Digitalisasi Pengurusan Sekolah
(Berdasarkan MySG)
Bidang Tugas Utama (Umum)
RUJUKAN
i. Surat Pekeliling Pentadbiran Bil:3/67 : Peratoran Pentadbiran Untok Perjawatan Kaki-tangan
ii. Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan pada 20 Mei 1982 : Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/1967
iii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Rawatan di luar Waktu Persekolahan.
sama seperti Guru Penolong Kanan Pentadbiran (HM02)
1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas (12) waktu seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu atau 16 waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan pentaksiran semasa.
3. Membuat pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
4. Mencerap PdP guru secara berkala dan melaksanakan bimbingan yang bersesuaian.
5. Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB.
6. Membantu PGB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
7. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa dengan kelulusan PGB dari semasa ke semasa.
8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.
Bidang Tugas Khusus
(A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. Menyedia dan melaksanakan perancangan strategik sekolah dan pengurusan takwim sekolah berkaitan hal ehwal murid.
2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat JK Pengurusan HEM.
3. Mengurus, menyelaras kutipan serta menganalisis data/maklumat dan perangkaan berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
4. Merancang, mengurus dan mengawal selia peruntukan kewangan dan belanjawan berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
5. Merancang dan melaksanakan program lawatan dan perhubungan dengan pihak luar.
6. Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang hal ehwal murid untuk guru dan murid.
7. Mengurus dan mengawal selia penyelenggaraan fizikal dan pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan pengurusan hal ehwal murid.
8. Membantu merancang dan menyelia program pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
9. Memantau dan mengesahkan kualiti pengurusan kantin sekolah dalam Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah.
10. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Sekolah (JM07), JK Pengurusan HEM (JM25) dan JK Pengurusan 3K (JM27).
11. Mengawal selia prestasi perkhidmatan kontraktor kebersihan dan keselamatan sekolah.
12. Menjalankan tugas-tugas PGB semasa ketiadaan PGB dan GPK Pentadbiran.
13. Merancang dan melaksanakan program sokongan bagi murid yang tinggal di asrama (rujuk Jawatankuasa Pengurusan Asrama – JM29)
(B) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan pengurusan kelas dan kehadiran murid, pendaftaran, penempatan, pertukaran, orentasi murid baharu dan penamatan persekolahan murid.
2. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan, mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar peraturan sekolah serta memastikan rekod disiplin dikemaskini.
3. Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Lembaga Pengawas Sekolah.
4. Memastikan langkah-langkah berkaitan kesihatan, kebersihan dan keselamatan murid semasa datang ke sekolah, berada di sekolah dan balik dari sekolah sentiasa dilaksanakan.
5. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan kebajikan dan bantuan murid.
6. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan,
7. Memastikan pengoperasian program bimbingan dan kaunseling dilaksana dan direkodkan.
8. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan buku teks merangkumi tempahan, penerimaan, agihan, penyimpanan stok, pelupusan dan pengurusan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS).
9. Menubuh dan mengawal selia pengoperasian Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Doktor Muda dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
10. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas berkaitan pengurusan asrama.
11. Merancang, melaksanakan dan memastikan pelibatan warga sekolah dalam program penerapan nilai, pembangunan modal insan dan kenegaraan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
12. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan perhubungan luar melibatkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
13. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan Pengurusan Sistem Rumah (SBP sahaja)
14. Mengurus dan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan kantin dan kedai buku sekolah.
Saluran TV live. Jom menonton
Para pengunjung yang budiman
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengunjungi laman ini.
Laman ini mengandungi panduan dan bahan-bahan yang berkaitan pelbagai bidang tugas Hal Ehwal Murid (HEM), dalam usaha membantu guru-guru yang menjalankan tugas-tugas di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mendapatkan panduan
Mohon Hubungi Admin untuk sebarang pandangan dan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan laman ini
Anda baru dilantik sebagai PK HEM? Klik di sini untuk fahami bidang tugas anda.
Bidang tugas Hal Ehwal Murid
Lain-lain yang berkaitan
Pautan-pautan penting
[Daftar sebagai ahli / pengunjung laman ini]
Mohon jasa baik pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli/pengunjung laman ini. Kerjasama anda kami sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Jika anda ada sebarang cadangan, aduan, atau ingin menyumbang bahan, klik di sini
Sebarang Soalan, Pandangan dan cadangan anda dipaparkan di laman Soal Jawab