GEREJA PCS PEKAN MATUNGGONG
23 OGOS 2020
23 OGOS 2020
Tema: Penyerahan Diri Kepada Tuhan
Subtema: Berubah, bertumbuh dan berbuah
Disediakan Oleh : Pst. Timfoi Kapiduan
Teks: 2 Petrus 3:18
Pendahuluan
Sebagai orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus harus ada perubahan sikap hidup keseluruhannya. Berubah bermaksud meninggalkan sikap hidup atau perangai yang lama sebelum mengenal Tuhan ke sikap hidup seperti sikap hidup Yesus sehingga kita menjadi teladan bagi orang lain khususnya mereka yang belum atau tidak percaya Tuhan. Sikap hidup atau perangai hidup yang sudah berubah seperti Yesus itu harus dipelihara atau diperjuangkan terus menerus agar sikap hidup yang baik itu akan bertumbuh dan berkembang dalam kehidupan kita.
Demikian pula Iman kita perlu bertumbuh atau berkembang dan terus diperkukuhkan lagi bagi menghasilkan buah pertobatan agar kita tidak terseret dalam kesesatan dari orang-orang yang tidak percaya. Betapa pun kuatnya penyesatan yang terjadi di tengah-tengah kita, kita tetap tidak berganjak kerana kita sudah mengalami perubahan hidup dan bertumbuh dalam iman yang juga menghasilkan buah-buah pertobatan.
Isi Khotbah
Petrus sebelum terpilih sebagai seorang murid Yesus, ia bekerja sebagai nelayan yang berkeyakinan diri, berani dan angkuh. Setelah bebas dari penjara di Yerusalem ia mendirikan gereja di Antiokhia di mana jemaat pertama kali disebut Kristian. Rasul Petrus kemudian membuat perjalanan misi ke Yudea, Samaria, Galelia, Asia Kecil dan Yunani dan akhirnya ia mendirikan gereja di Roma. Tentang catatan sejarah yang menuliskan keberadaan Petrus di Roma sebelum mati syahid ia mendirikan gereja di sana dan ia adalah pemimpin sidang atau majlis pertama di Yerusalem pada tahun 50 M.
Surat Petrus yang terakhir ini adalah merupakan sebuah surat peringatan kepada orang-orang Kristian terhadap ancaman ajaran sesat dari para guru-guru palsu. Surat ini juga merupakan komunikasi yang terakhir dari seorang rasul yang sangat berani, berpengalaman, dan setia. Petrus mendorong pembaca suratnya agar melakukan perubahan dalam sikap hidup mereka dan bertumbuh dalam iman serta pengenalan mengenai Tuhan Yesus Kristus.
Sebelum ini Petrus telah menulis surat berbentuk menghiburkan dan menguatkan orang percaya yang sedang berada di tengah-tengah penderitaan dan penganiayaan, yaitu suatu serangan yang bertubi-tubi daripada luar. Akan tetapi pada surat yang terakhir ini Petrus memperingatkan orang-orang percaya tentang serangan yang datangnya dari dalam diri mereka sendiri, yaitu rasa puas diri dan juga serangan fikiran yang timbul kesan daripada ajaran-ajaran sesat sebelumnya. Bahayanya ada pada kedagingan orang-orang percaya itu sendiri. Bagaimana pun jemaat adalah manusia biasa yang masih mempunyai tubuh lama yang boleh tergoda dan jatuh dalam dosa. Godaan dari guru-guru palsu pada hakikatnya membiarkan kedagingan walau menyamar sebagai pengajaran yang canggih. Kalau jemaat tidak bertumbuh dalam iman mereka, sangat mudah untuk terperangkap dengan keinginan memuaskan hawa nafsu kedagingan.
Petrus mendorong orang percaya agar berpegang kuat pada fakta-fakta iman yang tidak boleh dirunding-runding, bertumbuh dan menjadi dewasa dalam iman, serta menolak orang-orang yang menganggu kebenaran firman Tuhan atau Injil. Menurut nasihat Petrus ini; mentaati nasihatnya perihal memunculkan orang-orang yang menghormati Kristus dan gereja-gereja yang berpusat pada Tuhan Yesus Kristus. Petrus juga mahu mendorong orang-orang percaya supaya sentiasa berwaspada terhadap ajaran-ajaran sesat dan agar iman mereka terus bertumbuh dan berbuah.
Penerapan
Surat rasul Petrus yang kedua ini ditujukan atau dialamatkan kepada mereka yang bersama-sama memperolehi iman ketika itu. Kini surat nasihat Petrus ini menjadi kata-kata nasihat bagi kita dan para jemaat di dalam gereja kita PCS. Dunia kita hari ini di penuhi dengan pemimpin-pemimpin atau nabi-nabi dan juga guru-guru palsu yang mendakwa diri mereka penuh dengan kebenaran dan menuntut perhatian serta kesetiaan di kalangan kita.
Mari kita memperhatikan pesanan, nasihat dan peringatan rasul Petrus melalui suratnya yang kedua ini, agar kita bertekad untuk bertumbuh dalam iman percaya kepada Tuhan kita Yesus Kristus sehingga kita berjaya mengubah sikap hidup kita dengan terus mentaati ajaran benar dari firman kebenaran yang bersumberkan Alkitab bukan dari seseorang peribadi yang di luar Alkitab. Surat nasihat Petrus ini mengingatkan kepada kita tentang ajaran-ajaran sesat yang adalah merupakan musuh dalam diri kita sendiri, kerana guru-guru palsu sangat bijak dan licik.
Jadi bertumbuh dalam iman itu mutlak tidak ada yang terkecuali untuk menghindari dari kejatuhan ke dalam dosa hawa nafsu. Bagaimana caranya bertumbuh? Di dalam pengajaran-pengajaran Petrus sebelum ini, ia telah mendaftarkan berbagai kebajikan yang perlu ditumbuhkembangkan dalam kehidupan kita sebagai orang Kristian. Kebajikan atau gaya hidup Tuhan Yesus Kristus pada hakikatnya anugerah Tuhan kepada kita. Jadi, untuk dapat bertumbuh dalam kerohanian, kita tidak boleh tidak harus bersandar penuh pada Tuhan Yesus. Jangan sekali-kali berusaha dengan kekuatan kita sendiri. Lakukanlah disiplin rohani dengan tekun dan setia membaca dan mengali kebenaran firman Tuhan melalui Alkitab. Tanamkan semangat keseimbangan menjalani kehidupan kita dengan membaca firman Tuhan dengan berdoa. Mintalah agar Roh Kudus memberikan kekuatan dan kuasa untuk melakukan kehendak Tuhan terjadi dalam kehidupan kita. Perangilah keinginan daging kita dengan mempraktikkan buah Roh setiap hari.
Penutup
Waspadalah agar kita tidak jatuh ke dalam doktrin palsu, dan aktiviti aliran yang menyesatkan. Mari kita mengubah sikap lama kita yang malas membaca Alkitab, malas berdoa, malas menghadiri kebaktian pada setiap hari minggu, malas mengikuti apa juga aktiviti anjuran gereja kita PCS dan sebagainya. Mulai sekarang berusahalah untuk berubah dari sikap negatif kepada positif. Ajaklah suami isteri dan anak-anak kita untuk sentiasa berdoa, membaca Alkitab untuk menemukan kebenaran-Nya, jangan tinggalkan kebaktian setiap hari minggu dan sentiasalah mengikuti apa juga aktiviti gereja kita. Melaluinya iman rohani kita pasti berkembang dan bertumbuh dalam diri kita, keluarga dan anak-anak kita, lalu dengan yang demikian pasti kita akan menghasilkan buah iman di mana pun kita berada. Tuhan Yesus memberkati. Amin.
30 OGOS 2020
30 OGOS 2020
Tema: Penyerahan Diri Kepada Tuhan
Subtema: Kemerdekaam
Teks: Galatia 5:1
GALATIA 5 (ALKITAB BERITA BAIK)
Pertahankanlah Kebebasan Kamu
1 Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi.
2 Dengarlah! Aku, Paulus, berkata kepada kamu: Jika kamu membenarkan orang menyunat kamu, hal ini bererti bahawa apa yang dilakukan oleh Kristus untuk kamu tidak bermakna apa-apa.
3 Sekali lagi aku memberikan peringatan kepada orang yang membiarkan dirinya disunat, bahawa dia wajib mentaati segenap Taurat itu!
4 Jika kamu berusaha untuk berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, kamu telah memutuskan hubungan dengan Kristus. Dengan demikian kamu hidup di luar naungan rahmat Allah.
5 Tetapi bagi kami, kami berharap bahawa dengan pertolongan Roh Allah dan berdasarkan kepercayaan kami kepada Kristus, Allah memungkinkan kami berbaik semula dengan Dia.
6 Kerana pada masa kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat tidaklah menjadi soal. Yang penting hanyalah kepercayaan kepada Kristus, dan hal itu nyata dalam kasih kita kepada orang lain.
7 Dahulu kamu berjuang dengan baik. Siapakah yang menyebabkan kamu berhenti mentaati ajaran Tuhan? Siapakah yang sudah memujuk kamu?
8 Tentu bukan Allah, yang telah memanggil kamu.
9 Seperti kata orang, "Ragi yang sedikit boleh menjadikan seluruh adunan naik."
10 Meskipun demikian aku masih yakin bahawa kamu tidak akan mengikut pendirian lain, kerana kita semua sudah bersatu dengan Tuhan. Aku pun yakin bahawa orang yang mengacau fikiran kamu pasti akan dihukum oleh Allah.
11 Tetapi tentang aku, saudara-saudaraku, jika aku mengajarkan bahawa orang perlu bersunat, mengapa aku masih dimusuhi? Jika aku masih berbuat demikian, maka perkhabaranku tentang salib Kristus tidak seharusnya menimbulkan persoalan.
12 Aku berharap supaya semua orang yang mengacau fikiran kamu memisahkan diri daripada jemaah Kristian.
13 Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong,
14 kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: "Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri."
15 Tetapi jika kamu berlaku seperti binatang, saling mencedera dan menyakiti, berwaspadalah. Jika tidak, kamu akan membinasakan satu sama lain.
Keinginan Roh Allah dan Keinginan Manusia
16 Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia.
17 Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Allah, dan keinginan Roh Allah bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan.
18 Tetapi jika Roh Allah memimpin kamu, kamu tidak dikuasai oleh Taurat.
19 Keinginan tabiat manusia nyata dalam semua perbuatan cabul, lucah, dan tidak senonoh;
20 dalam penyembahan berhala dan penggunaan ilmu sihir. Orang bermusuhan dan berkelahi; mereka cemburu, lekas marah, dan mementingkan diri sendiri. Mereka berpecah dan berpihak-pihak,
21 mereka iri hati, suka mabuk, berpesta liar, dan sebagainya. Aku memperingatkan kamu sekarang sebagaimana aku telah memperingatkan kamu dahulu: Orang yang melakukan perbuatan-perbuatan itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah.
22 Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia,
23 rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
24 Demikianlah, orang yang menjadi milik Kristus Yesus sudah mematikan tabiat manusia dengan segala nafsu dan keinginannya.
25 Roh Allah telah memberikan hidup baru kepada kita; oleh itu Dia juga harus menguasai hidup kita.
26 Kita tidak boleh menjadi sombong atau saling menyakiti hati, ataupun iri hati terhadap satu sama lain.
6 SEPTEMBER 2020
6 SEPTEMBER 2020
Tema: Sukacita Yang Benar
Subtema: Kebenaran yang memerdekakan
Disediakan Oleh : Pdt Alfred Robert Daang
Teks: Yohanes 8:30-36
Pendahuluan
Pada bulan September ini tema umum kita ialah SUKACITA YANG BENAR, berfikir sejenak tentang kata SUKACITA, pada dasarnya merujuk kepada senang hati, kegembiraan dan kegirangan, kesukacitaan pada kebiasannya adalah seseorang yang tahu dimana arah tujuan kehidupannya atau seseorang yang tidak mempunyai masalah/kekhuatiran dalam kehidupannya.
Namun persoalannya kepada kita ialah adakah sukacita yang tidak benar atau sukacita yang pura-pura benar?
Penerangan
Teks firman kita pada hari ini dibawah sub tema kebenaran yang memerdekakan. Ay 33 – Apakah kebenaran kemerdekaan yang dimaksudkan oleh orang Yahudi? - Apakah yang dimaksudkan mereka (Yahudi) tidak pernah menjadi hamba siapa pun?
Hal inilah yang mengekang mereka untuk memahami dan mengetahui tentang Tuhan kerana mereka berfikir bahawa kami sudah TAHU semua ini sebab kami adalah keturunan Abraham, dalam darah Abraham ada Tuhan dalam darah kami juga ada Tuhan.
Pengetahuan seperti ini yang membuatkan mereka tidak dapat menikmati nilai kebebasan atau kemerdekaan sepenuhnya didalam Tuhan, disebabkan timbul rasa.
Keangkuhan.
Kesombongan
Menjaga kepentingan diri sendiri sahaja/Self Belonging.
Adakah kebebasan itu berdasarkan atau melalui iman seseorang?
Pengajaran
Kita seringkali berbangga dengan pencapaian yang kita miliki antaranya ialah.
Dilahirkan dalam keluarga Kristian.susur galur keluarga yang berpengaruh dalam Kekristianan.yang lebih baik daripada orang lain.
Ini adalah antara sebahagian hal yang seringkali mengikat kita untuk dapat mengenal Tuhan Yesus secara peribadi kerana terlalu bergantung dengan kekuatan yang ada pada orang lain. Tiga hal utama yang kita dapat pelajari daripada teks ini.
Tidak pentingkan diri sendiri, Tuhan Yesus mahu supaya sering ada perhubungan dengan Dia.
Tidak mudah dipengaruhi oleh persekitarannya.
Tidak bergantung kepada orang lain (mempunyai hubungan peribadi dengan Tuhan)
Kesimpulan
Kuatkanlah dan cekalkanlah hatimu bersama Tuhan Yesus.
13 SEPTEMBER 2020
13 SEPTEMBER 2020
Tema: Sukacita Yang Benar
Subtema:Janji Allah membawa sukacita.
Disediakan Oleh : Pdt Alfred Robert Daang
Teks: Yohanes 16:20-25
Pendahuluan
Setiap kita mempunyai impian masing-masing dan setiap impian itu adalah sesuatu yang menghasilkan sukacita, namun untuk mengecapi impian yang didambakan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk didapati kerana ia harus melalui berbagai hal atau cabaran untuk mendapatkannya, saya teringat pada waktu zaman kecil saya. Usia saya pada waktu itu baru sahaja menjangkau umur 7 tahun.
Sama seperti anak-anak lain menginginkan alat permainan, antara permainan yang saya teringin sekali untuk memilikinya adalah sebuah basikal. Ibu bapa saya tahu tetapi mereka tidak terus membelikannya, saya diajar utk simpan duit dalam tabung waktu itu penggunaan buku akaun bank masih kurang (hanya tabung tambahan pulak jarak rumah ke bandar agak jauh) bank juga tidak menerima wang jika 10,20,30 sen dimasukkan dalam akaun sehari, hanya tabung yang menerima.
Wang belanja kesekolah yang terpaksa diagihkan untuk perbelanjaan harian ke sekolah yang dahulunya sebanyak 20-50 sen cukup banyak.
10-30 sen dimasukkan dalam tabung.
Keinginan untuk mendapatkan basikal sangat kuat.
Hari berlalu – periksa tabung.
Minggu berlalu – periksa tabung.
Bulan berlalu – periksa tabung.pertanyaan cukup sudah ka ini?
Alangkah bahagianya jika dalam penantian tersebut tiba-tiba ada orang cakap ‘wang mu sudah mencukupi pergilah beli basikal’, tetapi tidak harus dilalui juga cabaran itu untuk mengecapi sukacita.
Isi Teks
Ayat 20 - Tuhan Yesus menjanjikan kegembiraan namun Dia harus melalui cabaran untuk memenuhinya agar kita mendapat sukacita penuh dalam janjiNya.
Pengajarannya
Tiga point utama kita pelajari hari ini.
