KATA ALUAN
TIMBALAN PENGARAH
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Hari Inovasi Kolej Matrikulasi Johor 2021 Siri 1 kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam buku program ini.
Matlamat pelaksanaan HiKMJ 2021 adalah melahirkan warga Kolej Matrikulasi Johor yang lebih inovatif dan kreatif dalam PdPc secara digital. HiKMJ 2021 juga merupakan satu platform kepada pensyarah dan pelajar untuk berkongsi idea yang menarik untuk diamalkan dalam PdPc. Oleh yang demikian, pelaksanaan HiKMJ 2021 Siri 1 adalah satu tugas dan peluang yang mencabar untuk dilaksanakan. Saya amat berbangga dengan komitmen berterusan yang sentiasa diberikan oleh warga Kolej Matrikulasi Johor bagi merealisasikan program ini berjalan lancar.
Saya berharap agar pelaksanaan HiKMJ 2021 Siri 1 ini akan menjadi satu landasan kepada semua peserta sama ada pensyarah atau pelajar untuk menambahbaik idea inovasi masing-masing dan berjaya ke peringkat seterusnya. Program seperti ini sangat baik bukan sahaja mampu menghasilkan pensyarah dan pelajar yang berkualiti tinggi, namun dapat melahirkan semangat daya saing secara intelektual.
Besar harapan saya agar seluruh warga Kolej Matrikulasi Johor mendapat manfaat daripada pembentangan dan juga perkongsian idea-idea inovatif daripada peserta yang mengambil bahagian. Syabas dan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa HiKMJ 2021 Siri 1, peserta, dan juga semua pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam merealisasikan program ini berjalan lancar. Semoga HiKMJ 2021 Siri 1 ini dijayakan dengan penuh iltizam, dedikasi dan bersemangat demi mencapai segala yang dihasratkan.
Sekian. Terima kasih.
MUHAMAD FARIQ BIN CHE MEE