Pusat Sumber Maklumat merupakan perpustakaan khusus yang disediakan khas untuk warga Hospital Umum Sarawak (HUS). Lokasi pusat sumber ini adalah di Aras 3, Bangunan Klinik Pakar.
Koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Maklumat adalah sebanyak 3,275 naskah bahan fizikal. Di samping itu, pusat sumber juga turut menyediakan perkhidmatan perpustakaan maya iaitu Virtual Library Discovery Service (VLDS) yang mengandungi pelbagai koleksi bahan bacaan digital seperti e-jurnal, e-buku dan pangkalan data dalam bidang perubatan.