UNIT JARINGAN INDUSTRI, KOMUNITI & ALUMNI (ICAN)
FAKULTI SAINS GUNAAN
FAKULTI SAINS GUNAAN
The Industry, Community and Alumni Networking Unit (ICAN@FSG) at the Faculty of Applied Sciences serves as a catalyst for strategic collaboration between the faculty and industry, community, and alumni to support academic, professional, and social development. Its main functions include Industry Networking (Planning and managing strategic collaborations with industry partners, Supporting industrial training placements, industrial attachments, and academic visits, Obtaining industry input for curriculum enhancement and improving graduate employability and Organizing joint programmes with industry such as career talks, professional forums, and technology transfer initiatives), Community Networking (Coordinating university social responsibility (USR), SULAM, and knowledge transfer programmes for the community, Planning high-impact community service activities involving staff and students, Strengthening relationships between the faculty and local communities as well as relevant agencies and Supporting sustainability agendas, environmental awareness, and community development) and Alumni Networking (Managing and strengthening continuous engagement with faculty alumni, Encouraging alumni involvement in student development through mentoring, career sharing, and sponsorship, Coordinating alumni activities and programmes at the faculty level and Supporting alumni welfare and fundraising initiatives through the Alumni Fund. Overall, ICAN@FSG acts as a bridge between academic knowledge and real-world demands, in line with the university’s aspiration to produce holistic, competitive graduates with meaningful impact on society.
SEPANG | 20 Julai 2026 – Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Komuniti Kampung Hulu Chuchoh telah berjaya menganjurkan Program Pemindahan Ilmu “Cendawan Untuk Komuniti: Communeity 2026” di Balai JKKK Kampung Hulu Chuchoh, Sepang, Selangor. Program yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Khairul Adzfa Radzun ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Asmida Ismail (Timbalan Dekan HEP), Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil (Koordinator ICAN), para akademik, pelajar dan komuniti setempat. Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara universiti dan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu yang memberi impak positif kepada komuniti.
Program ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai penanaman dan penghasilan cendawan melalui bengkel interaktif, demonstrasi serta aktiviti amali. Selain meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang sains, program ini turut memperkenalkan konsep asas sains melalui pelaksanaan Knowledge Transfer Program (KTP), di samping menggalakkan perkongsian ilmu antara universiti dan komuniti menerusi pendekatan University Social Responsibility (USR). Pelajar yang terlibat melalui program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung.
Kemuncak program ialah bengkel amali penghasilan bongkah cendawan yang dikendalikan oleh Dr. Noor Azrimi Umor, yang memperkenalkan kaedah menghasilkan bongkah cendawan menggunakan hampas tandan kelapa sawit sebagai bahan utama. Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada sisa pertanian serta membuka peluang ekonomi kepada komuniti melalui aktiviti penanaman cendawan secara komersial pada skala kecil. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap aplikasi sains dalam kehidupan harian serta mengukuhkan hubungan strategik antara UiTM dan komuniti ke arah pembangunan masyarakat yang lestari.
BANTING, 30 Jun 2026 – Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Komuniti Kampung Morib dan Kampung Tali Air telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu “Biokompos: Sisa Sifar, Komuniti Pintar 2026” di Pusat Komuniti Taman Seri Bayu, Morib, Banting, Selangor. Program yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Khairul Adzfa Radzun ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Asmida Ismail, Koordinator ICAN, Dr. Mohd Taufiq Mat Jalil, barisan akademik, pelajar serta penduduk setempat. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UiTM dalam memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti melalui pemindahan ilmu serta perkongsian kepakaran yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penghasilan baja biokompos daripada sisa buangan dapur melalui sesi ceramah, demonstrasi dan latihan amali. Pelaksanaannya selaras dengan aspirasi Knowledge Transfer Program (KTP), University Social Responsibility (USR) dan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang menggalakkan perkongsian ilmu, penglibatan aktif pelajar serta pembudayaan amalan pengurusan sisa secara lestari dalam kalangan komuniti. Bengkel amali yang dikendalikan oleh Dr. Faeiza Buyong turut memperkenalkan kaedah penghasilan biokompos yang mudah diaplikasikan serta berpotensi menjana nilai ekonomi melalui penghasilan baja pada skala kecil.
Secara keseluruhannya, Program Pemindahan Ilmu “Biokompos: Sisa Sifar, Komuniti Pintar 2026” berjaya mencapai objektif yang disasarkan dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa organik yang mampan, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara UiTM dan komuniti. Program ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam memperkasa masyarakat melalui pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi ke arah pembangunan komuniti yang lebih lestari.
You are cordially invited to watch this podcast live on 16 January 2026 at 8:00 PM on GAAMA FSG’s YouTube channel.