Kita harus teguh dan taat kepada ajaran-ajaran injil bebas daripada kejahatan dan penindasan, supaya ketika kita memberitakan berita baik kepada orang lain, kita telah benar-benar bebas daripada kuasa kejahatan.
Damai sejahtera sudah dianugerahkan kepada semua orang dan tidak dibezakan hanya dengan pangkat mahupun pengaruh.
Berpeganglah teguh dan latihlah diri dalam ajaran Kristus.
Penutup
Kasih Allah kepada kita sangat besar kepada kita, marilah kita datang kepadanya dan terus mengabdi dihadapan-Nya dengan penuh kesungguhan.
20 SEPTEMBER 2020
20 SEPTEMBER 2020
Tema: SUKACITA YANG BENAR
Subtema:Allah Sumber Sukacita
Disediakan Oleh : Gembala Everiy Mulidi
Teks: 1 Korintus 4: 6-21
Pendahuluan
Melalui petikan pembacaan ini, kita dapat melihat bahawa Paulus menulis surat kepada jemaat di Korintus untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dikalangan jemaat yang dimulakan oleh Paulus di kota Korintus. Masalah-masalah itu berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan Kristian. Pada masa itu Korintus adalah sebuah kota Yunani, ibu kota wilayah Akhaya yang termasuk Empayar Roma. Di mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa, terkenal kerana perdagangannya yang maju dan kebudayaannya yang tinggi, tetapi juga perpecahan, kerendahan akhlak jemaah, persoalan tentang seks dan perkahwinan, persoalan tentang hati nurani, tatatertib jemaah, karunia Roh Allah, kebangkitan orang mati, tambahan lagi adanya pelbagai agama disitu (termasuk menyembah dewa-dewa berhala dan pelbagai fahaman selain yang diajarkan oleh para Rasul).
Oleh yang demikian, Paulus memperingatkan jemaat di Korintus tidak menyombongkan diri atau membanggakan seseorang, dan menghina yang lain (Ay 6c). Maksudnya mereka tidak boleh menganggap dirinya/seseorang lebih baik jika dibandingkan dengan orang lain. Sekiranya berlaku sikap sedemikian, maka secara tidak langsung mereka menghakimi orang lain, bahkan menghakimi hamba Tuhan/pemimpin yang diutus dan ditahbis oleh Allah.
Meskipun mempunyai banyak karunia atau dapat melakukan perkara ajaib atau lebih baik daripada orang lain, seharusnya kita menyedari bahawa perkara itu adalah pemberian Allah. Justru itu, perkara yang harus kita lakukan adalah bersyukur atau bersukacita dan bukan menyombongkan diri atau membanggakan diri atau membandingkan antara satu dengan yang lain, serta merendahkan Paulus (atau para hamba Tuhan) yang mengalami kesukaran, dan penderitaan dalam pelayanan. Kita seharusnya memberi dorongan, memberi input, menyokong (tenaga, kewangan dll) dan seterusnya melibatkan diri atau berkomitmen, berkorban demi melaksanakan amanat Agung Tuhan Yesus di dunia ini.
Menurut subtema pada minggu ini iaitu “Allah sumber sukacita.” Persoalannya: Mengapa Allah yang kita sembah sebagai orang percaya itu dikatakan menjadi atau sumber sukacita? Sebahagian petikan dibawah ini adalah jawapannya:
TUHAN, Allah sudah memberkati kita dengan segala hal (BM Ulangan 28:47a)
Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia, tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa kegembiraan (sukacita) 1 Tawarikh 16:27
Bersukacita kerana Tuhan itulah perlindungan kita (Nehemia 8:11)
Telah beroleh kelapangan hati dan dukacita berubah menjadi sukacita (Ester 8:16, 9:22).
Kita bersukacita kerana hidup kita sudah ditebus dan mendapat anugerah keselamatan secara percuma melalui kematian dan kebangkitan Tuhan Yesus Kristus, serta kita bersukacita kerana nama saya dan saudara telah terdaftar di dalam Kerajaan sorga (Lukas 10:20b, Roma 3:24)
Kita akan sentiasa memperolehi sukacita di dalam Tuhan apabila:
Selalu takut akan Allah (Mazmur 128:12, Amsal 28:14)
Selalu percaya akan Tuhan dan bersandar kepada Tuhan—menyerahkan segala pergumulan kepada Tuhan (Amsal 16: 20, Filipi 4:6, 7)
Hidup kita selalu melakukan perkataan-Nya (Mazmur 40:9, Yohanes 13:17)
Hidup kita selalu ditegur oleh Allah (Ayub 5:17)
Menderita sengsara kerana Kristus—pikul salib dan menyangkal diri (2 Korintus 12:10, 1 Petrus 3:14, 4:13-14)
Menaruh balas kasihan kepada orang yang menderita (Amsal 14:21)
Contoh tokoh-tokoh dalam Alkitab, bagaimana mereka mengatasi pada masa berdukacita/tiada sukacita:
Ayub
Ayub menyatakan jika kita berdoa dan mengingat berkat-berkat yang kita perolehi atau diberikan oleh Allah, Allah akan memulihkan sukacita dan kebenaran—Ayub 33:26
Daud
Daud menuliskan bahawa mempelajari Firman Allah akan dapat memberikan sukacita (Mazmur 19:8). Daud juga menyadari bahawa dia perlu selalu memuji Allah walaupun sedang berada di tengah-tengah kekecewaan (Mazmur 42:5).
Elia
Allah membiarkan dia beristirehat untuk beberapa lama dan kemudian mengirimkan seseorang, Elisa, untuk melayani dia (1 Raja-Raja 19:19-21)
Pada zaman sekarang, kita juga memerlukan saudara seiman atau teman-teman untuk dapat saling berkongsi kepedihan dan isi hati (Pengkhotbah 4:9-12).
Berdiamlah di dalam Dia, dalam Firman-Nya, dan berusaha untuk mengenal Dia dengan lebih dekat. Kalau kita berdiam di dalam Dia, Dia berjanji bahawa “sukacitamu akan penuh” (Yohanes 15:1-15). Ingatlah bahawa hanya melalui Roh Kudus, kita dapat memperolehi sukacita sejati (Maz 51:11-12, Gal 5:22, 1 Tes 1:6). Tidak ada yang dapat kita lakukan tanpa kuasa Allah (2 Kor 12:10, 13:4). Bahkan semakin kita berusaha mencari sukacita dengan cara kita sendiri, semakin terasa susah.
Oleh itu, Paulus menunjukkan teladan kepada jemaat di Korintus atau kepada kita melalui kehidupan dirinya dan para rasul yang lain tentang bagaimana mereka sanggup mengalami hinaan dan direndahkan oleh kerana Injil Kristus. Sebenarnya iman dan pelayanan mereka untuk Kristus tidak mendatangkan sesuatu kesenangan dan kebanggaan kepada para rasul, malah hidup mereka sengsara dan menyakitkan—Ayat 11-13. (kalau difikirkan secara manusiawi). Melalui pengalaman ini, Paulus mahu menegur mereka/kita supaya mereka/kita menyedari bagaimana seharusnya bersikap iaitu mengikuti teladan Paulus seperti mana yang ditunjukkannya (Ayat 16).
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, teguran Paulus kepada jemaat di Korintus seharusnya juga menjadi suatu teguran atau peringatan kepada kita semua sebagai orang yang percaya Tuhan Yesus Kristus. Seringkali sikap kita selalu bangga sekiranya kita bergereja di gereja yang besar, lebih maju/kaya dan dipimpin oleh pendeta yang terkenal sampai kita lupa asal usul kita, kadangkala kita dibutakan oleh amalan atau gaya menyembah yang menyeronokkan. Seringkali kita menolak atau mengatakan gereja PCS tidak alkitabiah dan mengatakan bahawa perlu ambil sini sana untuk dipraktikan di PCS supaya lebih sesuai atau mempunyai Roh Kudus. Melalui sikap kebanggaan ini akan membuat kita menjadi seolah-oleh kita lebih besar berbanding pendeta itu atau pendeta itu sangat kecil dan merasa tidak layak diajar oleh pendeta/gembala/tpk/penginjil yang tidak setanding dengan kita, lebih pandai (kihukum), terkenal dan banyak pengalaman.
Apakah kita tetap setia kepada gereja PCS yang juga menyembah Allah yang Mahakusa, Alkitab adalah bahan rujukan hakiki, percaya Tritunggal Allah (Bapa, Anak dan Roh Kudus). Marilah kita belajar sejarah PCS bagaimana Allah menyertai para penginjil pada mulanya sampai hari ini. kita seharusnya bersukacita atas segala perbuatan Allah di dalam pelayanan di PCS pada awalnya sampai hari ini.
Kerana kebanggaan atau kesombongan akan melahirkan sikap dan perasaan lebih hebat dan banyak kelebihan daripada orang lain, bahkan membuatkan kita merendahkan anggota gereja yang berstatus ekonomi rendah yang baru mula bertumbuh, ini akan menghalang hidup kita mengalami Allah sumber sukacita.
Beristirehatlah dalam tangan Tuhan (Matius 11:28-30) dan carilah wajah-Nya melalui doa dan Kitab Suci. “Semoga Allah sumber sukacita dan damai sejahtera dalam iman kamu, supaya oleh kekuatan Roh Kudus kamu berlimpah-limpah dalam pengharapan” (Roma 15: 13). Tuhan Yesus memberkati kita semua, Amin.
27 SEPTEMBER 2020
27 SEPTEMBER 2020
Tema: Sukacita Yang Benar
Subtema:Sukacita Yang Benar
Disediakan Oleh : Pdt. Johani Bin Mosirun
Teks: Yesaya 55:1-11
Pendahuluan
Sukacita yang benar ialah kita bersukacita kerana Yesus Kristus sudah menjadi Tuhan dan Penyelamat peribadi kita.
Penjelasan Teks
Teks Yesaya 55:1-13 merupakan Khutbah ke-7 oleh Yesaya mengenai anugerah Allah kepada orang-orang berdosa yang bertobat. Keselamatan hanya datang dari Allah dan melalui pelayanan Hamba Tuhan. Keselamatan meliputi pembebasan dari hukuman dosa dan suatu kehidupan baru yang penuh perlindungan, sukacita dan damai sejahtera.
Pokok Isi: Kenapa kita harus memiliki sukacita yang benar?
1. Allah sudah menawarkan keselamatan kepada kita (ayat 1-6).
Allah menawarkan makanan yang mengenyangkan jiwa kita. Bukan dengan makanan yang harus dibeli, tahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memenuhi keperluan tubuh jasmani kita. Bagaimana kita memperolehinya? Kita harus datang (55:1), mendengarkan (55:2), mencari dan berseru kepada Allah (55:6). Keselamatan dari Allah ditawarkan secara percuma, tetapi untuk mengenyangkan jiwa kita, kita harus memiliki hasrat untuk menerimanya. Roh kita akan kelaparan tanpa makanan ini sebagaimana tubuh jasmani kita merasa lapar tanpa makanan harian kita.
2. Allah siap memperbaharui perjanjian-Nya dan mengampuni kita (ayat 3)
Perjanjian Allah dengan Daud menjanjikan tanah air bagi bangsa Israel, tidak ada ancaman dari bangsa-bangsa kafir dan tidak ada peperangan (II Sam. 7:10-11). Tetapi Israel tidak menepati perjanjian itu untuk mentaati Allah dan menjauhi berhala. Tetapi, sekalipun demikian, Allah siap untuk memperbaharui perjanjian-Nya lagi. Dia adalah Allah yang pengampun.
3. Allah dekat dengan kita (ayat 6).
Yesaya menyuruh kita untuk berseru kepada Tuhan selagi Dia dekat. Allah tidak berencana untuk pergi jauh dari kita, tetapi kita sering kali pergi jauh dari Allah. Jangan menunggu kita jauh dari Allah, baru datang mencari-Nya. Kerana nanti sangat susah dan sulit bagi kita datang kepada-Nya. Jangan nanti Allah sudah datang untuk menghakimi dunia sebelum kita membuat keputusan untuk datang kepada-Nya. Carilah Allah selagi kamu masih boleh melakukannya, sebelum terlambat.
4. Rancangan Allah bukanlah rancangan kita (ayat 8-9).
Bangsa Israel bertindak bodoh, seolah-olah mereka mengetahui apa yang sedang Allah fikirkan dan rencanakan. Pengetahuan dan hikmat Allah jauh lebih besar dari pengetahuan dan hikmat manusia. Adalah suatu kebodohan kalau kita cuba menyesuaikan Allah sama keadaan kita. Dengan membuat rencana dan tujuan-Nya sesuai dengan rencana dan tujuan kita. Tetapi kita harus berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan rencana dan tujuan-Nya.
Bagaimana supaya sukacita yang benar dapat berkerja dalam diri kita?
Tinggal dalam kasih Yesus didalam kehidupan kita sehari-hari (Yoh. 15:10-11).
Taat dan tekun berdoa.
Tekun membaca Alkitab dan hidup dalam Firman-Nya.
Selalu berusaha menjadi peribadi yang rendah hati dan tetap menyedari ketergantungan kita kepada Tuhan.
Penutup
Sebagai orang percaya, adakah kita memiliki sukacita yang benar? Adakah sukacita yang benar itu menggarami dan menerangi serta mewarnai hidup kita? Adakah sukacita yang benar itu menjadikan kita anak-anak Tuhan yang mampu memberkati sesama membangun tubuh Kristus?
4 OKTOBER 2020
4 OKTOBER 2020
Tema: Buah Dari Kesatuan Pelayanan
Subtema: Saling mengasihi
Disediakan Oleh : Pst. Donis Oduhau
Teks: Yohanes 13: 31-35
Pendahuluan
Saudara dan saudari yang dikasihi Tuhan perkataan saling mengasihi sudah biasa kita dengar dan senantiasa dipakai dalam memberi nasihat kepada seseorang yang punya perasaan marah dan benci terhadap orang lain atau terhadap keluarga yang didasari dalam Alkitab. Namun begitu, apakah kita benar-benar dapat mengasihi orang lain seperti diri sendiri? Contoh yang paling senang kita fahami dalam saling mengasihi, adalah seperti mengasihi diri sendiri kerana tiada yang membenci dirinya sendiri seperti yang dikatakan oleh Rasul Paulus dalam Efesus 5:29 “sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatnya, sama seperti Kristus terhadap jemaat”. Tema kita pada minggu pertama dibulan oktober ini adalah saling mengasihi.
Dalam teks ini, kerana Yesus tahu bahawa tidak banyak lagi waktu-Nya bersama-sama dengan murid-muridNya dibumi, Dia memberi perintah supaya saling mengasihi kepada kesebelas muridNya setelah Yudas Iskareus pergi meninggalkan mereka. Mengapakah Yesus memerintahkan kepada murid-muridNya supaya saling mengasihi?
Isi Khotbah
Tuhan Yesus sudah menjadi teladan bagi kita semua kerna Ia sudah terlebih dahulu mengasihi kita. Kasih inilah yang menjadi ciri khas bagi orang-orang yang percaya, iaitu murid-murid Kristus, supaya orang lain yang melihatnya percaya bahawa kita adalah murid-muridNya. Tuhan Yesus telah memanggil kita supaya terus hidup dalam kasih-Nya yang luar biasa indahnya dan juga memerintahkan kita untuk terus saling mengasihi, setelah Ia dipermuliakan melalui kematian-Nya dan kebangkitan supaya walaupun Dia tidak lagi kelihatan dibumi tetapi melalui sikap dan kelakuan serta budi bicara seseorang dapat mengambarkan bahawa orang itu benar-benar murid Kristus. Sebab kasih yang indah seperti itu hanya terlihat didalam Yesus Kristus sehingga kita mengaku bahawa kasih itu sangat indah dan luar biasa sekalipun kita sendiri tidak dapat menghasilkannya ataupun melakukannya.
Bagaimanakah supaya kita dapat terus-menerus mengaplikasikan kasih itu dalam diri kita, juga dalam jemaat supaya berhasil memperlihatkan bahawa kita saling mengasihi? Ada beberapa perkara yang harus kita lakukan untuk setiap orang yang percaya supaya orang lain mengetahui atau orang sekeliling, melihat jemaat Tuhan, bahawa Kristus ada ditengah-tengah kita juga dalam diri seseorang.
