Kerajaan mewajibkan hanya model kereta yang ada rating minima NCAP ASEAN 3 STAR sahaja dibenarkan utk perkhidmatan e-hailing.
Sila semak kelayakan kereta anda:- http://www.aseancap.org/v2/
Pastikan anda bebas dari sebarang saman (Blacklist tak boleh mohon PSV).
Anda boleh cuba semak sendiri disini: grb.to/JPJBlacklist.
Pemandu bawah umur 21, blacklisted JPJ atau menggunakan IC palsu tidak akan dapat memandu untuk Grab.
Langkah 1
PEMERIKSAAN KESIHATAN
- Download, print dan isi borang JPJ L8A.
- Bawa borang tersebut ke klinik awam/swasta (sila tekan di sini utk senarai rakan panel klinik Grab) untuk buat pemeriksaan kesihatan.
- Selepas pemeriksaan tersebut, ambil gambar yang jelas pada semua muka surat borang JPJ L8A untuk rekod kemudian.
Langkah 2 (sila abaikan langkah 2 jika usia kenderaan bawah dari 3 tahun)
PEMERIKSAAN KENDERAAN E-HAILING DI PUSPAKOM
- Berkuatkuasa 12 Julai 2019, semua kenderaan persendirian yang melebihi usia 3 tahun dan ke atas yang ingin membuat perkhidmatan e-hailing , WAJIB menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM yang berhampiran.
- Berikut adalah informasi penting yang perlu diketahui sebelum membuat pemeriksaan:
- Cermin kenderaan
- Tidak retak melebihi 6 inci
- Bacaan ketelusan cahaya menepati piawaian yang telah ditetapkan
- Lampu
- Tidak diubahsuai daripada spesifikasi asal
- Penggunaan lampu HID yang dipasang secara eksesori ('retrofit') adalah tidak dibenarkan
- Saiz nombor plat
- Mengikut saiz dan ukuran yang ditetapkan
- Nombor plat mengikut spesifikasi yang dibenarkan (tidak ‘fancy’)
- Tayar dan rim
- Tayar berbunga (ketebalan tidak kurang 1.6mm)
- Tayar mematuhi piawaian
- Spesifikasi tayar dan rim tidak melebihi saiz yang dibenarkan
- Badan kenderaan
- Tiada perubahan identiti kenderaan
- Warna kenderaan tidak menyerupai warna/corak rasmi kenderaan penguatkuasa atau kenderaan perkhidmatan awam yang lain
- Pastikan kenderaan tidak dicat melebihi dua warna atau berbelang-belang
- Tiada pemasangan ‘bodykit’ yang keterlaluan (contoh: ‘spoiler’ yang tinggi)
- Dapatkan kelulusan jika terdapat penukaran struktur panel kenderaan yang dikawal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Rujuk laman sesawang JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan.
- Ekzos
- Tidak diubahsuai tanpa kebenaran JPJ
- Pemasangan iklan
- Iklan pada badan kenderaan perlu mendapatkan surat kelulusan JPJ
- Kelengkapan umum
- Alat pemadam api
- Peti pertolongan cemas (bagi penumpang melebihi 7 orang)
- Segitiga keselamatan yang mematuhi piawaian
** Sumber: Puspakom Sdn Bhd**
- Bawa geran dan kenderaan anda ke PUSPAKOM berdekatan untuk membuat pemeriksaan PUSPAKOM. (caj RM70)
- Jika tidak lulus PUSPAKOM, kena ulang semula. (caj ulang RM30)
Langkah 3
- Bagi pemandu yang sudah selesai pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan PUSPAKOM (kenderaan bawah 3 tahun dikecualikan) atau sudah mempunyai kad PSV, pergi ke grb.to/pakejpikul dan update dokumen yang anda sudah selesai. (Pastikan anda simpan resit pemeriksaan kesihatan, resit PUSPAKOM, resit daftar kelas PSV dan gambar kad PSV)
Grab akan membayar balik kos-kos jika anda muat naik dokumen tersebut selewat-lewatnya pada 11 October 2019:
– Pemeriksaan kesihatan (maksima RM20)
– Pemeriksaan kereta PUSPAKOM untuk kereta berusia lebih dari 3 tahun (RM70)
Nota: Oleh kerana latihan PSV boleh dilakukan secara dalam talian mulai akhir bulan Mei, kami hanya akan membayar balik latihan PSV yang dilakukan di institut memandu di seluruh negara (maksima RM200) jika resit latihan dihantar sebelum 31 Mei.
Langkah 4 (sila abaikan langkah 4 jika anda sudah mempunyai kad PSV/sedang menjalani kursus PSV di mana2 institut memandu)
JALANI LATIHAN UNTUK PERMOHONAN KAD PSV
- Untuk rakan-pemandu yang telah melengkapkan pemeriksaan kesihatan dan PUSPAKOM, anda boleh mendaftar dan melengkapkan latihan ePSV melalui GrabAcademy dalam apps driver anda di More > Support > GrabAcademy.
- Pilih ‘Topik Baru’ dan tamatkan tempoh 6 jam latihan. Jika anda cuba menyingkatkan masa latihan, sistem akan kesan anda dan anda tidak akan layak untuk peperiksaan ePSV JPJ
- Tunggu tarikh peperiksaan daripada Grab. Peperiksaan ePSV akan dibuat dilokasi khas (tidak semestinya di Institut Memandu)
- Apabila tarikh peperiksaan telah dimaklumkan kepada anda, RM10 untuk bayaran testkad JPJ akan ditolak dari credit wallet akaun anda.
- Hadir untuk menduduki peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan.
UNTUK LEBIH KEFAHAMAN BERKENAAN EPSV ATAU INGIN MELENGKAPKAN LATIHAN ePSV MELALUI KOMPUTER, SILA RUJUK DI LINK BERIKUT grb.to/ePSV_guide
**BUKU PANDUAN MODUL PSV BOLEH DIDAPATI DI LINK BERIKUT bit.ly/psvpdf **
**MAKLUMAT PENTING**
Kami akan menghantar senarai pemandu secara berperingkat kepada JPJ untuk penapisan MySikap. Anda boleh teruskan menjalani latihan ePSV di apps, namun jika nama anda telah disenaraihitam dalam MySikap, anda tidak akan dapat menduduki peperiksaan.
Anda boleh cuba semak sendiri disini: https://grb.to/JPJBlacklist
**JIKA ANDA TIDAK MAMPU / MAHU MENJALANI LATIHAN ePSV**
Jika anda sudah berdaftar dengan Institut memandu, teruskan dengan latihan PSV dan peperiksaan dengan Insititut memandu. Jika anda dengan tidak sengaja mendaftar ePSV ATAU ingin menarik diri dari ePSV (mungkin faktor umur yang lebih selesa mendengar ceramah), anda perlu mengisi borang pelepasan / penarikan diri di link sini.
Langkah 5
INSURANS TAMBAHAN E-HAILING
- Sila tekan di sini untuk maklumat lanjut berkaitan insurans e-hailing.
Langkah 6
DAPATKAN PERMIT KENDERAAN E-HAILING (eVP)
- Bagi pemandu yang sudah berjaya mendapatkan kad PSV, sila kemas kini butiran geran, sijil lulus PUSPAKOM (jika ada) dan lesen PSV anda di sini agar kami boleh membuat permohonan EVP bagi pihak anda.
* Sebarang perubahan/info baru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa*
Untuk lebih kefahaman mengenai peraturan e-hailing dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk di sini.