Anda sedang merancang percutian ke Putrajaya? Mencari homestay di Putrajaya? Jom menginap di HillTree Homestay Putrajaya bagi tempat penginapan yang selesa dan bersih serta dengan harga yang berpatutan.
HILLTREE HOMESTAY PUTRAJAYA
ü Lokasi
HillTree Homestay menawarkan penginapan apartment dengan persekitaran yang tenang di Presint 6, Putrajaya. Ia menawarkan WIFI percuma. Penginapan berhadapan bukit dengan rimbunan pokok menghijau ini berhampiran tempat menarik seperti Boraombak Marina Putrajaya dan Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 6 dengan jarak 1.8km atau 4 minit menaiki kenderaan. Untuk ke Cyberjaya, jarak kira-kira 10km atau 15 minit perjalanan.
Putrajaya International Convention Centre (PICC) berjarak 2.6km atau 5 minit menaiki kenderaan. Tempat menarik berhampiran yang boleh dilawati Taman Cabaran untuk aktiviti wall climbing dan skatepark dengan jarak 4.1km atau 8 minit menaiki kenderaan.
Bangunan pentadbiran Kerajaan berhampiran adalah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan dengan jarak 1.4km atau atau 3 minit menaiki kenderaan.
Untuk ke tarikan lain di Putrajaya seperti Dataran Putra, Monumen Millenium, Masjid Putrajaya, Masjid Besi, Taman Wetland Putrajaya, IOI City Mall, Alamanda Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya mengambil masa antara 10 minit – 20 minit.
ü Penginapan
Tempat penginapan bebas rokok ini menawarkan 4 bilik tidur, 3 bilik dilengkapi pendingin hawa manakala 1 bilik dinyamankan kipas siling. Bilik master turut dilengkapi TV skrin rata dengan siaran Netflix. Seramai 7 orang dewasa boleh tidur dengan selesa di setiap bilik yang mempunyai ruang almari pakaian. Terdapat 3 bilik mandi dan 7 tuala mandi disediakan untuk tetamu.
Kawasan ruang tamu dan ruang makan juga dilengkap pendingin hawa. Meja makan untuk 8 orang dan TV skrin rata dengan siaran Netflix atau Unifi TV juga disediakan.
Tempat penginapan ini mempunyai balkoni untuk menikmati pemandangan dan tempat menyidai pakaian.
Mesin basuh dengan kemudahan pengering, dapur memasak, peti ais, oven, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi dan cerek turut disediakan. Seterika baju juga disediakan.
ü Kemudahan Lain
Terdapat kedai runcit Fathima Mart, dobi layan diri dan kedai makan Thai Tomyam Medina di aras bawah rumah penginapan dan surau Ar Rayyan.
1 parkir berbumbung disediakan.
ü Harga
RM300 untuk 2 hari 1 malam
RM500 untuk 3 hari 2 malam
RM700 untuk 4 hari 3 malam
Sekiranya anda berminat, sila hubungi Encik Harzi : +6019 6953843