OBJEKTIF
Objektif Hari Terbuka dan Karnival Pendidikan Kerjaya Kolej Matrikulasi Pahang 2024 adalah :
Mempromosi secara agresif Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat.
Mendekati kumpulan sasar dengan menyebarkan maklumat dan budaya kecemerlangan pendidikan di kolej matrikulasi.
Meningkatkan jumlah permohonan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dalam meningkatkan akses, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan ke arah memacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025.
Mengukuh dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam menghayati semangat perpaduan untuk bersama-sama melonjakkan transformasi pendidikan negara.