1. Menjadi manusia baru (Kolose 3: 5-10)
Kerana setiap orang yang percaya telah meninggalkan manusia lama dan mengenakan sifat yang baru, kelakuan yang baru, pemikiran yang baru dan yang penuh kasih dan yang terus-menerus diperbaharui Kolose 3: 10. Begitu juga dalam surat Rasul Paulus di (Efesus 4:29-32) yang harus membuang segala sesuatu yang jahat supaya kita dapat membangun antara satu dengan yang lain dan juga janganlah saling menyalahkan sesama “tetapi hendak lah kamu ramah seseorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni”32. Ini memperlihatkan juga bahawa kasih Kristus atau Kristus ada didalam kita apabila kita penuh kasih dan saling mengampuni
2. Hidup dalam pimpinan Roh Kudus
Kehidupan seseorang yang percaya Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat nya harus dipimpin oleh Roh Kudus supaya dapat melakukan apa yang diperintahkan oleh Yesus iaitu saling mengasihi kerana Roh Kudus sendiri yang mengajar kita segala sesuatu seperti yang dikatakan dalam Injil Yohanes 14:26 “tetapi Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepada mu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kuperintahkan kepadamu”. Sebagai contoh yang paling indah tentang kasih yang harus ada pada seseorang, seperti yang dikatakan oleh Rasul Paulus dalam (1 Korintus 13:1-7).
Jadi jika kita tidak dipimpin oleh Roh Kudus yang senantiasa mengajar dan mengingatkan kita tentang perintah agung Kristus supaya saling mengasihi, kita tidak akan mampu untuk terus-menerus melakukan kebaikan atau mengasihi orang lain, Pasti semua yang dikatakan oleh Rasul Paulus tentang kasih tidak akan tercapai kerna itu seluruh kehidupan kita harus dikuasai dan dipimpin oleh Roh Kudus yang memampukan kita untuk terus beriman dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Yesus.
3. Persekutuan dengan orang-orang percaya
Seperti yang dilakukan oleh jemaat pertama yang ditulis dalam (Kisah Para Rasul 2:44-47) “dan semua orang yang telah menjadi percaya tetap bersatu, dan segala kepunyaan mereka adalah kepunyaan bersama” ayat 44. Didalam persekutuan seperti itu, semua nya akan memperlihatkan kepada orang lain satu kesatuan yang kuat dan luar biasa yang didasari kasih Kristus kerana kita saling melengkapi dan saling mengasihi.
Semuanya itu menunjukkan atau memperlihatkan bahawa Kristus ada ditengah-tengah jemaat dan didalam setiap orang yang percaya dan juga mereka mengetahui bahawa kita benar-benar murid-murid Kristus yang melakukan perintah-Nya apabila kita saling melengkapi dan saling mengasihi. ayat 35 “Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-muridKu, iaitu jikalau kamu saling mengasihi”
Kesimpulan
Saudara dan saudari yang dikasihi Tuhan, tidak senang untuk kita saling mengasihi tetapi marilah kita saling mendoakan antara satu dengan yang lain supaya kita saling dikuatkan melalui doa bersama agar kita terus menerus dikuatkan dan dipimpin oleh kuasa Roh Kudus kepada pembaharuan hidup yang menguatkan iman kita untuk terus menerus melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yesus Kristus melalui teks ini.
Sekarang kita harus mengasihi orang lain yang didasari oleh kasih Kristus yang mengorbanan diri-Nya untuk kita, kasih sedemikianlah yang bukan saja membawa orang-orang yang belum percaya datang kepada Kristus, tetapi juga kepada orang yang percaya untuk tetap dikuatkan dan terus-menerus bersatu dan saling mengasihi sehingga beroleh hidup berkelimpahan dan beroleh hidup yang kekal. Kasih Tuhan Yesus Kristus kepada kita tidak dapat dinilai dan diukur kasih-Nya tiada berkesudahan juga luar biasa AMEN. SALING MENGASIHI adalah perintah agung Kristus sebagai RAJA yang AGUNG bukan suatu ajakan. Tuhan memberkati.
11 OKTOBER 2020
11 OKTOBER 2020
Tema: Buah Dari Kesatuan Pelayanan
Subtema:Jemaat Bertumbuh dan Matang.
Disediakan Oleh : Gembala Tommy Sidu
Teks: 1 Petrus 2: 1-10
Pendahuluan
Di dalam surat Petrus, ia menulis kepada golongan Kristian yang tidak pernah dijumpainya yang sedang menghadapi masalah bertahan untuk kepercayaan Kristian semasa penganiayaan. Penganiayaan yang mereka alami bukan dari Rom atau kerajaan tempatan. Sejarah tidak mencatat sebarang kes penganiayaan diluar Rom pada masa itu. Petrus sedang menulis untuk membantu dalam penderitaan yang biasa datang akibat menjadi Kristian dalam dunia yang tidak percaya. Penderitaan biasa muncul apabila seorang Kristian hidup didalam dunia yang mengancam dan bukan Kristian. Penderitaan tidak harus ditakuti kerana ia sebahagian kehidupan Kristian.
(4:12) Petrus memberitahu pembacanya bahawa mereka harus bersukacita apabila menderita kerana dapat berkongsi dalam penderitaan Kristus. (4:13a) penderitaan akan berakhir dan akan menjadi berkat, walaupun ia mungkin tidak jelas kepada kamu sehingga kedatangan Yesus (4:13b). Dihina kerana kamu seorang yang percaya harus membawa kamu kepada tahap memuji! (4:14,16) kamu tidak harus menderita kerana membuat salah. (4:15) Hukuman Tuhan akan jatuh keatas orang benar dan orang fasik. Tuhan akan mengerjakan kebaikan bagi orang benar dan kebinasaan untuk orang yang tidak benar. (4:18) Arahan terakhir Petrus ialah untuk terus menderita kerana berbuat baik dan serah segalanya kepada Tuhan.
Isi Khotbah
Dalam surat Petrus ini sudah mengambarkan bahawa kehidupan seorang Kristian dipenuhi dengan penganiayaan dan penderitaan didalam Kristus, dengan itu sebagai orang Kristian yang percaya kepada Yesus Kristus, harus ia bertumbuh dan matang dalam rohani kerana Tuhan mahu jemaat bertumbuh dan matang, sama seperti Dia.
1. Jemaat bertumbuh
Dalam ayat 1, sebagai orang Kristian ia haruslah membuang segala yang jahat, tipu dan munafik, dengki, fitnah dan sebagainya, seharusnya berhentilah melakukan hal-hal seperti itu, kerana hal seperti itu akan menghalang pertumbuhan rohani kerana peribadi terus dikuasai oleh hal-hal yang jahat. Di ayat 2 “Tetapi jadilah seperti bayi yang baru lahir, yang selalu inginkan air susu yang murni dan yang rohani, supaya oleh-Nya kamu bertumbuh dan beroleh keselamatan”. Dengan itu hendaklah seorang Kristian menjadi seperti seorang bayi yang dirinya tidak dikuasa oleh hal-hal yang jahat, namun bukan bererti bahawa orang Kristan yang sudah dewasa secara rohani tidak memerlukan Firman Tuhan lagi, dan yang dimaksudkan seperti bayi menjadikan air susu sebagai makanan satu-satunya, begitulah seharusnya seorang Kristian terus memandang Firman Tuhan sebagai satu-satunya sumber pertumbuhan dan kekuatan bagi imannya. Dan ia haruslah membaca dan mempelajari Firman Tuhan, kerana sekali lagi Firman Tuhanlah imannya bertumbuh dan dimatangkan.
2. Jemaat yang matang
(ayat 4-5) TB “dan datanglah kepada-Nya, batu yang hidup itu, yang memang dibuang oleh manusia, tetapi yang dipilih dan dihormat di hadirat Allah. Dan biarlah kamu juga juga dipergunakan sebagai batu hidup untuk pembangunan suatu rumah rohani, bagi Imamat kudus, untuk mempersembahkan persembahan rohani yang kerana Yesus Kristus berkenaan kepada Allah”.
Dalam ayat hendaklah orang Kristian yang matang dan membangun orang lain untuk membina rumah rohani, kerana dalam persekutuan yang tetap teguh dengan Kristus, iaitu batu yang hidup, orang Kristian akan menjadi batu yang hidup pula sama seperti Kristus. Fungsi batu bukannya untuk disimpan sendiri melainkan dihubungkan satu sama yang lain sehingga menjadi satu bangunan, hal ini merupakan satu persekutuan orang Kristian, dimana mereka sama-sama melayani antara satu sama yang lain, kerana ini kegiatan aktif di dalam keluarga Kristian agar jemaat terus bertumbuh dan matang bersama-sama di dalam Kristus supaya sama seperti Tuhan.
Penutup/Kesimpulan
Seorang Kristian memang harus memiliki hubungan baik dengan Allah, tetapi bukan dengan Allah sahaja, ia juga perlukan hubungan baik dengan sesama saudara Kristian, dan menjaga kesatuan sebagaimana yang diinginkan Firman Tuhan, baru jemaat dapat membangun dan matang bersama-sama, kerana hal inilah yang dimaksudkan oleh Allah agar nama-Nya dapat dimuliakan di bumi ini dan dimana sahaja. Bila setiap jemaat hidup dalam Firman Tuhan, maka kasih persaudaraan itu akan sungguh mewarnai persekutuan, ibadah, dan seluruh kehidupan jemaat.
18 OKTOBER 2020
18 OKTOBER 2020
Tema: Buah Dari Kesatuan Melayani
Subtema:Memberkati Sesama
Disediakan Oleh : Tpk. Firton Magundoi
Teks: 1 Korintus 4: 6-21
Pendahuluan
Dalam Parikop ini Paulus masih berbicara berkisar apa yang sudah dia ungkapkan dalam fasal 1: 10-31, iaitu perpecahan dalam Jemaah Korintus. Dimana perpecahan ini terjadi oleh kerana terbentuknya tiga kumpulan iaitu “kumpulan Apolos, Kefas/Petrus dan Paulus”.
Mereka terpecah menjadi kelompok-kelompok kecil, serta masing-masing mengikuti pemimpin kesukaan mereka. Mereka begitu yakin bahawa setiap kelompok yang mereka ikuti itulah kelompok yang benar-benar memiliki kebenaran dan oleh kerana itu mereka jadi sombong rohani. Sehinggakan dalam ayat 6-13 Paulus berusaha menjelaskan kepada mereka bahawa, sebaiknya mereka menyedari bahawa ketiga-tiga peribadi yang mereka ikuti itu memiliki peranan yang sama iaitu, rela menderita demi untuk pemberitaan kasih Kristus, tidak ada satu pun antara mereka memiliki status lebih tinggi dari yang lain, malahan mereka sering kali lapar, haus, telanjang, dipukul dan hidup menggembara demi untuk memberkati sesama jemaah agar, jemaah menerima kasih dan keselamatan dari Kristus melalui Berita baik yang mereka ajarkan.
Untuk melihat agar jemaah Korintus dapat dibentuk menjadi sebuah jemaah yang matang dari segi iman melalui berkat Berita baik yang dia sampaikan, Paulus menyuruh jemaah Korintus untuk melihat dan mengikuti teladannya agar mereka juga boleh memberkati sesama.
Isi Khotbah
1. Melayani/memberkati sesama dengan tabah menanggung cabaran. (ayat 11)
Seringkali pelayanan yang dilakukan menemui pelbagai reaksi dari semua orang, ada jemaah yang senang, tidak kurang juga dengan yang tak senang atau tidak suka dengan semua yang sudah kita lakukan. Demikian juga dengan Rasul Paulus, dia seringkali berhadapan dengan cabaran dan dugaan ketika dia berusaha memberkati semua jemaah yang dia layani namun, semuanya dia lakukan dengan penuh ketabahan.
2. Melayani/memberkati sesama dengan penuh kesabaran dan ramah. (ayat 12-13)
Suatu hari saya melihat seorang pelayan kedai makan telah dimarahi dengan teruk sekali oleh seorang pelanggan, kesalahannya hanya oleh kerana makanan yang tiba tidak sama dengan makanan yang dia pesan, namun saya sangat memuji kesabaran pelayan tersebut, dia sama sekali tidak membalas dengan perkataan yang kesat sebaliknya, dia berkali-kali memohon maaf bahkan setelah selesai dimarahi, dia telah menghantar semula makanan dengan penuh kemesraan kepada pelanggan tersebut. Sesungguhnya perkara ini amat sukar untuk dilakukan namun, inilah yang dimaksudkan oleh Rasul Paulus dalam ayat 12 ini bahawa, walaupun dia di maki namun dia membalas makian tersebut dengan memberkati, setiap aniaya di hadapi dengan sabar dan setiap fitnah dijawab dengan penuh keramahan.
3. Melayani/memberkati dengan penuh kasih. (ayat 14-21)
Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal (Yoh 3: 16a), Markus 12: 30-31 juga berbicara tentang Kasih bahkan tema keseluruhan Alkitab berbicara tentang KASIH. Sebab itulah Rasul Paulus dengan penuh kasih, telah datang dan menegur Jemaah Korintus supaya mereka sedar akan masalah yang mereka hadapi pada waktu itu.
Kesimpulan
Jemaah Tuhan yang dikasihi, “Memberkati Sesama” itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, seringkali niat baik yang cuba kita terapkan itu mendapat reaksi yang tidak menentu daripada anggota jemaah sehinggakan kadang-kadang kita putus asa. Namun marilah meneladani pelayanan Paulus, Paulus tidak pernah berpaling daripada panggilan yang sudah dia terima, Paulus telah menghabiskan sisa hidupnya untuk menjadi berkat kepada semua orang agar setiap orang yang sudah dia layani mendapat anugerah kasih dan keselamatan melalui Yesus Kristus.
25 OKTOBER 2020
25 OKTOBER 2020
Tema: Buah Dari Kesatuan Melayani
Subtema:Membangun Tubuh Kristus
Disediakan Oleh : Tpk. Firton Magundoi
Teks: 1 Korintus 3: 10-19
Pendahuluan
Dalam proses membina sesebuah rumah atau bangunan, selain daripada mengenal pasti struktur bangunan yang mahu dibina, mengenal pasti bahan-bahan yang diguna pakai, mengenal pasti cara pembinaan sesuatu kompenan binaan agar sesuai digunapakai dan sebagainya. Satu hal yang paling utama diperhatikan ialah DASAR, dasar berperanan penting dalam menentukan sejauhmana tahan dan kukuhnya sesebuah rumah atau bangunan yang mahu dibina. Yesus menyatakan perumpamaan-Nya didalam Matius 7: 47-49 dua macam dasar, bagi orang yang mendirikan rumah diatas batu, rumahnya akan tahan menerima ancaman bencana alam namun, bagi orang yang membina rumah diatas pasir, rumahnya pasti tidak tahan dan akan roboh. Meskipun teks ini memiliki konteks yang berbeza kerana, Yesus berbicara tentang manfaat mendengar dan mentaati firman-Nya namun, ianya juga berbicara tentang kepentingan DASAR.
Saudara dan saudari teks minggu ini masih berlatarbelakangkan tentang bagaimana Paulus berusaha meyakinkan jemaah Korintus tentang persamaan peranan dia serta para Rasul lain miliki khususnya Apolos (ayat 1-9). Paulus berkata bahawa mereka adalah rakan sekerja Allah yang datang dan mengajar jemaah dengan meletak hanya satu dasar iaitu Yesus Kristus dan melalui dasar itulah mereka akan membangun atau membina tubuh Kristus.
1. Dasar iaitu Yesus Kristus. (ayat 10-11)
Dalam pelayanannya dengan penuh kasih, Paulus telah pun meletakkan satu-satunya dasar kepada setiap orang yang dia layani melalui pemberitaan firman Tuhan iaitu Yesus Kristus. Kerana bagi Paulus hanya dasar iman melalui Yesus Kristus manusia mampu bertahan dengan segala ancaman serta dugaan yang melanda.
