PROMOSI JULAI RM150 SAHAJA. TEMPAH SEGERA !!!
Balik Pulau yang terkenal dengan durian sedap adalah destinasi menarik untuk dikunjungi di Penang. Terdapat banyak tarikan pelancongan termasuk tempat menarik untuk dilawati, aktiviti dan tempat makan untuk dicuba. Diseluruh pulau, tempat ini adalah yang terbaik untuk anda merasai suasana perkampungan petani dan nelayan.
Kawasan ini adalah antara yang paling kurang sibuk di Penang. Namun kemudahan pelancongan seperti tempat penginapan, makan dan pengangkutan tidak menjadi masalah. Sekiranya anda ingin bercuti disini, banyak homestay yang menawarkan penginapan selesa untuk anda seisi keluarga. Untuk menjamu selera, tempat makan sedap juga tidak kurang berbanding tempat lain di Penang.
Durian terbaik di Balik Pulau. Boleh terus makan di Dusun. Maklumat lokasi boleh klik link di bawah :
https://goo.gl/maps/px1hquSgQgKndGW28
No.hp: 012-538 5128
Audi Dream Farm ialah ladang ternakan yang menarik untuk dilawati. Ia adalah tempat menarik di Balik Pulau yang semakin popular dikalangan pelancong. Terdapat berbagai jenis binatang seperti kambing, kuda padi, arnab, itik, merpati dan lain-lain. Ladang ini adalah lokasi yang sesuai dikunjungi bersama keluarga terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.
https://goo.gl/maps/zZkQ9cDSrnBbsqmx9
No.hp: 012-499 9099
Countryside Stables Penang ialah tempat menarik di Balik Pulau yang seronok untuk dilawati. Terdapat lebih 20 ekor kuda termasuk kuda poni di kandang yang luas ini. Pengunjung boleh melihat berbagai jenis kuda, memberi makan, menyentuh dan menunggang kuda. Selain itu, beberapa ekor rusa juga ada diternak disini.
https://goo.gl/maps/R9MipbDydzPd2ZBE6
No.hp: 012-4080678
Saanen Dairy Goat Farm ialah satu lagi ladang ternakan yang boleh dikunjungi. Bezanya disini binatang ternakan utama ialah kambing. Ada juga binatang lain yang diternak seperti arnab, burung unta, rusa dan lain-lain. Namun ia tidak banyak seperti di Audi Dream Farm. Pengunjung juga tidak perlu membayar tiket untuk masuk ke ladang ini.
https://g.page/SaanenDairyGoatFarm?share
No.hp: 019-5163017
Tempat menarik lain yang mesti dilawati di Balik Pulau ialah Pantai Pasir Panjang. Ia adalah pantai yang sangat cantik namun terletak agak jauh dari pekan. Ramai yang datang untuk berkelah, memancing dan mandi laut disini terutama pada musim cuti sekolah. Cuma perlu diingat pantai ini agak merbahaya kerana kawasan laut curam dan dalam. Pelancong luar yang mandi dipantai ini semuanya memakai jaket keselamatan.
https://goo.gl/maps/xvxEJmYe3zvCFpGq6
Street Art Balik Pulau ialah satu lagi tarikan pelancongan utama yang membawa pelancong ke sini. Beberapa lukisan besar di dinding bangunan cukup mengagumkan. Sesiapa sahaja yang terpandang pasti terpesona dengan hasil seni yang unik ini.
Dua lukisan popular Street Art Balik Pulau ialah:
Wrinkled Old Fisherman oleh Julia Volchkova - 11000 Balik Pulau, Penang
Square ll - Wall Art - No.8 Dataran Tuah, Jalan Besar, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Address: Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Operating Hours: 10AM – 3PM (Closed On Saturday and Sunday)
https://goo.gl/maps/p9Cqx2y2dED2fgks6
Pulau Pinang ni memang terkenal sebagai syurga makanan. salah satu laksa yang sangat popular disini ialah Laksa Janggus Balik Pulau yang terletak di Balik Pulau. Sebelum ni popular hanya dikalangan masyarakat tempatan tetapi makin popular selepas muncul dalam rancangan JJCM.
Setiap hari Rabu tutup.
https://goo.gl/maps/4YGC2hcJtX3So6rS9
Alamat: Jalan Genting Balik Pulau, Kawasan Sri Pulau, Pulau Pinang, 11000 Balik Pulau
https://goo.gl/maps/p6u2b3tD4bHrMcAx7
Pasaraya untuk membeli keperluan harian
KFC BALIK PULAU bersebelahan dengan Starbucks. Beroperasi 24jam. Boleh Drive-Thru.
Kepada penggemar minuman dan makanan Starbucks boleh santai di sini. Bersebelahan dengan KFC. Boleh juga Drive-Thru.