Kami juga akan memberikan pengganti bagi produk yang tidak fitrah dengan produk yang fitrah dan lebih baik.
1. Air Gas
Merosakkan Buah Pinggang
Menurukan kadar efisien tenaga (cepat penat)
Menghambat peredaran oksigen
Mereputkan tulang (athritis & Osteoporosis)
Kandungan sirap jagung fruktosa yang tinggi (High Fructose Corn Syrup) yang menghapuskan vitamin D dan kalsium. Selain itu menyebabkan lebih banyak pembuangan kalsium dari buah pinggang.
Ianya akan membuatkan seseorang itu kekurangan mangnesium dan berisiko untuk terkena Osteoporosis (masalah kerapuhan tulang).
Kandungan seterusnya ialah asid fosforik yang akan meningkatkan risiko masalah osteoporosis, melemahkann gigi dan mengurangkan penyerapan zat besi dan zink. Selain itu, terdapat kafein yang meresap kalsium daripada dalam badan.
2. Garam Putih
Merosakkan tulang
Meningkatkan tekanan darah
Melikatkan salurah darah (inflammation)
Garam putih melalui proses pemurnian yang intensif (Bleached). Proses ini bukan sahaja menjadikan garam itu berwarna putih bersih, tetapi juga menghilangkan mineral-mineral penting seperti magnesium, kalium, dan kalsium. Mineral-mineral ini memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan, termasuk keseimbangan elektrolit, fungsi otot, dan kesihatan tulang. Kekurangan mineral-mineral ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk ketidakseimbangan elektrolit, kekejangan otot, dan masalah tulang.
PENGGANTI
Kami mencadangkan anda menggunakan garam pink atau celtic salt bagi menggantikan garam putih. Garam pink mempunyai 84 mineral yang dapat membantu tubuh ada berfungsi lebih baik berbanding gula putih yang hanya ada 2 mineral. Gula pink juga tidak meningkatkan risiko darah tinggi dan penyakit kronik. Namun, moderation is the key. Pastikan pengambilannya tidak berlebihan.
3. Gula Putih
Ibu bagi segala penyakit
PENGGANTI
Gula Perang
4. Susu Pekat
Kencing Manis
Metabolic Syndrome
Gout
Inflammation (Sakit badan)
Kandungan gula di dalam satu tin pekat manis boleh mencapai 45% , manakala kandungan susu hanyalah 10% selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja. Gula: Hampir 40-50% daripada susu pekat adalah gula. Susu: Hanya 10% sahaja (E-Sentral, 2024).
Kepada pengemar teh tarik, anda dinasihatkan untuk berhenti minum teh yang diperbuat daripada susu pekat. Ya, anda kena berhenti. Kerana kesan buruk terhdapat badan lebih teruk daripada anda bayangkan. Tidak berbaloi untuk korbankan kesihatan anda untuk kesedapan yang hanya seketika.
PENGGANTI
Saya secara pribadi sangat mengemari teh tarik. Namun saya buatnya di rumah menggunakan susu cair, susu kotak full cream, gula perang, dan teh serbuk. Ianya jauh lebih sihat. Namun tidak digalakkan untuk minum setiap hari.
Berbeza dengan susu pekat manis, susu sejat ini tidak mempunyai gula tambahan di dalamnya, dan nutrisi di dalamnya adalah hampir sama dengan nutrisi yang terdapat dalam susu segar (E-Sentral, 2024).
5. Margerin
Merosakkan hati
Membebankan buah pinggang
Meningkatkan angin badan
Melikatkan salurah darah (Inflammation)
Ya, keduanya ada perbezaan. Ramai orang tidak tahu dan menggangapnya adalah sama. Namun keduanya adalah 100% berbeza dari segi kandungan bahan dan kandungan nutrisi. Mengikut pengalaman saya merawat orang, ramai pesakit yang datang kepada saya yang suka makan makanan yang diperbuat dari margerin mengalami masalah liver dan buah pinggang. Kerana kandungan toksiknya sangat berbahaya bagi kedua organ ini. Selain itu masalah inflammation, sakit badan dan pinggang juga berpunca dari pengambilan margerin secara konsisten.
PENGGANTI
Gunakan butter atau dalam bahasa melayu dipanggil mentega. Namun tidak semua produk yang tertulis butter adalah butter yang asli. Anda perlu memeriksa bahan yang ada untuk memastikan tidak ada bahan yang diperbuat dari apa jenis minyak sama ada vegetable oil atau palm oil. Selain itu pastikan juga ianya pure milk. Antara produk dipasaran yang boleh saya cadangkan adalah produk "Anchor dari New Zealand". Tapi pastikan ianya bukan spread dan tertulis pure milk.
6. Mee Segera
Ibu bagi segala penyakit
PENGGANTI
7. Kopi
Ibu bagi segala penyakit
PENGGANTI