2. Respons atau reaksi terhadap dasar yang diterima. (ayat 12-15)
Setelah meletakkan Yesus Kristus sebagai dasarnya, sekarang dalam ayat ini Paulus memberi gambaran tentang bagaimana seseorang pelayan itu membentuk sesebuah Jemaah atau seseorang agar, benar-benar dibentuk menjadi seorang Kristian (tubuh Kristus), bagaimana seseorang itu membina kehidupan setelah menerima Yesus Kristus sebagai dasar imannya (bagaimana ia dimuridkan). Paulus memberi gambaran tentang bahan binaan yang diguna pakai, apakah akhirnya ianya tahan diuji dengan api atau pun sebaliknya apa bila hari Tuhan akan tiba. Meskipun pada akhirnya oleh kerana kasih anugerah yang telah diterima, bagi mereka yang tidak lulus dari ujian juga akan diselamatkan namun yang jelas segala usaha yang sudah dilakukan sememangnya menjadi sia-sia. Maksudnya ialah sebaiknya setelah meletakkan dasar, jagalah dengan baik fondasi tersebut dengan material binaan yang bermutu tinggi iaitu, bentuklah jemaah tersebut sesuai dengan kebenaran firman Tuhan dan bukannya ajaran dan hikmat sendiri sebagai manusia.
3. Nilai tubuh. (ayat 16-17)
Paulus menegaskan dalam ayat ini tentang nilai tubuh manusia setelah menerima Kristus iaitu, tubuh manusia merupakan tempat Roh Kudus tinggal atau diami. Oleh sebab itulah material binaan yang digunakan oleh para pelayan, perlu yang bermutu tinggi iatu kebenaran firman Tuhan supaya Jemaah, dapat dibina menjadi tubuh Kristus.
Kesimpulan
Saudara dan saudari, sejak kebelakangan ini ada ramai yang mengaku menjadi pelayan, serta datang dengan membawa metode serta doktrin yang seringkali bertentangan dengan ajaran kebenaran firman Tuhan, mereka membentuk sebuah dasar baru yang bertentangan dengan dasar yang sudah lama kita miliki. Melalui dasar tersebut mereka membina dan membentuk iman kita sesuai dengan kehendak mereka, namun apabila hari Tuhan datang semuanya musnah kerana yang terbina bukannya tubuh Kristus tetapi, pengertian dan hikmat manusialah yang telah terbina didalam tubuh kita.
Saudara dan saudari, perkara inilah yang dimaksudkan oleh Paulus dalam teks ini, oleh sebab itu marilah kita bersama-sama membentuk tubuh Kristus didalam kehidupan kita, sesuai dengan dasar yang tepat dan material binaan yang bermutu tinggi iaitu kebenaran firman Tuhan.
1 NOVEMBER 2020
1 NOVEMBER 2020
Tema: Berkenan Di Mata Tuhan
Subtema: Memelihara Kekudusan Diri
Disediakan Oleh : Pdt Efejus Rudin
Teks: 2 Korintus 7:1
Pendahuluan
Tema Bulan 11 - Berkenaan Di Mata Tuhan – Bersetuju di hati, puas hati, senang hati dan berasa gembira – Kamus Dewan.
Berkenaan Di Mata Tuhan – Suatu Tindakan/kelakuan/sifat yang membuat hati Allah setuju, puas hati, senang hati atau berkenaan kepada-Nya.
Subtema minggu ini – “Memelihara Kekudusan Diri”.
Kekudusan – Berkaitan seluruh aspek kehidupan iaitu Tindakan/kelakuan/sifat yang membuat hati Allah setuju, puas hati, senang hati atau berkenaan kepada-Nya…
Ayat pembacaan 2 Korintus 7:1 – Menyarankan agar orang-orang percaya menyucikan diri baik secara jasmani mahupun secara rohani sebagai “memelihara kekudusan diri” di hadapan Allah yang kudus.
Kudus = Tidak bercela, suci, bersih, murni. Kekudusan= kesucian, kebersihan (hati, batin dll). Dewan Bahasa.
Kudus = Kata dasar kekudusan – Dipisahkan dari keduniawi (Yoh 17:14-19). Konsep Alkitab
Konsep Perjanjian Lama
Allah adalah Kudus (Yes 6:3) = Diperluaskan kepada manusia (Seperti Imam-Imam di Bait Allah dan segala alat perkakas kegunaan serta perayaan-perayaan (Imamat 23).
Konsep Perjanjian Baru
Yesus disebut Kudus (Luk 1:35) = Gereja juga harus Kudus (Efesus2:19-22) iaitu didiami Roh Kudus (Rom 5:5, 2 Kor 6:16-17:1)
Tema kita minggu ini “Memelihara Kekudusan Diri” = Suatu keadaan dan usaha bersungguh - sungguh untuk sentiasa berada didalam situasi yang mana; -
Seluruh aspek kehidupan iaitu Tindakan/kelakuan/sifat yang membuat hati Allah setuju, puas hati, senang hati atau berkenaan kepada-Nya….
Isi Khotbah
Bagaimana kita “Memelihara Kekudusan Diri “kita?
1. Jauhi Kehidupan “Noda Kekafiran” - 2 Kor 6:11-18
i. Takut Akan Tuhan. “Takut akan Tuhan” adalah dasar menjauhi segala kejahatan dan dosa agar dapat “memelihara kekudusan diri” Sebelum ayat pembacaan (2 Korintus 7:1) – 2 Korintus 6:11-18 Paulus memberikan nasihat dan teguran tentang “noda kekafiran” yang mencemarkan kekudusan tubuh orang percaya kepada Jemaat-jemaat di Korintus. Ayat 14, 15- Firman Tuhan menyatakan melalui Paulus, Terang tidak dapat bersatu dengan gelap – kebenaran berbeza dengan kedurhakaan- Kristus berbeza dengan Belial@Iblis.
Ini bererti “noda kekafiran” adalah yang dipraktikkan sebahagiaan orang percaya di Korintus telah ditegur, kerana hal ini mencemarkan kekudusan bait Allah (tubuh orang percaya- ayat 16) Noda Kekafiran = kegelapan / kedurhakaan yang mencemarkan kehidupan yang Kudus orang- orang percaya.
Kedurhakaan/ kegelapan (kehidupan orang yang masih diluar Kristus) = Kefasikan (Ibrani 1:9, Matius 24:12, 2 Tesalonika 2:7) dan pelanggaran hukum (1 Yohanes 3:4) yang mana bertentanggan dengan kebenaran (kehidupan orang benar).
“Takut Akan Tuhan” – Menjauhi tatacara kehidupan kedurhakaan/kegelapan demi “memelihara kekudusan diri” dihadapan Tuhan yang kudus…
2. Sedar Dan Bertaubat
Kesedaran diri adalah sifat yang berkenaan dihadapan Tuhan Ayat 17 – Firman Tuhan menegaskan agar setiap orang percaya harus keluar atau pisahkan diri dari mereka yang hidup didalam “noda Kekafiran” Firman Tuhan Memperingati - Sebahagiaan orang percaya di Korintus yang masih mengamalkan tatacara kehidupan “kekafiran” agar sedar dan bertaubat dari “noda kekafiran” yang membelenggu kehidupan mereka.
Tidak sedar dan bertaubat - Akibatnya Kekudusan kehidupan didalam Yesus Kristus akan tercemar dan hal ini membuat hati Allah tidak senang atau tidak berkenaan. Jika Sedar dan bertaubat (memisahkan diri dari kehidupan kekafiran@menyembah berhala):
Maka Allah akan diam, dan hidup serta menjadi Allah dan Umat Allah (ayat 16b) kepada mereka.
Menjadi Bapa - Bahkan menjadi sebagai Bapa kepada mereka (hubungan lebih erat seperti hubungan anak dan bapa)
Penerapan
Kita jemaat-jemaat di PCS perlu meninjau kembali Iman dan kepercayaan kita selama ini, apakah kehidupan jasmani dan rohani kita masih ada kehidupan yang berkompromi dengan “noda Kekafiran” Sebelum kita menjadi Kristian, tidak dapat dinafikan kita hidup sebagai orang yang tidak percaya kepada Yesus Kristus dan berkonsepkan kepercayaan2 agama pagan yang mana terdapat pelbagai adat-istiadat dan pantang larang yang dibaluti kepercayaan takyul serta penyembahan roh-roh atau dewa-dewa. Selepas menjadi Kristian, tidak dapat dinafikan sebahagiaan antara kita (baik pemimpin/jemaat biasa) tidak dapat membuang semua konsep-konsep adat-istiadat dan pantang larang yang dibaluti kepercayaan takyul serta penyembahan roh-roh atau dewa-dewa. Konsep-konsep adat-istiadat dan pantang larang yang dibaluti kepercayaan takyul serta penyembahan roh-roh atau dewa-dewa adalah merupakan “noda kekafiran” yang boleh mencemarkan kekudusan kehidupan kita dihadapan Allah.
Apa Tindakan Yang Seharusnya?
i. Buang/pisahkan diri - Oleh yang demikian sebagai orang-orang yang sudah mengakui Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat, maka semua “noda kekafiran” ini haruslah dibuang atau dipisahkan dari seluruh kehidupan kudus kita dihadapan Tuhan
ii. Dengan Takut dan sedar di hadapan Tuhan - Kita harus takut dan sedar serta bertaubat dihadapan Tuhan jika sekiranya kehidupan kita masih terlibat dengan “noda kekafiran” selama ini.
Menghormati Dan Menghargai Pelayan Utusan Tuhan (2 Kor 7:2-16 )
SubTema “Memelihara Kekudusan Diri” adalah berkaitan juga bagaimana hormat dan penghargaan terhadap para pelayan utusan Tuhan…Menghormati dan menghargai para pelayan utusan Tuhan adalah sama dengan tuntutan hukum “Kasih” Berlaku tidak hormat dan tidak memperdulikan pelayan utusan Tuhan juga mecemarkan kekudusan diri dihadapan Tuhan, kerana mengabaikan hukum kasih sesama bererti juga mengabaikan mengasihi Tuhan segenap jiwa dan raga. Teks 2 Korintus 7:2-16 – Merupakan keterangan Rasul Paulus tentang sikap sebahagiaan jemaat Korintus yang tidak hormat dan menghargai terhadap para pelayan utusan Tuhan khususnya terhadap Rasul Paulus sendiri yang ditolak dan tidak diperduli oleh sebahagiaan jemaat Korintus.
Teks Bacaan 2 Korintus 7:1 – Firman Tuhan berbicara tentang penyucian diri secara jasmani mahupun rohani yang berkaitan kekudusan dihadapan Tuhan.
Berkaitan selepas teks bacaan (ayat 2-16)- Penjelasan tentang menghormati dan menghargai pelayan utusan Tuhan yang memberitakan Injil serta mengajarkan Firman Tuhan.
Paulus menjelaskan tentang suratnya sebelum menegur sebahagiaan jemaat korintus yang menolak dan tidak menghormati Paulus sebagai utusan Pelayan Tuhan.
Dan surat Paulus kedua ini menjelaskan kesedihan Paulus kerana surat pertamanya mungkin menyakiti hati jemaat-jemaat Korintus.
Namun, Paulus juga sukacita kerana surat teguran Paulus telah membuat jemaat Korintus bertaubat dan dapat diselamatkan.
Ayat 2 – Paulus sungguh-sungguh meminta jemaat agar menghormati mereka (pelayan Kristus) sebagai jujungan tinggi kerana pekerjaan mereka memberitakan Firman Tuhan.
Dan hal ini, amat mempengaruhi kehidupan yang kudus dihadapan Tuhan.
Ertinya, Sebarang perkara yang menghina, memberontak, menganggap rendah dan tidak memperdulikan utusan pelayan Tuhan maka hal ini sama sahaja menghina, anggap rendah dan tidak memperdulikan Firman Tuhan.
Kerana itu – Kekudusan hidup tercemar dan akan ada suatu berlaku didalam perjalanan hidup yang tidak baik, kerana Tuhan tidak akan berserta dan memberkatinya 1 Samuel 12:1-25 – Kisah Imam Samuel hampir sama dengan kisah Paulus di Korintus. Ketika Samuel tidak dihormati, disokong dan tidak dihargai oleh bangsa Israel, maka Tuhan tidak lagi memperdulikan umat Israel sehingga Israel sentiasa terdedah kepada kesusahan kehidupan.
Penerapan
Pada masa ini jemaat seharusnya mulai belajar cara menghargai, menghormati dan menyanjung tinggi utusan pelayan Tuhan semata-mata kerana mereka adalah pelayan utusan Tuhan yang bekerja keras mengajar dan memberitakan Injil Tuhan.
Salah satu cara hormat kepada utusan pelayan Tuhan adalah: -
Jangan memperkecilkan pelayanan Pendeta/pastor/gembala utusan Gereja tetapi berusaha menyanjungi kerana berita Firman yang diberitakan.
Jangan membuat perkara yang membuat hati sakit Pendeta/Pastor/Gembala/Penginjil kerana kesakitan hatinya akan membuat berkat-berkat Tuhan terhalang kepada Gereja mahupun kehidupannya.
Sebaliknya – jemaat harus berusaha agar Pendeta/ Pastor/ Gembala sentiasa berkecukupan.
Kesimpulan
Yang berkenaan dimata Tuhan adalah kehidupan kita yang senantiasa memelihara kekudusan diri. Dengan cara memelihara Kekudusan Diri seperti:
Menjauhi/ memisahkan diri dari kehidupan “Noda Kekafiran”
Sentiasa berusaha menghormati dan menghargai pelayanan pdt/pst/gbla utusan Tuhan sebagai memandang tinggi akan pemberitaan Firman Tuhan.
8 NOVEMBER 2020
8 NOVEMBER 2020
Tema: Berkenan Di Mata Tuhan
Subtema:Memelihara Kesatuan
Disediakan Oleh : Pdt Efejus Rudin
Teks: Efesus 4:1-16
Pendahuluan
Tema Bulan 11 - Berkenaan Di Mata Tuhan – Bersetuju di hati, puas hati, senang hati dan berasa gembira – Kamus Dewan. Berkenaan Di Mata Tuhan – Suatu Tindakan/kelakuan/sifat yang membuat hati Allah setuju, puas hati, senang hati atau berkenaan kepada-Nya.
Sub Tema – Memelihara Kesatuan “Kesatuan” = Apapun terjadi tetap satu tidak berpecah/ tidak mudah dipengaruhi. Memelihara Kesatuan – Semua orang sentiasa bersatu, sefahaman dan saling menyokong. Didalam teks- Paulus memberikan beberapa motivasi kepada jemaat Efesus agar dapat memelihara kesatuan berjemaat didalam Kristus kerana inilah yang berkenaan di mata Tuhan… Antara Motivasi memelihara kesatuan yang diberikan kepada jemaat Efesus;
Isi Khotbah
1. Para Jemaat Harus Siap Bersatu Menderita Demi Kristus (Ayat 1 )
Paulus sentiasa melayani, menguatkan iman para jemaat melalui surat meskipun Paulus sendiri berada didalam penjara. Pengorbanan dan penderitaan Paulus tidak menghalang Paulus untuk tetap melayani melalui surat kepada jemaat di Efesus, Kenapa?
Inilah yang berkenaan dimata Tuhan… Hasil pelayanan Paulus – Injil telah menyebar ke seluruh kekaisaran Romawi/Seluruh dunia pada masa tersebut… Dalam keadaan menderita namun tetap berkorban mewartakan Injil kepada semua orang. Memelihara Kesatuan yang berkenaan dimata Tuhan = Para Jemaat juga siap menderita bagi Kristus.
Penerapan
Bagaimana dengan kita dijemaat PCS? Kita mengakui percaya dan beriman kepada Tuhan Yesus= Kita mengakui Tuhan Yesus sebagai kepala/Pemimpin unggul kita, Dengan itu - kita semua para jemaat juga harus bersatu mengabdi kepada Tuhan kita Yesus Kristus meskipun berada didalam penJemaat yang Memelihara Kesatuan dengan siap menderita bagi Kristus = Hal yang amat berkenaan dimata Tuhan.
