kepada komuniti melalui pelaksanaan bengkel interaktif, demonstrasi dan aktiviti amali yang berkaitan dengan penanaman serta penghasilan cendawan. Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan minat komuniti terhadap bidang sains melalui sesi perkongsian ilmu, demonstrasi interaktif dan pengalaman pembelajaran secara langsung. Program ini juga berperanan memperkenalkan konsep asas sains kepada komuniti melalui pelaksanaan Knowledge Transfer Program (KTP) yang menghubungkan teori dan aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian. Di samping itu, program ini menggalakkan perkongsian ilmu antara institusi universiti dan komuniti menerusi pelaksanaan University Social Responsibility (USR) dan Knowledge Transfer Program (KTP), sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama yang mampan antara universiti dan masyarakat.
Sepanjang program berlangsung, komuniti Kampung Hulu Chuchoh telah diberikan pendedahan mengenai kepentingan cendawan dari aspek pemakanan, kesihatan dan potensi ekonomi. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) turut memainkan peranan aktif dalam membantu melaksanakan aktiviti serta berinteraksi dengan peserta komuniti. Sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dari Pusat Pengajian Biologi, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam yang berkongsi pengetahuan berkaitan teknologi penanaman cendawan dan aplikasinya kepada masyarakat.
Kemuncak program adalah sesi bengkel amali penghasilan bongkah cendawan yang dikendalikan oleh Dr. Noor Azrimi Umor, Pensyarah Biologi, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada kaedah menghasilkan bongkah cendawan menggunakan hampas tandan kelapa sawit sebagai bahan utama. Pendekatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada sisa pertanian yang sering tidak dimanfaatkan, malah membuka peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan melalui aktiviti penanaman cendawan secara komersial pada skala kecil.
Secara keseluruhannya, Program Pemindahan Ilmu “Cendawan Untuk Komuniti: Communeity 2026” telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan manfaat yang signifikan kepada komuniti setempat. Program ini bukan sahaja meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap aplikasi sains dalam kehidupan harian, malah mengukuhkan hubungan strategik antara UiTM dan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti berteraskan pemindahan ilmu, tanggungjawab sosial universiti dan pembangunan komuniti yang lestari.
The EcoWave Programme: Bersih Pantai, Hijaukan Bumi was successfully carried out on 20 December 2025 at Morib Beach, Kuala Langat, Selangor, involving 100 participants comprising students and lecturers from the Faculty of Applied Sciences, representatives from Enviros Survey & Consultancy Sdn Bhd, and members of the Morib Village community.
This high-impact programme was sponsored by Enviros, in collaboration with the strategic partner Kuala Langat Municipal Council, and was aligned with University Social Responsibility (USR), Knowledge Transfer Programme (KTP), and SULAM (Centre of Chemical and Environmental Studies) initiatives. It integrated knowledge transfer through talks on microplastic and macroplastic issues with beach clean-up activities and recycling awareness efforts, demonstrating that the synergy between academic knowledge and community engagement can serve as a strong driving force for environmental sustainability.
The Alumni Committee of the Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam is pleased to announce the successful organization of the FSG Alumni Smash Fest 2025, which was held at the Badminton Court, UiTM Shah Alam Sports Centre. This programme was part of the faculty’s initiative to strengthen strategic relationships among alumni, academic staff, and the student community.
The programme was officially officiated by the Deputy Dean (PJIA) of the Faculty of Applied Sciences, Associate Professor Dr Mohd Muzamir Mahat. The event brought together more than 40 participants, comprising FSG alumni and staff, in an atmosphere filled with sportsmanship and a strong sense of camaraderie.
The competition featured two categories:
Men’s Doubles
Women’s Doubles
The programme successfully achieved its objectives by:
strengthening ties and fostering goodwill among alumni and faculty members,
building a more inclusive and active faculty community network,
promoting a healthy lifestyle through sports activities, and
supporting the university’s agenda in empowering alumni engagement as strategic partners in student development.
All participation fees collected were channeled to the FSG Alumni Fund as a show of support for alumni welfare initiatives. The programme concluded with a prize-giving ceremony and photo session, followed by a lunch reception for the participants.
The Faculty of Applied Sciences extends its sincere appreciation to all participants, alumni, staff, and members of the organizing committee who contributed to the success of this programme. May this effort continue to strengthen the FSG alumni network as a competitive, active, and closely connected community with the faculty.
The Alumni Committee of the Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam is proud to announce the successful organization of AlumniXperience: From Story to Glory 2025, held in conjunction with the Applied Science Festival (ASFest 2025). This high-impact programme brought together alumni, students, and industry representatives on a single platform for knowledge empowerment and professional networking.
The programme featured an Alumni Career Sharing Forum held at Delta Lecture Hall, Faculty of Applied Sciences, UiTM Shah Alam. The forum showcased a distinguished panel of invited speakers who are currently leading in various industry sectors, namely:
Muhammad Wafiq Khairul Anuar, Chief Marketing Officer, Skyhill Clinic
Rahmat Bahaudin, Chief Executive Officer, Chef Kecik Kitchen
CK Faizal Che Kamaruddin, Television Celebrity and Media Personality
The panelists shared insights into their career journeys, professional challenges, and the strategies that shaped their success after graduating from FSG. The session successfully provided students with in-depth exposure to industry expectations, professional practices, and future opportunities across diverse career pathways.
The Faculty of Applied Sciences extends its highest appreciation to all invited speakers, alumni, students, and faculty members who contributed to the success of this programme. It is hoped that this initiative will continue to strengthen the role of FSG in enhancing alumni–student networks, increasing career exposure and graduate employability, and serving as a catalyst for academic and professional excellence.