Menurut Nik Safiah et al., 2015, awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Kata kerja transitif adalah kata kerja yang berhubung langsung dengan penyambut yang mengikutinya dalam predikat kerja sesuatu ayat (Arbak Othman, 1981). Hal ini menunjukkan bahawa kata kerja transitif perlu diikuti dengan objek.
Perkataan borang dan bukit merupakan objek. Hal ini menyebabkan, perkataan borang dan bukit tidak boleh digugurkan.
Contohnya, kata kerja transitif menaip dan mendaki dapat diklasifikasikan sebagai kata kerja transitif apabila kata dasar taip dan daki menerima imbuhan awalan meN-.
Imbuhan awalan meN- ini berfungsi sebagai infleksi yang membawa makna aktif transitif.
Lutfi Abbas (1988) menyatakan bahawa awalan meN- yang mengalami proses pengimbuhan boleh membawa maksud membuat pekerjaan atau melakukan perbuatan.
Tambahan pula, ayat ini akan menjadi tidak gramatis apabila kata kerja transitif tidak menerima objek sebagai penyambut.
Seterusnya, awalan meN- juga boleh menjadi penanda kata kerja tak transitif. Arbak Othman, (1981) menyatakan bahawa kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak mengambil sebarang penyambut dalam predikat sesuatu ayat.
Perkataan nyanyi dan tari membentuk kata kerja tak transitif apabila bergabung dengan imbuhan awalan meN-.
Imbuhan awalan meN- ini berfungsi sebagai imbuhan infleksi yang membawa maksud aktif tak transitif.
Nik Safiah Karim (2015) menyatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
Ayat ini masih gramatis walaupun tidak memiliki objek sebagai penyambut di dalam ayat.
Imbuhan awalan meN- juga boleh diimbuhkan dengan kata nama. Menurut Asmah Haji Omar (2015), awalan meN- apabila diimbuhkan dengan kata nama akan menghasilkan kata kerja yang membawa maksud “menjadi seperti”, “menjadi sebagai”, “menggunakan sebagai alat”, “mencari mengumpulkan”, “pergi ke”, “mengeluarkan bunyi” dan “memberi atau mengenakan”.
Perkataan menggulai dan mengipas merupakan kata kerja aktif transitif.
Imbuhan awalan meN- berfungsi sebagai derivasi kerana telah mengubah golongan kata nama kepada golongan kata kerja.
Imbuhan awalan meN- dalam perkataan menggulai membawa maksud “menjadikan sebagai”.
Imbuhan awalan meN- dalam perkataan mengipas, membawa maksud “menggunakan sebagai alat”.
Perkataan membaja bukanlah kata nama kerana kata ini tidak boleh disambut dengan kata penentu itu yang berfungsi sebagai penanda kata nama.
Kata ini merupakan kata kerja kerana kata ini membentuk ayat gramatis apabila menerima kata bantu
Imbuhan awalan meN- juga boleh diimbuhkan dengan kata adjektif. Asmah Haji Omar (2015) menyatakan bahawa pengimbuhan meN- pada kata sifat akan menghasilkan kata kerja terbitan.
Perkataan memalukan dan membiru merupakan kata kerja aktif tak transitif.
Kata adjektif malu dan biru berubah menjadi golongan kata kerja apabila menerima imbuhan awalan meN- iaitu memalukan dan membiru.
Oleh itu, contoh-contoh ini telah memperlihatkan berlakunya proses derivasi iaitu peralihan golongan kata adjektif kepada kata kerja.
Imbuhan awalan meN- ini membawa maksud “menjadi seperti”. Imbuhan awalan me(N)- dengan kata adjektif boleh diuji sama ada kata tersebut membentuk kata kerja atau kata adjektif.
Perkataan menguning bukanlah kata adjektif. Hal ini dapat dibuktikan apabila wujudnya kata bantu sudah sebelum kata kerja menguning.
Perkataan menguning pada ayat ialah kata adjektif kerana wujudnya kata penguat sangat sebelum kata adjektif menguning.
Imbuhan awalan meN- juga boleh diimbuhkan dengan ganti nama diri. Menurut Asmah Haji Omar (2015), ganti nama diri yang boleh mendapat imbuhan meN- hanyalah aku. Proses pengimbuhan awalan meN- dengan ganti nama diri aku akan menghasilkan perkataan mengaku.
Perkataan mengaku merupakan kata terbitan yang terhasil daripada proses pengimbuhan kata dasar aku.
Asmah Haji Omar (2015) menyatakan bahawa kata ganti nama diri aku sahaja yang mengalami proses imbuhan awalan meN-.
Perkataan mengaku merupakan kata kerja aktif transitif yang membawa maksud “mengiakan sesuatu”.
Oleh itu, imbuhan awalan meN- merupakan morfem derivasi kerana mengubah golongan kata nama kepada golongan kata kerja.