2. Para Jemaat Harus Praktikkan Kesatuan Roh Didalam Seluruh kehidupan Berjemaat (Ayat 2-3 )
Motivasi Paulus kepada Jemaat Efesus agar praktikkan didalam kehidupan “kesatuan Roh” = Mewujud-nyatakan moralitas kesatuan. Moralitas kesatuan= Rendah Hati, Lemah Lembut, Sabar, Kasih dan saling membantu. Paulus menyarankan AGAR Moralitas kesatuan ada pada jemaat Efesus sebagai kekuatan “Memelihara Kesatuan Didalam Kristus” Memelihara Kesatuan Didalam Kristus – Perlu ada “kesatuan Roh” dari jemaat iaitu – “Moralitas kesatuan”.
Penerapan
Bagaimana dengan kita dijemaat PCS? Apakah kita boleh terapkan dan praktikakan Kesatuan Roh Didalam Seluruh kehidupan berjemaat di PCS sebagai usaha memelihara kesatuan yang berkenaan di mata Tuhan?... “Kesatuan Roh” = Mewujud-nyatakan moralitas kesatuan – iaitu - Rendah Hati, Lemah Lembut, Sabar, Kasih dan saling membantu. Memelihara Kesatuan Didalam Kristus – Perlu ada “kesatuan Roh” dari jemaat iaitu – “Moralitas kesatuan” dari Para Pemimpin sehingga kepada para jemaat semua…
3. Semua Jemaat Harus Belajar Mengenal dan Memahami Cara Kerja dan Kehendak Tuhan (Ayat 4-7)
Paulus menyarankan jemaat Efesus terus mengenal dan memahami karunia masing-masing sehingga dapat mengerti cara kerja Tuhan dan kehendak Tuhan didalam bergereja- Ayat 7… Melalui cara ini- Semua jemaat dan pemimpin Gereja dapat mengetahui tanggungjawab masing-masing di hadapan Tuhan Yesus sebagai kepala Jemaat. (Satu Iman, Satu Baptisan yang bersumberkan satu Tuhan – Ayat 5). Memelihara Kesatuan Didalam Kristus – Perlu memahami karunia masing-masing dan melakukan sesuai cara kerja dan kehendak Tuhan didalam berjemaat...
Penerapan
Bagaimana dengan kita dijemaat PCS?
Visi Misi-Nya = Kerajaan Allah Di Bumi/Gereja/Persekutuaan Orang Percaya (dipertanggungjawab melaksanakan kehendak Tuhan). Kajian di Amerika 300 lebih buah Gereja:
1. Pastor
2. Anggota jemaat
Soalan- Apakah harapan kamu kepada Gereja?
1. Jawapan Pastor - Gereja bertanggungjawab melaksanakan Visi Misi Allah dibumi - 98%.
2. Jawapan Jemaat – Gereja bertanggungjawab melayani untuk saya - 95%
Ini bererti jemaat-jemaat belum mengerti karunia-karunianya dan kehendak Tuhan didalam kehidupan mereka… Oleh itu – memelihara kesatuan didalam Kristus - adalah perlu, semua jemaat harus belajar mengenal dan memahami cara kerja dan kehendak Tuhan iaitu dipertanggungjawabkan melaksanakan Visi Dan Misi-Nya di Bumi ini.
Penutup
“Memelihara Kesatuan” di dalam Kristus adalah: -
Semua Jemaat PCS Siap Menderita Demi Kristus.
Semua Jemaat PCS harus Praktikkan Kesatuan Roh Didalam Seluruh kehidupan Berjemaat.
Semua Jemaat PCS harus Belajar Mengenal dan Memahami Cara Kerja dan Kehendak Tuhan.
15 NOVEMBER 2020
15 NOVEMBER 2020
Tema: Berkenan Dimata Tuhan
Subtema: Kasih, Hormat dan Taat kepada Tuhan
Disediakan Oleh : Gembala Mardina Sompokon
Teks: Maleakhi 1:6
Pendahuluan
Kitab Maleakhi adalah firman TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi (1:1). Dalam Bahasa Ibrani ‘Maleakhi’ bererti ‘utusan-Ku’. Dengan itu, kitab ini adalah catatan firman TUHAN yang disampaikan oleh seorang peribadi/nabi yang berperanan sebagai utusan TUHAN kepada umat Israel. Firman TUHAN yang disampaikan oleh Maleakhi mengandungi enam tuduhan terhadap umat Israel; Tuduhan tentang kasih (1:2-5), tuduhan tentang kehormatan (1:6-2:9), tuduhan tentang ketidaksetiaan (2:10-16), tuduhan tentang keadilan Ilahi (2:17-3:5), tuduhan tentang pertaubatan (3:6-12) dan tuduhan tentang melayani Allah (3:13-4:3).
Tuduhan-tuduhan ini diperhadapkan kepada Israel selepas pembangunan kembali Bait Allah setelah umat Israel kembali dari pembuangan di Babilonia. Pada waktu itu mereka masih di bawah pemerintahan kerajaan Persia yang kemungkinan mengenakan cukai yang tinggi (1:8), dan mereka juga terpaksa menghadapi masalah kemarau dan kebuluran (3:10-11). Masalah ini mengakibatkan banyak umat Israel, khususnya para imam yang mempersoalkan TUHAN dan mulai menjadi ragu. Para imam berpaling dari penyembahan yang benar dengan mempersembahkan korban dengan cara yang salah. Kelakuan para imam ini mendorong umat Israel untuk berbuat dosa. Oleh itu, TUHAN memperhadapkan umat Israel dengan tuduhan-tuduhan melalui Maleakhi kerana pelanggaran yang dilakukan.
1:6 adalah bahagian dari tuduhan TUHAN tentang ketidaksetiaan para imam kepada TUHAN. Para imam adalah satu kumpulan yang diangkat oleh TUHAN yang bertanggungjawab untuk menolong umat Israel menghormati TUHAN dan menyembah TUHAN melalui pelayanan mereka di Bait Allah. Namun, mereka melanggar penyembahan dengan mempersembahkan roti cemar dan korban binatang yang bercela. Dalam hal ini, terdapat dua gambaran yang digunakan dalam tuduhan tersebut, iaitu gambaran hormat anak terhadap ayahnya dan gambaran ketaatan hamba terhadap majikannya. Kerana itu, dari teks ini terdapat tiga hal yang kita pelajari dan renungkan bersama.
Isi Khotbah
1. Kasih kepada Tuhan
Pernyataan kasih TUHAN terhadap umat-Nya memulai kitab Maleakhi (1:2-5) dengan menggunakan kisah pemilihan Yakub. Namun, ternyata umat-Nya mempersoalkan kasih TUHAN kepada mereka dan mulai menjadi ragu serta berpaling dari TUHAN. Sebab, mereka beranggapan bahawa jika TUHAN mengasihi mereka, mengapa mereka masih menghadapi masalah-masalah yang menekan hidup mereka. Kerana itu, mereka diingatkan kembali pemilihan Yakub yang menjadi nenek moyang (Kejadian 25:19-26; bandingkan Roma 9:10-13). Melalui nenek moyang ini, kedatangan Mesias dijanjikan dari bangsa pilihan TUHAN.
Dalam perjanjian baru, kasih Allah yang tertinggi dinyatakan melalui pengorbanan Mesias (Kristus) (Roma 8:39). Dengan itu, kehidupan kita sebagai orang Kristian harus bertitik tolak dari kasih Allah kepada kita (1 Yohanes 4:10). Dengan kata lain, kasih Allah kepada kita sepatutnya mendorong kita untuk memiliki kasih kepada Tuhan dan kasih terhadap sesama. Justeru itu, keadaan sekeliling dan pencapaian yang dinikmati dalam dunia bukan ukuran kasih Allah kepada kita.
2. Hormat kepada TUHAN
Hormat kepada TUHAN adalah sikap di hadapan TUHAN yang penuh dengan kesedaran bahawa TUHAN yang disembah adalah kudus. Kerana itu, ketika para imam mencemarkan ibadah dengan mempersembahkan korban yang cemar, TUHAN memperhadapkan mereka dengan tuduhan tidak menghormati TUHAN. TUHAN berfirman, “Seorang anak menghormati bapanya...Jika Aku ini Bapa, dimanakah hormat yang kepada-Ku itu?” ‘seorang hamba menghormati tuannya...Jika Aku ini tuan, dimanakah takut yang kepada-Ku itu? Dalam hal ini TUHAN menempatkan diri-Nya sebagai seorang Bapa yang menunjukkan suatu perhubungan yang intim antara Allah dan umat-Nya dan sebagai seorang tuan yang patut dihormati oleh hambanya. Tambahan pula, para imam bersetuju bahawa seorang bapa dan majikan patut untuk diberikan hormat (Keluaran 12:20). Dengan itu, umat Allah patut menunjukkan hormat yang sungguh-sungguh kepada Allah di dalam ibadah.
Roma 12:1 menjelaskan bahawa hidup kita adalah persembahan yang hidup, kudus dan berkenaan kepada Allah dan inilah ibadah yang sejati. Ini bererti kita perlu menyerahkan seluruh hidup kita untuk melayani Tuhan. Dengan itu, kita patut menunjukkan hormat kepada Tuhan dalam ibadah kita. Justeru itu, jika kita melayani Tuhan dan jika kita beribadah, layanilah Tuhan dan beribadah kepada Tuhan dengan segenap hati. Sebab, Tuhan yang kita layani dan sembah adalah kudus.
3. Taat kepada Tuhan
Taat kepada TUHAN bererti mendengar serta melakukan perintah TUHAN. Tindakan para imam yang memesongkan umat Allah adalah jelas suatu tindakan ketidaktaatan terhadap perintah TUHAN sungguhpun mereka tahu akan perintah dan ketetapan TUHAN. Dalam 2:5-7, TUHAN mengingatkan mereka tentang perjanjian antara TUHAN dan suku Lewi. TUHAN menjanjikan kehidupan dan kesejahteraan kepada suku Lewi, dan suku Lewi perlu takut akan TUHAN dengan berkata-kata benar, jujur mengikuti TUHAN dan membawa orang kembali menyembah TUHAN serta menjadi utusan TUHAN yang menyampaikan pengetahuan kepada umat Allah. Tetapi, ternyata para imam melanggar perjanjian ini. Para imam bukan hanya melanggar perjanjian dengan mempersembahkan korban yang cemar tetapi juga dengan mengizinkan perkahwinan campur dan perceraian. Tanggungjawab para imam untuk menjadi utusan TUHAN tidak lagi ditaati.
Dalam perjanjian baru, dijelaskan bahawa orang-orang Kristian dipanggil untuk mentaati Kristus (Ibrani 5:9). Hal ini sama seperti suku Lewi yang perlu mentaati perintah TUHAN. Namun, ketaatan yang dijelaskan dalam perjanjian baru adalah ketaatan yang disifatkan sebagai buah dari kepercayaan kepada Kristus. Dengan itu, orang-orang Kristian patut mendengar dan melakukan kehendak Kristus serta meneladani Kristus. Ingatlah bahawa menjadi orang yang tidak mentaati Kristus sama erti menjadi orang yang tidak percaya kepada Kristus. Dengan kata lain keraguan kita untuk mempercayai Kristus menghasilkan sikap yang sama seperti para imam yang melanggar perjanjian dan tidak mentaati perintah TUHAN.Kerana itu, hasilkanlah ketaatan dari kepercayaan yang sungguh-sungguh kepada Allah dan Kristus.
Penutup
Kasih, hormat dan taat kepada Tuhan adalah sikap yang perlu dalam setiap peribadi yang dipilih dan dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi umat-Nya. Sebab, sikap inilah yang mencerminkan kehidupan kita yang berkenaan kepada TUHAN.
22 NOVEMBER 2020
22 NOVEMBER 2020
Tema: Berkenan di Mata Tuhan
Subtema:Setia mengajarkan Firman Tuhan
Disediakan Oleh : Gembala Mardina Sompokon
Teks: Ezra 7:10
Pendahuluan
‘Setia mengajarkan firman Tuhan’ memerlukan tekad yang sama seperti tekad Ezra yang dijelaskan dalam 7:10 Ayat ini menjelaskan tekad Ezra sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang dipikulnya. Ezra bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajarkan ketetapan dan peraturan di antara orang Israel. Tekad bererti meletakkan seluruh hidup dalam pengabdian. Justeru itu, tekad untuk meneliti firman Tuhan, tekad untuk melakukan firman Tuhan dan tekad untuk mengajarkan firman Tuhan kepada Jemaah bererti menyerahkan kehidupan kita di dalam pengabdian untuk mengkaji firman Tuhan, melakukan dan mengajarkan. Oleh itu, dengan memiliki tekad ini mendorong untuk kita setia bukan hanya dalam pengajaran akan firman Tuhan, tetapi juga setia mengkaji untuk memastikan pengajaran yang benar dan setia melakukan untuk memberikan teladan.
Isi Khotbah
1. Setia meneliti/mengkaji firman Tuhan
Taurat bererti pengajaran atau petunjuk yang diberikan oleh Allah kepada Musa di gunung Sinai yang menjadi panduan kehidupan umat Allah untuk berkenaan kepada Allah. Justeru itu, taurat dipandang tinggi oleh umat Allah untuk menjalani kehidupan sesuai dengan ketetapan dan peraturan Tuhan. Kegagalan mereka pada masa lalu untuk mengikuti ketetapan Tuhan telah mengakibatkan terjadinya pembuangan. Kerana itu, ketaatan terhadap taurat adalah gambar dari kesetiaan mereka kepada Allah.
Untuk membimbing mereka mentaati taurat, Ezra sebagai peribadi yang diberikan tanggungjawab untuk memimpin mereka, perlu biasa dengan taurat dalam pengkajian. Justeru itu, pengenalan Ezra sebagai seorang keturunan imam, seorang ahli kitab dan seorang yang mahir dalam Taurat Musa (7:1-6) cukup menjelaskan bahawa Ezra seorang yang setia dalam mengkaji taurat. Sebab, pengenalan Ezra sebagai seorang ahli kitab bererti Ezra memiliki tugas sebagai orang yang menyalin, belajar dan mengajarkan serta menjadi pentafsir rasmi kitab taurat selama mereka dalam pembuangan. Mahir dalam taurat Musa menjelaskan kecekapan Ezra untuk melakukan tugasnya sesuai dengan ketetapan.
Justeru itu, sangat penting bagi kita untuk setia mengkaji firman Tuhan, bagi memastikan pengajaran yang benar kepada anggota gereja kita dan memastikan anggota setia kepada kebenaran. Ingatlah bahawa firman Tuhan (Alkitab) bukan Panadol yang digunakan bila perlu. Dengan kata lain, firman Tuhan bukan untuk dibaca bila ada pelayanan dan bukan untuk dibaca pada hari ahad sahaja. Tetapi, kita perlu menyelidiki dan mengkajinya setiap hari. Inilah dasar utama untuk mengajarkan firman Tuhan.
2. Setia melakukan firman Tuhan
Bait Allah telah hancur selama masa pembuangan dan umat Allah tidak lagi dapat menjalankan ibadah termasuk persembahan korban. Oleh itu, apa yang penting bagi mereka adalah kembali dari pembuangan ke Yerusalem dengan kemurnian yang tetap terjaga. Perhatikanlah satu contoh tindakan Kesetiaan Ezra dalam melakukan firman Tuhan dalam 8:15-20. Ketika itu, Ezra memimpin kumpulan yang lain untuk kembali ke Yerusalem dan di dalam perjalanan Ezra mendapati bahawa tidak ada orang-orang Lewi di antara mereka. Oleh itu Ezra menangguhkan perjalanan sehingga orang-orang Lewi dan pelayan dalam Bait Allah cukup untuk melaksanakan ibadah dalam bait Allah. Kesetiaan Ezra untuk melakukan atau menjalankan ibadah sesuai dengan firman Tuhan penting untuk memastikan ibadah dalam Bait Allah dapat dilaksanakan dengan benar dan umat Allah dapat beribadah sesuai dengan ketetapan Tuhan.
Kesetiaan melakukan firman Tuhan perlu teliti dalam hal apapun, termasuklah dalam hal-hal yang kecil. Malang sekali, ibadah masa kini kurang mendapat perhatian yang jujur dalam kalangan para pemimpin gereja mahupun anggota gereja. Ibadah sering kali dipandang sebagai satu upacara yang dijalankan menurut keinginan manusia atau ibadah yang disesuaikan dengan keinginan manusia. Kita lupa bahawa ibadah adalah ketetapan Tuhan yang perlu kita lakukan dengan penuh kesetiaan.
