Kenangan bersama kekawan di Jambore Sepeda Lipat Nasional 2024 🇮🇩🚴♂️
Trip ke Indonesia kali ni memang padu! Dapat join acara Jambore Sepeda Lipat Nasional 2024 dengan geng-geng lipat, memang pengalaman yang susah nak lupa. Suasana meriah, ramai rider hebat dari seluruh tempat – satu komuniti yang penuh semangat!
Paling tak sangka, Plok menang kategori Basikal Alat Ganti Terbaik! Hehehe… ingat pergi nak enjoy je, tak expect langsung boleh bawa balik anugerah 😄
Memang kenangan manis – dari gelak tawa, kayuh ramai-ramai, sampai berdiri atas pentas. Harap dapat repeat lagi tahun depan 💪
Ajak kayuh konon nak sarapan kat KL 'Umpan', lepas makan terus spromote rim fourspoke carbon purple #suncord😆
Alhamdulillah, sorang dah termakan racun hahaha!
Terima kasih banyak atas sokongan korang, dan kami mohon maaf kalau ada terkasar bahasa atau gurauan yang terlebih. Kita kayuh, kita enjoy, kita support sama-sama! 🚴♂️💜
#brompton #bromptonmalaysia #gogobikes #suncord
Nak kayuh santai di Kuala Lumpur? Jomlah rasai sendiri!
Selamat datang ke Kuala Lumpur!
Semalam kami berpeluang jadi hos untuk tetamu istimewa dari Palembang, Indonesia. Mereka nampak seronok sangat dapat kayuh basikal keliling KL waktu malam. Memang betul, kayuhan malam di ibu kota ni ada 'magis' dia sendiri. Walaupun sibuk, ada keseronokan yang tak sama dengan siang hari.
Terima kasih kepada tetamu kami yang sudi datang dan beri kepercayaan kepada kami di GoGoBikes! Semoga pengalaman ni akan jadi kenangan manis buat mereka.
Untuk korang yang nak rasa sendiri pengalaman kayuh santai keliling KL, apa tunggu lagi? Boleh terus DM kami untuk maklumat lanjut. Jom kita kayuh bersama!