HAYGIENE mula beroperasi sejak Oktober 2024, dengan visi untuk memberikan pengalaman pembersihan yang lebih teliti, kemas dan menyenangkan untuk setiap ruang. Ditubuhkan oleh Haris Saori, HAYGIENE menyediakan perkhidmatan pembersihan menyeluruh untuk kediaman, pejabat, premis komersial serta masjid dan surau.
Sejak ditubuhkan, HAYGIENE semakin menjadi pilihan pelanggan yang mahukan kerja pembersihan yang teliti dan dipercayai. Kami menggunakan peralatan moden serta produk yang selamat dan efektif untuk memastikan setiap cucian memberikan hasil yang optimum tanpa merosakkan fabrik atau permukaan. Menggunakan bahan cucian yang mempunyai sijil HALAL, WOOLSAFE APPROVED menjadi keutamaan kami.
Antara pelanggan kami: Hotel de Songket, CMI Infra, Kim's Gold Lagenda, Quantum Structural Membranes, Laman Exotika.