HARI INOVASI
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
TAHUN 2021
ANJURAN BERSAMA :
JAWATANKUASA INOVASI
&
JAWATANKUASA INOVASI
&
Pengenalan
Bagi membendung penularan virus Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdPC) berlangsung secara maya. Pensyarah perlu menyediakan bahan pengajaran dan mampu di akses oleh pelajar bukan secara fizikal. Pelbagai usaha yang telah dipertengahkan oleh pensyarah bagi memastikan kelangsungan PdPC berjalan secara optimum dan efektif. Hasil kreatif dan inovatif para pensyarah ini perlu disebarluaskan melalui pertandingan inovasi. Maka, Jawatankuasa Inovasi dan Jawatankuasa Digital Classroom berganding bahu menjayakan Hari Inovasi KMJ bagi membolehkan para pensyarah berkongsi idea inovasi mereka kepada seluruh warga KMJ. Hari Inovasi ini dilihat sebagai salah satu wadah bagi menonjolkan kecemerlangan warga matrikulasi dalam arena inovasi dan kreativiti.
Hari Inovasi KMJ akan diadakan secara dua siri, dimana dalam siri 1 peserta hanya berkongsi idea inovasi ataupun berkongsi produk inovasi mereka. Matlamat utama siri 1 diadakan adalah untuk mencungkil idea inovasi dan menggalakan penyertaan dari warga KMJ. Semasa penilaian siri 1, idea ataupun produk inovasi peserta akan dinilai oleh panel dan segala maklumbalas dari siri ini membolehkan peserta menambah baik idea ataupun produk inovasi mereka. Bagi siri 2 pula, peserta akan menyediakan e-poster beserta video atau slide presentation bagi produk inovasi mereka. Beberapa produk inovasi yang terbaik akan dipilih untuk menyertai konvensyen inovasi peringkat BMKPM.
Objektif Umum
i. Melahirkan pelajar dan pensyarah yang lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran secara maya.
ii. Membantu membina budaya cemerlang dengan aktiviti bersikap positif dalam kalangan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Johor.
iii. Mengeratkan kerjasama antara pelajar dan pensyarah untuk bersama-sama mencapai kejayaan yang cemerlang.
iv. Membina modal insan yang cemerlang, seimbang dan gigih berusaha.
Objektif Khusus
OBJEKTIF SIRI 1
i. Menggalakkan warga KMJ untuk berkongsi idea-idea baru berkaitan dengan inovasi melibatkan PdPC.
ii. Menambahbaik idea inovasi warga KMJ menerusi maklumbalas daripada panel penilai siri 1.
OBJEKTIF SIRI 2
i. Meningkatkan kualiti produk inovasi warga KMJ.
ii. Menambah nilai komersial terhadap produk inovasi warga KMJ.
iii. Memilih kumpulan-kumpulan inovasi yang layak mewakili KMJ dalam konvensyen inovasi BMKPM.