Tonton video dibawah untuk kefahaman anda.
Berikut ialah beberapa soalan dan jawapan yang biasa ditanya oleh driver baru. Sebelum itu, sila biasakan diri dengan terma terma dalam Grab.
Terma Biasa
Pax - penumpang / rider
Dax - Driver
Ping - Job / trip
POI - Point of Interest / map point
Pick Up - tempat ambil pax
Drop Off - tempat turun pax
Alpha - Lead Driver / ketua
AR - Acceptance Rate
CR - Cancellation Rate
DR - Drivers Rating
GA - Grab Ambassador
GASS - Grab Associate
CM - City Manager
CS - Customer Service
HQ - Office Grab KL.
SOAL JAWAB
S: Akaun dah aktif apa saya nak buat?
J: beli topap credit Grab dari ePay dan isi kredit dlm apps Grab Driver. Sudah boleh mula kerja.
S: Macamana orang nak cari saya?
J: pax akan guna apps Grab utk pax dan ping. Dax terdekat akan dpt signal dan boleh pandu ke lokasi pickup pax berpandukan GPS.
S: Mcmana org bayar saya?
J: Semua harga ditetapkan melalui apps. Anda tak boleh tentukan harga. Harga ditentukan melalui jarak dan masa. Pax sudah tahu berapa RM perlu dibayar dan harganya tetap. Pax boleh membayar guna tunai pada anda atau pax sudah setkan bayaran guna kad kredit melalui GrabPay dalam apps mereka. Jika bayaran GrabPay, anda tak perlu kutip apa apa bayaran. Semua masuk akaun anda.
S: berapa paling minimum kredit topap Grab boleh isi?
J: Grab potong 25% dari tambang melalui kredit kita utk setiap trip. Jadi jika tambang rm10, rm2.50 Grab akan potong dari kredit kita. G20 (Pemandu Senior Grab) hanya dipotong rm2.00 saja (20%). Jadi jika Grab dapati kredit kita hanya ada rm15 (minima) grab tidak akan beri ping yang besar pada kita sebab kredit kita tak cukup untuk Grab potong bahagian dia. So kita hanya akan dpt ping kecil2 sahaja. Jika nak ping besar, isi kredit banyak.
S: Ada job yang tulis Promo. Rider dapat diskaun. Saya rugi la ye?
J: rileks.. jangan panik. Semua job promo akan dimasukkan dalam akaun cash wallet anda mengikut sifat promo tu. Ada promo yang masuk serta merta, ada yang masuk esok hari dan ada yang masuk setelah kempen tamat. Anda tak rugi, diskaun yang rider dapat tu Grab yang akan bayar.
S: Saya ada transfer duit dari Cash Wallet ke akaun bank. takde masuk pun?
J: rileks.. jangan panik. Jika akaun Maybank nampak keesokan harinya, bank lain, float 3 hari.
S: Saya tengok rating saya drop. Ni mesti makcik tadi rate saya rendah.. kuajaq!
J: bertenang.. rating Grab berdasarkan 100 trip terkini yg anda buat. Rating jatuh jika ada orang rate anda 3 star kebawah. Pax pula boleh rating anda daam tempoh 72 jam. Jadi, tak semestinya makcik tadi yg buat rating anda jatuh.. jaga etika memandu, mesra dan ramah dgn pax, mesti pax suka dan rate anda 5 star!
S: Saya on Grab 3-4 jam takde ping masuk pun..
J: Jika dalam telefon anda ada Aplikasi pesaing (MyCar, Quulo, JomRide, Zepp dll..) Grab akan jadikan anda “less priority” dalam menerima ping. Grab utamakan dax yang setia pada Grab. Delete aplikasi lain untuk menjamin ping anda!
S: Saya tengah bawak rider, sekali ada job lain masuk! nak accept ke nak biar?
J: Itu dipanggil B2BJ (Back-To-Back-Job) maksudnya ditempat anda nak drop rider yang sedang anda bawa tu, dah ada rider lain yang nak booking. Semua pemandu Grab menunggu2 job bersambung sambung macam ni. Anda kira bertuah lah!
S: Mana tempat banyak ping boss?
