PENGENALAN
PENGENALAN
Unit Pembangunan Pelajar (UPP) Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA) merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem KKSA untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 174 dan Garis Panduan Pengurusan HEP yang ditetapkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
UPP adalah antara bahagian yang penting dalam membantu KKSA melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.
Peranan ini dimainkan menerusi dua fungsi terasnya (core business) iaitu pelaksanaan program pembangunan pelajar serta pengurusan kebajikan pelajar.