20 Tempat Menarik Di Batu Pahat (2026) | Panduan Bercuti Untuk Seisi Keluarga
Batu Pahat sering digelar sebagai syurga makanan di negeri Johor Darul Ta’zim. Suatu ketika dahulu, daerah ini pernah menjadi antara pengeluar terbesar gambir dan lada hitam di Tanah Melayu – sejarah yang cukup unik dan membanggakan.
Hari ini, Batu Pahat lebih dikenali sebagai destinasi kulinari yang menggoda selera. Daripada sup berempah yang menghangatkan badan hinggalah ke menu viral seperti mee racun, memang tidak cukup sehari untuk menjelajah semua lokasi makan menarik di sini.
Namun, Batu Pahat bukan sekadar syurga untuk deria rasa. Daerah ini juga menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga – dari taman rekreasi, pantai yang mendamaikan, galeri sejarah hinggalah ke lokasi santai untuk aktiviti hujung minggu.
59 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan (2026) | Panduan Lengkap Bercuti Ke Negeri Beradat
AMIRA#3 BILIK
Kalau makanan pedas memang kegemaran anda, tak perlu fikir panjang untuk bercuti ke Negeri Sembilan. Di sinilah syurga masakan Minang yang terkenal dengan rasa lemak, pedas dan kaya rempah seperti masak lemak cili api, rendang Minang dan sambal lado.
Kalau makanan sahaja belum cukup untuk pujuk anda sekeluarga datang, seni bina unik berinspirasikan Minangkabau dengan bumbung melengkung seperti tanduk kerbau pasti mencuri perhatian. Identiti “Negeri Beradat” ini memang kuat dengan warisan budaya dan sejarahnya.
Tambahan pula, lokasinya sangat strategik berhampiran Kuala Lumpur dan Selangor. Dari Seremban ke KL atau Selangor pun tak jauh – sesuai untuk short getaway hujung minggu. Kalau anda datang dari jauh, boleh sekali jalan masukkan KL dan Selangor dalam itinerary kerana setiap destinasi ini menawarkan pengalaman berbeza yang pasti memeriahkan percutian sekeluarga.