J: jika anda btahu pada jiran jiran dan kengkawan anda pasal anda sudah pandu Grab, pasti ping paling banyak ialah dikawasan perumahan anda sendiri!. Jadi, usahakan rakan2 dan keluarga terdekat anda untuk gunakan khidmat anda. Bantu mereka install apps Grab untuk Rider. Bacalah blog mingguan yang dihantar oleh grab salam sms anda dan fahami kawasan sibuk dan kawasan bonus bandar anda untuk maksimakan pendapatan.
TEMPAT BELI TOPUP GRAB
1. Anda boleh beli topap dari link
https://www.e-pay.com.my/shop/category/7/Others+%28Grab%2C+TMGo%2C+Njoi%29
Atau anda boleh download apps epay dan beli dari apps.
PERHATIAN PENTING NO.2
Apabila anda telah drive Grab. Nombor yang penting untuk anda rujuk sekiranya berlaku apa apa masalah pada akaun atau pada penumpang seperti penumpang tak bayar atau penumpang panggil tapi bila sampai tak muncul ialah nombor Customer Service. Jangan marah, sebab begaduh dengan customer boleh buat Rating anda drop. Rating yang rendah akan buat akaun anda kena ban.
Ada 3 jenis Rate dalam akaun grab anda.
1. Acceptance Rate: ini ialah rating bila anda terima job. Kalau selalu biar job tak ambik, rating ni akan drop. Tapi setiap minggu baru ratin ni akan reset balik.
2. Cancellation Rate: ini ialah rating bila anda cancel job. Anda dibenarkan cancel job maksudnya kalau dpt job pergi johor dan anda tak sedia, boleh tekan kansel tapi jangan banyak sgt kansel sampai rendah dari 60% rate. Nanti Grab gantung akaun. Rate ni boleh naik balik dengan cara terima job byk2. Rate ini pun akan reset setiap minggu.
3. Drivers Rating : ini yang paling bahaya. Ini ialah rating bila rider naik kereta kita dan dia bagi kita rating bergantung pada kekemasan pakaian driver, wangi atau busuk kereta, cara pemanduan dan kesopanan driver. Rider yang rating anda. Jika rating anda drop bawah 4.7, Grab akan berhentikan anda dari memandu. Jadi, sentiasa pastikan rider anda puas hati. Jangan begaduh dgn rider. Sekiranya anda dapati ada masalah dgn rider, hubungi customer service dalam tempoh 24 jam.
Perkara penyebab anda di ban (kekal).
1. Jangan minta cash utk trip GRABPAY. Jika didapati ada komplen driver minta cash utk trip grabpay (kredit kad), Grab akan ban anda serta merta laporan diterima.
2. Ambil trip tanpa penumpang dikira gaming. Biasa berlaku waktu promo code ada. Driver ping driver lain utk dptkan duit kod. Ban kekal.
3. Tiada toleransi kepada Driver bersikap kurang ajar dgn penumpang. Jaga etika anda walaupun berhadapan penumpang bermasalah. Call CS jika ada masalah dengan penumpang sebelum mereka report anda.
4. Tidak dibenarkan bawa penumpang lain waktu online melainkan yg booking trip anda. Keluarga, kawan, anak, tidak dibnerkan sama sekali walau apa jua alasan. Driver yg dilaporkan bawa penumpang lain waktu ambil trip akan di ban kekal dan dibuang terus dari sistem.
5. Drivers yang menghubungi / mengganggu rider diluar waktu trip akan di ban kekal. Grab sangat mengutamakan SOP ketat dalam hal ini.
6. Saman polis, jpj akan membuatkan anda di ban kekal. Jaga speed limit. 3 keping saman membuatkan anda diberhentikan dari drive grab.
7. Grab akan meminta rider untuk menilai driver dari segi pakaian. Waktu online, pakaian mesti kemas dan professional. Selipar & seluar pendek dilarang sama sekali.
8. Abaikan request sehingga 70% setiap hari. Ban kekal.
9. Hantar sms kurang ajar atau tak beretika pada riders. Ban kekal.
10. Daftar org lain, yg bawa kereta orang lain. Ban.
11. Suruh customer cancel trip dan minta bayar tepi. Ban.
AWAS
Jika anda bawa trip TANPA ONLINE APPS (trip tepi) dan anda melalui roadblock, penumpang anda didapati memiliki dadah, anda akan dituduh sebagai rakan subahat. Namun sekiranya anda dpt membuktikan anda sedang online Apps Grab dan rider itu memang booking anda, anda akan terlepas serta merta dari segala pertuduhan.