3. Setia mengajarkan firman Tuhan
Pembacaan taurat adalah satu hal yang penting dan biasa dijalankan dalam Bait Suci. Nehemia 8:3-6, menceritakan tentang Ezra yang membacakan beberapa bahagian dari taurat di hadapan umum di atas mimbar kayu yang diletakkan secara khas. Pembacaan taurat ini dijalankan pada hari pertama dari bulan ketujuh. Ini bererti pembacaan ini sama pentingnya dengan bulan raya; yakni perayaan hari perdamaian, hari raya pondok daun, hari meniup serunai dan hari perayaan-perayaan yang lain. Sebenarnya, tanggungjawab untuk mengajarkan taurat adalah tanggungjawab orang-orang Lewi (Ulangan 33:10; 2 tawarikh 17:7; 35:3). Namun, dalam hal ini Ezralah yang menjalankan pembacaan taurat ini dihadapan umum.
Mengajarkan firman Tuhan kepada anggota gereja tidak seharusnya dibatasi dengan pelaksanaan berbentuk kelas atau dijalankan secara formal. Mengajarkan firman Tuhan boleh saja dengan membacakan firman Tuhan kepada anggota jemaah. Perhatikanlah di dalam gereja kita, masalah yang semakin mencabar adalah firman Tuhan kurang mendapat perhatian dalam gereja. Bahkan, jika gereja mengadakan kelas pemahaman Alkitab, sangat sedikit yang berminat untuk mengikutinya. Justeru itu, pembacaan firman Tuhan di hadapan jemaah pada waktu-waktu tertentu, khususnya pada hari-hari ibadah adalah satu peluang untuk mengajarkan firman Tuhan kepada jemaah, supaya jemaah dapat menghargai firman Tuhan.
Penutup
Setia mengajarkan firman Tuhan memerlukan pengabdian kita terhadap firman Tuhan. Kerana itu, penting untuk kita setia meneliti firman Tuhan setiap hari dan setia untuk melakukan firman Tuhan dalam kehidupan. Dengan itu, kita dapat mengajarkan firman Tuhan kepada Jemaah dengan benar sehingga kita dapat hidup berkenaan di mata Tuhan. Meneliti, melakukan dan mengajarkan adalah proses yang penting untuk mengajarkan firman Tuhan.
29 NOVEMBER 2020
29 NOVEMBER 2020
Tema: Berkenan Dimata Tuhan
Subtema:Berpegang Teguh Pada Salib Kristus
Disediakan Oleh : Gembala Chehaini Oroh
Teks: Ibrani 12:1-6
Pendahuluan
Sub-tema minggu ini membawa kita untuk tetap berpegang teguh kepada salib Kristus baik susah mahupun senang. Kenapa berpegang pada salib kristus?
Sebab manusia lama kita turut disalibkan pada salib Kristus (Roma 6:6); Salib Kristus melenyapkan perseteruan (Efesus 2:16); hutang dosa kita dibayar lunas (Kol. 2:14); dosa kita telah dipikul di salib supaya kita hidup untuk kebenaran (1 Pet. 2:24).
Disekeliling kita ada banyak saksi iaitu mereka yang setia kepada Allah sejak dahulu kala termasuklah tokoh-tokoh yang disebutkan dalam bab11.Mereka digambarkan sebagai orang yang menyaksikan perlumbaan atlet dalam sebuah gelanggang. Oleh itu penulis mengajak supaya pembaca membuang segala hal yang menghalang dan dosa yang berpaut pada mereka dan mengajak para pembaca supaya menempuhi perlumbaan di hadapan dengan tekun. Bagaimana?
Isi Khotbah
1. Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus (12:2)
Kenapa kita perlu menumpukan atau pandangan kita fokus pada Yesus? Kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari awal sehingga akhir. Dengan kata yang lain Yesus adalah contoh kita yang sempurna. Yesus tidak berputus asa sekalipun Dia harus mati pada kayu salib bahkan Dia tidak peduli bahawa mati di kayu salib adalah hal yang memalukan kerana ada kegembiraan yang menanti-Nya.
2. Fikirkanlah betapa beratnya penderitaan yang dialami oleh Yesus (12: 3)
Fikiran kita juga sepatutnya memikirkan penderitaan berat yang dialami oleh Yesus disebabkan oleh orang berdosa yang sangat membenci-Nya yang mengakibatkan penderitaan sehingga kematian-Nya. Penulis juga menghiburkan hati mereka supaya tidak berkecil hati dan berasa putus asa sama seperti Kristus yang dapat memulai dan mengakhiri dengan baik. Dalam pada itu, ketika mereka melawan dosa mereka belum pernah melawan sehingga dibunuh atau sehingga mati, tetapi Yesus telah mati untuk melawan dosa kita bukan dosa-Nya.
3. Jangan lupa akan nasihat Allah (12:5-6)
Penulis juga mengingatkan supaya mereka tidak melupakan nasihat Allah kepada mereka sebagai anak-anak-Nya. Apakah nasihat Allah kepada mereka sebagai anak-anakNya? Mereka perlu memberikan perhatian apabila Tuhan menunjukkan kesalahan mereka dan tidak kecil hati apabila Tuhan menghukum mereka. Hal ini sebagai bukti bahawa Tuhan mengasihi mereka apabila kesalahan mereka terdedah, dan hukuman-Nya menunjukkan pengakuan Tuhan akan mereka sebagai anak-anak-Nya.
Kesimpulan
Saudara/I kita pasti mendambakan kehidupan kita berkenaan kepada Allah, oleh itu marilah kita teguh berpegang pada salib Kristus, setia kepada Kristus. Supaya kita dapat berpegang teguh pada salib Kristus, hendaklah kita menjalani perlumbaan di dunia ini dengan mata yang tertuju kepada Kristus. Dengan kata yang lain, apa yang Yesus telah lakukan itulah yang menjadi perhatian kita yang memberi semangat kepada kita iaitu teladan-Nya yang sanggup menderita demi dosa-dosa kita.
Disamping itu, marilah selalu menyedari bahawa iman kita bertumbuh pada masa kita melalui masa-masa yang sukar. Jika kita tidak pernah mengalami masa yang sukar mahupun mengalami kerugian, bagaimana kita dapat sedar dan belajar bergantung kepada Tuhan dengan sepenuhnya? Kita juga seharunya mengingat nasihat Tuhan dimana apabila kita dihukum bukan kerana Dia tidak mengasihi kita justeru hukuman itu menunjukkan bahawa Dia mengambil berat akan kita sebagai anak-anak-Nya.
Hal ini bermakna saat kita mengalami penganiayaan atau penderitaan sebagai orang yang beriman kepada Yesus kristus kita tidak menghadapiNya sendirian. Marilah kita teguh berpegang pada salib Krsitus yang merupakan tempat dimana Dia mati untuk kita, orang-orang berdosa. Seperti lirik lagu ‘kerana salib-Mu’ yang menyatakan demikian: Kerna salib-Mu ku hidup, kerana salib-Mu ku menang. Semoga kita dalam hidup kita sebagai orang Kristian bahkan sebagai anak-anak Allah terus berkenaan kepada-Nya dengan berpegang teguh pada salib Kristus.
6 DISEMBER 2020
6 DISEMBER 2020
Tema: Keselamatan
Subtema: Janji Keselamatan
Disediakan Oleh : Pdt Jamari Umin
Teks: Yesaya 53: 1 - 12
Pendahuluan
Jemaat yang dikasihi Tuhan, Saudara merenungkan usaha orang untuk menyelamatkan diri ada sebuah cerita tentang sebuah penerbangan menggunakan pesawat yang kecil. Dalam cerita ini ada 4 orang yang terdiri 3 penumpang pesawat (pegawai, pendeta yang sudah tua, dan seorang pelajar muda) dan juruterbang. Pada awalnya perjalanan berjalan begitu menyenangkan. Dari atas pesawat nampak pemandangan dengan indah, hutan yang lebat dan sungai yang berkelok-kelok. Tetapi beberapa waktu kemudian, ada masalah dalam pesawat. Juruterbang tentu saja berusaha mengendali pesawat dengan sekuat tenaga untuk menyelamatkan semua penumpang. Tetapi makin lama, keadaannya semakin sulit, sampai akhirnya juruterbang meskipun dengan berat hati mengumumkan: "Maaf saudara, pesawat mengalami kerosakan, saya sudah berusaha semampu saya untuk mengatasinya, tetapi rupanya kerosakan agak teruk. Kita harus bersiap-siap. Di pesawat ada payung terjun, tapi sayang hanya tersedia 3. Untuk itu saya akan menggunakan 1 kerana saya masih punya anak-anak kecil di rumah." Juruterbang langsung meraih payung terjun dan mengenakan, bahkan langsung terjun untuk menyelamatkan diri. Sekarang giliran pegawai juga mengatakan:"Maaf, saya masih harus memimpin mesyuarat kerja, jadi payung terjun yang satu saya ambil ya!" Pegawai itu mengambil payung terjun dengan tergesa-gesa dan langsung terjun". Tinggallah pendeta yang sudah tua dan seorang pelajar muda. Pendeta ini mengatakan kepada anak muda:" Nak, ambillah payung terjun, supaya kamu selamat. Kalau saya kan sudah tua, sudah banyak makan asam garam dunia. Kalau saya mati, saya yakin, nanti saya akan masuk syurga". Tetapi anak muda itu menjawab: "Tenang pendeta, kita masih punya 2 payung terjun". Pendeta itu bertanya:"Macamana, kan sudah diambil juruterbang dan pegawai tadi?" Anak muda itu menjawab:" Yang diambil pegawai tadi, beg sekolah saya, bukan payung terjun!"
Ini hanya cereka, tapi dari cerita ini kita belajar bahawa di dunia ada ada banyak usaha manusia untuk menyelamatkan diri, bahkan tak jarang, dalam rangka menyelamatkan diri orang melupakan orang lain atau meninggalkan orang lain. Terkadang dalam rangka menyelamatkan diri orang juga melakukan tanpa fikir panjang, yang akhirnya membuat dia tidak selamat. Ini yang seringkali menjadi gerak dunia dalam rangkaan mendapatkan keselamatan. Pola yang seperti ini sangat berbeza dengan pola yang dinyatakan Allah dalam diri Tuhan Yesus Kristus.
Dalam rangka menyelamatkan manusia, Tuhan tidak mengorbankan pihak lain, tidak meninggalkan pihak lain tetapi justeru memberikan diri-Nya untuk keselamatan bagi manusia. Dengan jelas hal ini dituturkan dalam peribadi Hamba Tuhan yang menderita seperti yang digambarkan dalam kitab Yesaya 53. Konteks dari kitab Yesaya 53 ini bangsa Israel memperoleh harapan bahawa mereka akan lepas dari penderitaan dengan hadirnya Mesiah. Hanya saja kehadiran Mesias sangat berbeza dengan apa yang mereka bayangkan. Mesias disini digambarkan sebagai peribadi yang sangat sederhana dalam diri seorang hamba. Tak sedikitpun hamba ini menunjukkan ketampanannya sehingga orang ingin melihatnya dengan penuh kekaguman. Semaraknya pun tidak ada sehingga orang memandang dia. Bahkan kerana wajahnya tak menunjukkan keindahan Dia justeru dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; dia sangat dihina. Orang-orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kita pun dia tidak masuk hitungan. Sebuah keadaan yang menggambarkan betapa rendahnya hamba ini, betapa tidak menariknya dia. Tak seorang pun yang menoleh, menyapa bahkan dia justeru ditolak kerana dianggap tidak layak untuk menjadi Mesias.
Tetapi diluar dugaan banyak orang, hamba yang penuh kesederhanaan bahkan yang dihina banyak orang inilah yang menyelamatkan kita. Dia merelakan dirinya menanggung penderitaan yang semestinya harus kita tanggung. Ayat 4 dengan jelas mengatakan:" Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya." Ayat 5 kembali meneguhkan apa yang dijalani oleh hamba ini: "Tetapi dia tertikam oleh kerana pemberontakan kita, dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh." Merenungkan firman ini saya jadi merasa kecil sekali. Apa yang dialami oleh hamba Tuhan ini berbeza dengan kecenderungan kita secara umum. Rasa-rasanya sulit bagi kita untuk menanggung hukuman, tuduhan, beban, tanggung jawab yang kita anggap tidak semestinya kita tanggung kerana bukan kita yang melakukannya. Pasti hati kita memberontak, tidak rela untuk menanggung kesalahan yang tidak kita lakukan. "Kamu yang salah, kenapa saya yang harus menanggung!! Ya tidak mau lah! Ini yang umumnya terjadi. Bahkan ada kecenderungan, kalau boleh kita melemparkan kesalahan pada orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Tetapi tidak demikian dengan hamba yang satu ini, iaitu Tuhan Yesus. Dia rela menderita untuk menanggung kesalahan kerana pemberontakan pihak lain. Dia rela menderita kerana perbuatan dosa pihak lain. Satu pengorbanan yang luar biasa saudara. Bahkan dalam ayat tadi ditegaskan: " dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh." Dengan kata lain, lukanya menyembuhkan kita.
Bilur adalah luka goresan kerana dicambuk. Umumnya sangat sakit dan pedih. Yang menarik dari hamba ini adalah bahawa ditengah luka yang dialami dan penderitaan yang harus dirasa, hamba ini justeru menyembuhkan. Siapapun orang, kalau lagi sakit atau terluka, dia berada dalam keadaan tidak berdaya. Umumnya orang yang sakit, yang sedang terluka mempunyai kecenderungan untuk memikirkan diri sendiri, memusatkan perhatian pada diri sendiri. "Saya saja masih ada masalah! Mana mungkin saya harus memperhatikan orang lain", "memikirkan penderitaan saya saja rasa-rasanya sudah pening, mana mungkin saya harus membantu memikirkan orang lain?" Ini ungkapan yang seringkali kita dengar.
Di samping itu saudara-saudara orang yang terluka itu tidak saja mempunyai kecenderungan untuk memikirkan diri sendiri tetapi luka yang dia derita juga membuat orang itu menjadi sensitive. Dengan hal ini saya mahu katakan saudara, bahawa orang yang sedang terluka, biasanya mudah "merasa", atau jadi sensitive, mudah tersinggung. Orang lain berbisik-bisik dikira menggosip, padahal tidak!
Di samping itu orang yang terluka, yang sedang sakit disedari atau tidak, punya kecenderungan untuk melukai orang lain. Dia akan mentransfer pengalaman terlukanya pada orang lain. kerana terluka gara-gara dimarahi atasannya, suami/isteri/anak di rumah jadi sasaran, pintu ditendang, kerana mahu menendang bosnya tidak berani! Luka dan sakitnya diungkapkan dengan melukai orang lain mungkin dengan kata-kata atau dengan sikap yang destructive. Kalau orang sedang terluka ada kecenderungan mudah marah, kata-katanya terasa pedas, dan menyakitkan. Demikian juga tindakan cenderung merosakkan, mengganggu, atau membuat pihak lain tidak selesa.
Saudara-saudari,Kecenderungan umum yang saya sampaikan tadi sangat berbeza yang apa yang dilakukan oleh hamba Tuhan dalam kitab Yesaya. Justeru luka penderitaannya lah yang menyembuhkan kita. Hamba Tuhan ini tidak mentransfer lukanya untuk melukai pihak lain, hamba Tuhan itu justeru mentransform, mengubah penderitaannya untuk menyembuhkan orang lain. Lalu siapakah hamba Tuhan ini? Kita menghayati bahawa Hamba Tuhan ini adalah nubuat yang menunjuk dalam diri Tuhan Yesus Kristus. Bukankah apa yang digambarkan dalam Yesaya 53 itu menunjuk pada pengalaman Tuhan Yesus Kristus. Dia menderita untuk menanggung dosa-dosa kita. Sebelum Dia disalibkan, Dia didera dengan cambuk. Tubuhnya penuh dengan bilur-bilur kerana cambuk itu. Pada masa itu dikenal 2 macam cambuk dera. Yang satu berupa sebatang tongkat atau ranting-ranting, jenis ini digunakan untuk menghukum warga negara Romawi. Yang kedua berupa cambuk bergagang kayu dengan satu sampai tiga helai kulit atau tali. Ujungnya ada yang diberi bulatan keras atau paku kecil. Jenis kedua inilah yang rupanya digunakan untuk mencambuk Tuhan Yesus. Bayangkan berapa banyak bilur-bilur dalam tubuhnya.
