Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
Tidak dibenarkan hisap rokok di dalam bilik atau di dalam rumah. Tempat merokok hanya di kawasan luar rumah.
Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan SEBELUM CHECK OUT.
Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di sekitar homestay, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu penghuni lain.
Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tutup suis jika tidak digunakan.
Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.
Pastikan semua peralatan dan perabot homestay di letak di kedudukan asal jika di ubah.
Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay. Dalam tempoh penginapan, pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda.
Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.
Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang perkara kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
Mohon kerjasama untuk memantau anak-anak kecil untuk tidak melompat-lompat di atas katil.
Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.
Semua kemudahan yang disediakan pihak Homestay adalah untuk kegunaan bersama. Pastikan seterika, cerek, peralatan solat, remote TV, pinggan dan cawan disimpan setelah di gunakan.