Tidak hanya itu saudara, Yesus juga mengalami luka batin kerana di tinggal oleh murid-muridnya. Murid-muridnya yang diharapkan membantu dalam doa, menopang di saat-saat sulit justeru masing-masing bersembunyi untuk menyelamatkan diri sendiri. Perasaan sendiri yang dialami Tuhan Yesus itu mencapai puncaknya ketika Tuhan Yesus berseru:" "Eli, Eli, lama sabakhtani?" yang ertinya: "Allahku, Allahku mengapa Engkau meninggalkanku?" Seruan ini hendak menunjukkan betapa sedihnya kalau orang ditinggal dalam kesendirian. Namun hal yang sangat mengagumkan, Tuhan Yesus mengekspresikan luka yang pernah dialami justeru untuk menyembuhkan orang yang terluka. Tuhan Yesus adalah peribadi yang pernah terluka, tapi juga yang menyembuhkan. Melalui bilur-bilurnya kita beroleh kesembuhan.
Saudara-saudara yang dikasihi Tuhan, Merenungkan Tuhan Yesus yang terluka dan Tuhan Yesus yang menyembuh, memberi harapan mendampingi kita di saat-saat sakit dan terluka, bahkan memberi kesembuhan, kerana di dalam Dia ada kesembuhan dan keselamatan. Itulah sejumlah janji keselamatan yang didapatkan Israel dari Tuhan-Nya. Dari apa yang di sampaikan di atas kita terdapat beberapa pokok fikiran sebagai bahan refleksi atas pelbagai peristiwa yang terjadi di tanah air kita dan lebih khusus dalam pelayanan gereja PCS.
Pertama Kekerasan dan pertaubatan. Sebagaimana kita tahu bersama bahwa penduduk Yerusalem zaman nabi Yesaya hidup dan berkarya lebih banyak dikuasai kekerasan dan kecurangan terhadap sesama dan terhadap Allah. Kecurangan terhadap Allah diekspresikan dengan melakukan penyembahan berhala. Keadaan itu berlangsung cukup lama, namun dibalik keadaan kelam itu masih ada harapan baru yakni penyelamatan dan pembaharuan bagi Israel. Ada pelangi kasih dan kemurahan, yang Allah sediakan bagi yang bertaubat. Ada pemurnian untuk menjadikan Israel dan juga kita sebagai pelayan bagi sesama.
Janji tentang keselamatan ditawarkan kepada orang yang rendah hati dan bertaubat. Bagi yang bertaubat dan hidup baru Tuhan memberikan bibir yang bersih, sehingga menyembah Allah dengan lebih baik, dengan rendah hati dan hati yang lebih bersih. Banyak orang hatinya bersih dengan Tuhan, tapi tidak demikian dengan sesama. Masih ada dendam, kemarahan, dengki, sombong dan jenis kejahatan lainnya dalam hati terhadap sesama. Semua itu supaya kita selesaikan sebelum menuju altar Tuhan. Tuhan Yesus berfirman, “Jika engkau hendak mempersembahkan sesuatu kepada Allah tetapi engkau masih teringat dalam hati akan sesuatu yang belum beres dengan sesamamu maka pulang dan bereskanlah itu barulah kembali mempersembahkan persembahanmu kepada Allah.
Kedua: Keselamatan yang dikerjakan Allah dalam Kristus diperuntukan bagi setiap orang sebagai ciptaan-Nya. Ini khabar baik. Inti khabar baik, Allah mengenal kita satu persatu dengan nama kita masing-masing. Allah mengenal kita dengan baik sekali sehingga Ia menjadi salah seorang dari kita di dalam Yesus Kristus.
Adalah tugas kita untuk memberitahukan kepada setiap orang bahawa Allah mengenal mereka satu persatu dengan nama masing-masing dengan tujuan masing-masing mereka menjalani hidup dalam pengucapan syukur kepada Allah menurut nilai-nilai yang dikenal dalam budayanya.
Keselamatan yang dikerjakan Allah di dalam Kristus diperuntukan bagi mereka. Tidak ada bangsa yang dikecualikan Allah dari kasih Allah yang menyelamatkan. Tak satupun bahkan tidak juga mereka yang jahat, diabaikan di luar kasih yang ikut menderita. Bahkan terhadap mereka yang jahat Yesus dalam doa-Nya meminta kepada Bapa-Nya agar mereka diampuni: “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (Luk 23:34). Pengampunan merupakan jalan masuk bagi manusia mendapatkan keselamatan yang dikerjakan Allah dalam Yesus kristus.
Penutup
Kalau ada diantara saudara yang belum menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat atau saudara sudah lama undur dari Dia, hari ini sebagai saya sebagai seorang hamba Tuhan menawarkan kepada saudara. Ada satu janji jaminan keselamatan untuk saudara, nama-Nya Yesus Kristus. Amin
13 DISEMBER 2020
13 DISEMBER 2020
Tema: Berkenan Di Mata Tuhan
Subtema:Syarat keselamatan
Disediakan Oleh : Pdt Jamari Umin
Teks: Kisah Rasul 16:30-31
Pendahuluan
Kalau kita membaca kisah keseluruhan teks Alkitab ini, ia dibawakan dengan penuh dramatik, sehingga kisah ini tidak akan dapat dilupakan. Berita tentang pengharapan dan keselamatan yang Paulus dan Silas sedang khutbahkan merupakan serangan terhadap pendewaan militer Romawi. Sehingga mereka ditangkap, dipukul, dimasukkan ke dalam penjara, dan kaki mereka dipasung. Tidak hairan para banduan mendengar mereka. Mereka dapat mendengar orang yang disiksa dan dipasung itu memuji Tuhan dan bernyanyi untuk kemuliaan Tuhan. Dan pada tengah malam, di tempat itu, kemuliaan Allah turun, dan menggoncangkan penjara itu sehingga pintu-pintu penjara terbuka.
Ketua penjara itu, menurut hukum Roma bertanggung jawab atas para banduannya. Dan jika mereka melarikan diri, dia menghadapi hukuman yang sangat memalukan. Sehingga dia lebih baik memutuskan bunuh diri dari pada menanggung malu kerana para banduannya melarikan diri, sehingga dia mencabut pedangnya dan hendak menancapkannya ke jantungnya sendiri dan mengakiri hidupnya dengan bunuh diri.
Dan kemudian Paulus melihat dia, dia berkata:"Jangan celakakan dirimu, sebab kami semuanya masih ada di sini!" Dan kepala penjara itu berlari masuk dan dengan gemetar tersungkurlah dia di depan Paulus dan Silas dan bertanya: “Apa yang harus saya lakukan agar aku selamat?’ Menghadapi hukuman yang memalukan dan tak berbelas kasihan itu, dia bertanya, “Apa yang harus saya lakukan, apa yang dapat saya lakukan agar aku selamat?” Dan kemudian mereka langsung menjawab: “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat.”
Subtema kita untuk minggu ini adalah syarat keselamatan. Bagaimana agar seseorang dapat diselamatkan? Mengapa Anda Harus Diselamatkan?
Pertama, mengapa seseorang harus diselamatkan? Jawabannya adalah dalam hidupmu, dalam hidup kita, ini adalah universal, iaitu kerana kata “kematian”. “Ini ditekankan bahawa pasti akan manusia mati,” dan Alkitab berkata, “dan setelah itKalau kita membaca kisah keseluruhan teks Alkitab ini, ia dibawakan dengan penuh dramatik, sehingga kisah ini tidak akan dapat dilupakan. Berita tentang pengharapan dan keselamatan yang Paulus dan Silas sedang khutbahkan merupakan serangan terhadap pendewaan militer Romawi. Sehingga mereka ditangkap, dipukul, dimasukkan ke dalam penjara, dan kaki mereka dipasung. Tidak hairan para banduan mendengar mereka. Mereka dapat mendengar orang yang disiksa dan dipasung itu memuji Tuhan dan bernyanyi untuk kemuliaan Tuhan. Dan pada tengah malam, di tempat itu, kemuliaan Allah turun, dan menggoncangkan penjara itu sehingga pintu-pintu penjara terbuka.
Ketua penjara itu, menurut hukum Roma bertanggung jawab atas para banduannya. Dan jika mereka melarikan diri, dia menghadapi hukuman yang sangat memalukan. Sehingga dia lebih baik memutuskan bunuh diri dari pada menanggung malu kerana para banduannya melarikan diri, sehingga dia mencabut pedangnya dan hendak menancapkannya ke jantungnya sendiri dan mengakiri hidupnya dengan bunuh diri.
Dan kemudian Paulus melihat dia, dia berkata:"Jangan celakakan dirimu, sebab kami semuanya masih ada di sini!" Dan kepala penjara itu berlari masuk dan denu dihakimi.” Allah menegaskan kedua hal ini secara bersama-sama: “Jiwa yang penuh dosa harus mati.” Pada permulaan Alkitab dikatakan: “Pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati.” Dan di pertengahan Alkitab, dalam Yehezkiel: “Jiwa yang penuh dosa harus mati.” Dan di akhir Alkitab: “Upah dosa adalah maut.”
Kita semua menghadapi takhta pengadilan Allah yang Mahakuasa itu. Waktu kematian tidak dapat dihindari: kematian rohani, kematian fizik, kematian kekal, kematian kedua. Kita semua menghadapi penghukuman kematian yang tidak dapat dihindari dan tidak dapat diubah.
Bila Anda Harus Diselamatkan? Bila seseorang harus diselamatkan? Jawaban dari Allah sangat emphatik, iaitu “Sekarang!” 2 Korintus 6:2: “Pada waktu Aku berkenan, Aku akan mendengarkan engkau, dan pada hari Aku menyelamatkan, Aku akan menolong engkau."
Allah, di dalam Roh Kudus-Nya, tidak akan pernah menganjurkan “besok,” “beberapa jam lagi,” “beberapa waktu lagi.” Ajakan Roh Kudus selalu “Sekarang! “Sekarang adalah waktunya untuk diselamatkan.” Selamatkanlah hidupmu: “Sekarang!”
Dengan sangat pedih saya mengingatkan ajakan ini kepada seorang muda di desa di mana saya pernah menggembalakan. Dan dia berkata: “Gembala, saya akan menerima Tuhan sebagai Juruselamat peribadi saya dan saya akan pergi ke gereja tetapi bukan sekarang, beberapa hari lagi, suatu saat nanti. Bukan sekarang!” Dia akhirnya datang ke gereja – namun dia datang dalam peti mati! dia meninggal kerana kemalangan jalanraya. Kita tidak punya hari esok. Apapun dan bila pun boleh terjadi pada diri kita. Allah berkata sekaranglah saatnya Anda diselamatkan.
Bukan hanya pemeliharaan hidup yang ditawarkan: "Sekarang," tetapi kehidupan yang berguna dan diberkati juga ditawarkan: "Sekarang!" Saya pernah mempunyai anggota jemaat, ada seorang suami muda, mempunyai tiga anak yang masih kecil. Dan dia pergi meninggalkan mereka – selingkuh dengan perempuan lain. Ibu ketiga anak kecil itu hidup susah dia bekerja sebagai pembantu kedai selama bertahun-tahun, membesarkan anak-anaknya. Ketika tahun-tahun itu terus berlalu, tiba-tiba, ada orang yang mengetuk pintu dengan kasar. Dan ketika dia membuka pintu, di sana berdiri suaminya yang sedang sakit dan tak berdaya. Kemudian dia meminta izin masuk ke dalam rumah itu. Dia membuka pintu. Dia memapahnya masuk. Seluruh kawasan itu begitu kagum terhadap wanita ini. dia merawat suaminya itu sampai suaminya meninggal.
Bolehkah saya bertanya kepada Anda dengan pertanyaan sederhana? Apakah Anda berfikir bahawa dia melakukan hal yang benar terhadap isteri dan anak-anaknya itu - iaitu dengan memberikan hidupnya di luar atau kepada perempuan lain dan memberikan bangkainya di bawah kaki isterinya? Kita melakukan itu! Kita melakukan itu ketika kita memberikan hidup kita kepada dunia dan kesenangan-kesenangan peribadi kita. Di akhir hidup, kita datang untuk melemparkan bangkai kita di hadapan kaki Tuhan dan meminta Tuhan untuk menyelamatkan kita. Saya berkata, sekarang adalah saatnya untuk kita diselamatkan. Kehidupan yang penuh berkat ditawarkan – “Sekarang!”
Bagaimana Agar Kita Dapat Diselamatkan? Kemudian pertanyaan yang paling utama dan klimaks: “Bagaimana agar saya dapat diselamatkan?” Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus, dan engkau akan selamat.” Ini satu hal bukan dua, ingat satu hal bukan dua. “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus, dan engkau dapat diselamatkan.” Bukan percaya di tambah dengan ini dan itu. Ini hanya satu hal: “Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus, dan engkau akan selamat.”
Mungkinkah kita memperoleh keselamatan dengan hanya berbuat baik? Apakah hal itu sudah sepadan dengan dosa-dosa yang telah kita perbuat atau cukup menebus dosa-dosa kita? Sampai bila pun kita tidak akan pernah boleh melunasi hutang dosa kita. Apalagi menempuhnya dengan cara yang tidak baik, mustahil manusia mendapatkan keselamatan. Alkitab menegaskan bahawa keselamatan manusia dari dosa hanya diperoleh melalui pemberian secara percuma atau kasih karunia Tuhan. "Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri." (Efesus 2:8-9). Hal senada disampaikan rasul Paulus kepada Timotius,"Dialah yang menyelamatkan kita dan memanggil kita dengan panggilan kudus, bukan berdasarkan perbuatan kita, melainkan berdasarkan maksud dan kasih karunia-Nya sendiri, yang telah dikaruniakan kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman" (2 Timotius 1:9). Melalui penebusan Yesus Kristus di kayu salib hutang dosa manusia telah lunas dibayar!
Syarat mutlak memperoleh keselamatan: percaya dan beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat. "Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku." (Yohanes 14:6b). Yesus Kristus satu-satunya jalan memperoleh keselamatan, bukan salah satu jalan, sebab"...keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan." (Kisah 4:12).
“Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat.” Ini adalah kepercayaan. Kita berkomitmen menyerahkan hidup kita kepada Tuhan Yesus. Ini adalah komitmen. Apa maksudnya percaya di dalam Tuhan? Ini berarti membuat komitmen menyerahkan jiwamu dan hidupmu kepada Yesus. itu bererti mengabdikan hidupnya sepenuhnya kepada Yesus: mengakui Dia secara terbuka, tanpa malu, bahkan sampai mati. Dan itu adalah komitmen yang Allah agungkan. Keselamatan kita adalah pemberian dari anugerah-Nya. dia menawarkan itu kepada kita dalam iman dan percaya dan kita menerimanya sebagai anugerah. Tuhan menganugerahkan ini kepada orang-orang yang membuka hati dan tangannya untuk menerimanya.
Tidak ada yang lebih berharga dibandingkan dengan janji di dalam Alkitab, yaitu Efesus 2:8-9: “Sebab kerana kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.” Banyak orang akan berkata: “Aku telah melakukan ini! Aku telah melakukan itu!
Yesuslah yang telah melakukan itu dan kita menerima keselamatan kita dan rumah kita di syurga sebagai pemberian percuma dari darah-Nya yang mahal dan tangan-Nya yang terpaku. Bagi Dia kemuliaan sampai selama-lamanya. Itulah bagaimana kita diselamatkan. Pengabdian hidup kita kepada Tuhan Yesus.
Penutup
Memandangkan syarat mutlak memeroleh keselamatan; percaya dan beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Kalau ada di antara saudara yang belum menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat atau saudara sudah lama undur dari Dia, hari ini sebagai saya sebagai seorang hamba Tuhan menawarkan kepada saudara. Ada satu janji jaminan keselamatan untuk saudara, nama-Nya Yesus Kristus. Terima Dia masuk dalam hati mu dan memerintah hidup mu. Amin
20 DISEMBER 2020
20 DISEMBER 2020
Tema: Keselamatan
Subtema:Keselamatan Milik Bersama
Disediakan Oleh : Gembala Elvena Mosuin
Teks: Kisah Para Rasul 11:1-18
Pendahuluan
Kita hidup dalam suatu masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa, kepercayaan dan agama. Dalam kehidupan sosial yang berkelompok ini, mungkin setiap kita lebih memandang penting atau baik kelompok kita sendiri. Dan kalau boleh kita tidak mahu bercampur dengan kelompok yang lain. Tetapi pernahkah kita bertanya pada diri sendiri apakah Allah senang dengan situasi ini? Justeru marilah kita sama-sama belajar akan rahmat dan anugerah keselamatan yang Allah berikan kepada kita! Apakah ia bersifat kelompok atau tidak?
Khotbah
1. Milik siapakah keselamatan itu?
Ayat 1-3: Rasul-rasul dan saudara-saudara di Yudea mendengar akan berita tentang bangsa-bangsa lain juga menerima firman Allah. Sehingga menyebabkan mereka berselisih pendapat dengan rasul Petrus dan mempersoalkan tindakannya bercampur atau makan bersama dengan bangsa-bangsa asing ini.
Mereka ternyata terkejut kerana mereka beranggapan bahawa Allah memberikan keselamatan hanya kepada bangsa Yahudi kerana Allah memberikan hukum-Nya kepada mereka melalui nabi Musa (Kel. 19-20). Namun terdapat segelintir juga mengakui bahawa bangsa-bangsa asing ini dapat diselamatkan hanya dengan mengikuti semua hukum dan tradisi Yahudi. Benarkah tanggapan mereka ini? Justeru, sebenarnya Allah memilih bangsa Yahudi dan mengajarkan hukum-hukum-Nya kepada mereka supaya mereka ini dapat membawa berita keselamatan kepada semua bangsa-bangsa (Za. 2:10-11).
“Bersorak-sorailah dan bersukarialah, hai puteri Sion, sebab sesungguhnya Aku datang dan diam di tengah-tengahmu, demikianlah firman TUHAN; dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu.” Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.
Sesungguhnya Allah tidak membeza-bezakan orang. Perhatian dan kasih-Nya tidak boleh dibatasi oleh apapun. Rahmat dan anugerah-Nya dilimpahkan kepada semua yang percaya kepada-Nya tanpa melihat bangsa. Oleh itu karya keselamatan Allah tidak terbatas bagi kalangan orang Yahudi sahaja tetapi juga terbuka kepada bangsa lain.
2. Keselamatan semua adalah rencana Allah
Ayat 4-16: Tetapi rasul Petrus menjelaskan segala sesuatu dengan pertolongan Roh Kudus. Kata Yunani ἀρξάμενος atau arxamenos bermaksud memulakan dengan pertolongan atau campurtangan Tuhan kerana kata ini merupakan kata kerja berbentuk aorist. Dalam terjemahan bahasa Indonesia “menjelaskan segala sesuatu berturut-turut”.
Campurtangan Tuhan terlibat kerana rasul Petrus menceritakan pengalaman yang dialaminya ketika rohnya diliputi kuasa ilahi sewaktu berada di Yope. Ketika rasul Petrus berdoa, dia merasa lapar dan ingin makan, tetapi sementara makanan disediakan; tiba-tiba rohnya diliputi kuasa ilahi. Dilihatnya langit terbuka dan turunlah kain lebar yang bergantung pada keempat sudutnya yang diturunkan ke tanah. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis binatang berkaki empat dan binatang liar, binatang menjalar dan burung-burung. Lalu dia mendengar suara berkata kepadanya: Bangunlah, hai Petrus, sembelihlah dan makanlah! Tetapi rasul Petrus berkata: Tidak, Tuhan, tidak, sebab belum pernah sesuatu yang haram dan yang tidak tahir masuk ke dalam mulutku. Akan tetapi untuk kedua kalinya suara dari syurga berkata kepadanya: Apa yang dinyatakan halal oleh Allah, tidak boleh engkau nyatakan haram! Hal itu terjadi sampai tiga kali, lalu semuanya ditarik kembali ke langit.
Dan seketika itu juga tiga orang berdiri di depan rumah, di mana rasul Petrus dan yang lainnya menumpang; mereka diutus kepadanya dari Kaisarea. Lalu kata Roh kepada rasul Petrus: Pergi bersama mereka dengan tidak bimbang! Dan keenam saudara yang lain menyertainya. Mereka masuk ke dalam rumah orang itu dan Kornelius menceritakan kepada mereka, bagaimana dia melihat seorang malaikat berdiri di dalam rumahnya dan berkata kepadanya: Suruhlah orang ke Yope untuk menjemput Simon yang disebut Petrus. Dia akan menyampaikan suatu berita kepada mereka, yang akan mendatangkan keselamatan baginya dan bagi seluruh isi rumahnya, Dan ketika rasul Petrus mulai berbicara, turunlah Roh Kudus ke atas mereka, sama seperti dahulu ke atas para rasul.
Kita dapat lihat bagaimana keraguan rasul Petrus ini dijawab oleh Tuhan! Ternyata apa yang dinyatakan halal oleh Allah, tidak boleh dinyatakan haram oleh kita! Pembelaan rasul Petrus atas tindakannya makan bersama dengan orang bukan Yahudi adalah rencana Allah. Malah dia ada membawa enam orang yang lain sebagai saksi mata untuk melihat kejadian yang berlaku dan menyokong bahawa tindakannya itu adalah perintah Allah.
Selain itu, perkataan Tuhan Yesus: Yohanes membaptis dengan air, tetapi kamu akan dibaptis dengan Roh Kudus menguatkan lagi pemberitaan Injil kepada bangsa-bangsa lain. Kerana disaat rasul petrus mula berbicara maka turunlah Roh Kudus ke atas mereka seperti yang pernah dialami oleh para rasul dahulu. Tambahan pula, kita juga dapat melihat teladan Yesus sewaktu Dia masih hidup; Yesus memberitakan Injil di Samaria (Yoh 4:1-42), di daerah Gerasa, yang penduduknya dalam kalangan orang Yunani (Mrk. 5: 1-20) dan Dia bahkan telah menjangkau orang Romawi (Luk. 7: 1-10). Seharusnya para rasul tidak perlu merasa hairan bahawa mereka turut dipanggil untuk berbuat demikian rupa.
3. Allah mengaruniakan pertaubatan
Ayat 17-18: Rasul Petrus menimbulkan persoalan ini kepada mereka: Jadi jika Allah memberikan karunia-Nya kepada bangsa-bangsa asing sama seperti kepada mereka pada waktu mereka mulai percaya kepada Yesus Kristus, bagaimanakah mungkin dirinya mencegah Allah?" Setelah mendengar hal itu, rasul-rasul dan saudara-saudara di Yudea menjadi tenang, lalu memuliakan Allah, kata mereka: "Jadi kepada bangsa-bangsa lain juga Allah mengaruniakan pertaubatan yang memimpin kepada hidup."
Setelah mendengar akan penjelasan rasul Petrus akhirnya mereka membatalkan tuduhan mereka dengan berdiam saja dan tanpa berkata apa-apa untuk berdebat dengan rasul Petrus. Sekarang mengertilah mereka bahawa Allah merencanakan hal itu; bahawa adanya keselamatan untuk bangsa-bangsa lain! Mereka justeru; mengubah kecaman mereka menjadi puji-pujian. Mereka memuliakan Allah atas apa yang telah diperbuat-Nya melalui pelayanan Rasul Petrus. Mereka bersyukur kekeliruan mereka telah diperbetulkan. Mereka juga bersyukur kerana Allah telah menunjukkan rahmat-Nya yang besar buat orang-orang bukan Yahudi. Allah tidak hanya telah mengaruniakan pertaubatan kepada orang bukan Yahudi dengan membuka pelayanan-Nya masuk ke tengah-tengah mereka. Tetapi Dia juga mengaruniakan pertaubatan dengan memberikan Roh Kudus kepada mereka.
Aplikasi
Dari kisah pengalaman rasul Petrus di Yope sekaligus baptisan Kornelius mengajak kita semua untuk memahami bahawa:
Pertama, Allah adalah kasih, kerana itu Dia selalu bertindak adil. Keselamatan bukan hanya bagi orang-orang tertentu sahaja, melainkan untuk semua yang percaya. Tuhan mengkehendaki kita semua untuk melaksanakan panggilan kita tanpa melihat bangsa atau status orang-orang yang kita layani.
Kedua, tindakan Allah dinyatakan melalui visi atau penglihatan yang diterima oleh rasul Petrus dan Kornelius sendiri. Untuk mengerti maksud rencana-Nya, Allah kerap kali memberikan hikmat atau penglihatan kepada hamba-hamba-Nya. Namun hari ini kita memiliki Alkitab yang lengkap justeru dengan membacanya dan berdoa kita mampu beroleh visi yang jelas untuk menuju ke arah tujuan pelayanan kita.
Ketiga, Roh Kudus bekerja di dalam diri Kornelius dan meyakinkan dia untuk percaya. Ini membawa erti bahawa Roh Kuduslah yang berperanan dalam segala sesuatu untuk perkembangan iman seseorang. Maka dengan itu adalah perlu bagi kita semua untuk memohon hikmat dan kebijaksaan dari Allah bagi melaksanakan perintah-Nya dalam hidup kita. Marilah kita memohon supaya Roh Kudus senantiasa mendampingi kita dan memberikan kita kemampuan dalam melaksanakan tugas-tugas kita sebagai anak-anak Allah.
Kesimpulan
Keselamatan itu milik semua dan adalah rencana Allah supaya semua orang diselamatkan! Allah mengaruniakan pertaubatan kepada kita semua supaya kita menerima Injil dan Roh Kudus. Bersyukurlah dengan anugerah dan kebaikkan Tuhan; kita semua dilayakkan dihadapan Dia untuk menerima keselamatan dan kehidupan yang kekal! Janganlah kita menghakimi atau menhindari orang lain yang mungkin tidak sebangsa atau tidak seagama dengan kita. Inilah saatnya kita berbahagi kasih yang dianugerahkan Tuhan kepada kita. Ingatlah Yesus bukan milik kita saja, tetapi Yesus adalah milik semua orang. Orang lain turut berhak menerima keselamatan itu! Maka beritakanlah Injil itu kepada mereka dengan kasih dan kesaksian hidup yang baik. Mohonlah hikmat kebijaksanaan dari Tuhan dan biarlah Roh Kudus yang menuntun kita semua.
Sekali lagi, kita adalah umat Allah, dipilih menjadi bagian dari rencana-Nya untuk menjangkau dunia. Dengan kasih dan oleh iman, kita boleh mendapatkan pertolongan Roh Kudus ketika kita bersaksi atau memberitakan Injil. Janganlah kita menghakimi orang lain tetapi jangkaulah mereka dengan kasih kerana keselamatan itu milik bersama. Amen
24 DISEMBER 2020
24 DISEMBER 2020
Tema: Keselamatan
Subtema:Allah yang berjanji, adalah Allah yang setia.
Disediakan Oleh : Gembala Liviana Musarub.
Teks: Mikha 5:1-5
Pendahuluan
Janji kesetiaan Allah berlangsung sepanjang zaman, dan terus mengalir kepada setiap bangsa yang merindukan penyelamatan Allah. Seperti mana semua bangsa yang ada dalam gereja kita menerima janji setia Allah melalui para hamba-Nya yang setia. Malam 24hb/12 juga merupakan titik permulaan janji kesetiaan Allah terlihat kepada suku momogun melalui para missionary yang memiliki janji kesetiaan Allah, dilepaskan dari peraturan-peraturan dunia yang mengikat kebebasan suku Momogun.
Sejak zaman dahulu setiap suku bangsa merindukan keadilan dan merindukan kebebasan dalam kehidupan. Seperti pada zaman nabi Mikha, ramai umat Allah yang merindukan kelahiran pemimpin yang sejati. Para pemimpin Yerusalem sangat tergoda dengan kedudukan dan kekayaan. Kerana ketidakadilan yang berlaku nabi Mikha menubuatkan bahawa Yerusalem yang perkasa dengan kekayaan dan kedudukan akan dihancurkan dan Rajanya tidak akan dapat menyelamatkanya seperti yang tercatat dalam 4:14.
A.1 Sebaliknya satu perkampungan yang kecil iaitu Betlehem yang terletak di daerah Efrata akan menjadi saksi lahirnya seorang pemimpin yang mampu menyelamatkan bangsanya. Nabi Mikha menubuatkan bahawa seorang pemimpin yang abadi iaitu “yang permulaannya sejak purbakala, sejak dahulu kala sebelum nabi Mikha, dan akan memasuki sejarah manusia, untuk menghancurkan ketidakadilan yang berlaku dan memperbetulkan apa yang salah dan menyelamatkan umatnya dari kehancuran.
A.2 Sifat pemerintah yang dinubuatkan oleh nabi Mikha adalah, Dia akan membiarkan umat Allah sebelum waktu Allah tiba untuk mengajar umatnya dan bertujuan untuk mempersiapkan umatnya untuk kedatangan pemerintah yang dinantikan.
A.3 salah satu tugas yang dinyatakan oleh pemimpin yang akan datang itu, Dia bertindak sebagai gembala kepada umat-Nya.
A.4 ayat ini menjelaskan bahawa, pemimpin yang akan datang itu akan menjadi perdamaian dan kesejahteraan kepada umat-Nya daripada musuh mereka. Pada zaman Mikha, musuh utama mereka adalah bangsa Asyur.
A.5 apa yang dinyatakan oleh nabi Mikha adalah, negeri Nimrod atau Asyur akan merupakan simbol dari semua bangsa yang jahat didunia.
Apa yang dinubuatkan oleh nabi Mikha benar-benar berlaku kerana Allah berinisiatif untuk menyelamatkan umat-Nya daripada kehancuran dam ini juga menjelaskan kepada kita bahawa, Allah yang berjanji adalah Allah yang setia.
Sudah pasti bahawa siapa yang dikatakan oleh nabi Mikha adalah Yesus. Nabi Mikha menubuatkan tempat kelahiran Yesus dan asal keturunan Yesus dengan tepat kerana Yesus dilahirkan di Betlehem (Lukas 2:4) dan memang ada dalam daftar keturunan raja Daud (Matius 1:1-17) dan Yesus memasuki sejarah manusia yang dikenali Yesus dari Nazaret (Matius 2:23).
Pernyataan nabi Mikha tentang pemimpin yang akan menggembalakan umat-Nya ini sesuai dengan pengakuan Yesus sendiri bahawa Dia adalah gembala yang baik dalam Yohanes 10:1-21. Dia berperanan memanggil nama setiap domba-dombaNya untuk memanggil mereka keluar. Yesus juga berkata bahawa Dia adalah untuk masuk kepada domba-domba itu, bermakna Yesus sentiasa mengawasi keselamatan mereka. Yesus juga mengakui bahawa mengenal setiap dombaNya dan rela menyerahkan nyawaNya untuk dombaNya. Jadi sangat jelas bahawa pemimpin yang dinubuatkan oleh nabi Mikha adalah Yesus dan Dia berinisiatif untuk menyelamatkan umat-Nya.
Pernyataan nabi Mikha bahawa pemimpin yang akan lahir itu membawa damai sejahtera digenapi. Dalam percakapan terakhir Yesus, Dia menyatakan bahawa “damai sejahtera Kutinggalkan bagi mu, damai sejahtera ku berikan kepada mu dan apa yang kuberikan tidak seperti yang diberikan dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu” (Yohanes 14:27). Kedatangan Yesus kali yang pertama membawa damai dan keyakinan seperti para gembala yang sedang menggembalakan domba ketika diberitahukan oleh malaikat bahawa penyelamat mereka sudah lahir merasa damai kerana mereka berada dalam golongan bawahan dalam tingkat masyarakat mereka. Manakala kedatangan Yesus kali kedua datang untuk menghakimi dunia.
Kesimpulan
Kita bersyukur orang-orang yang terdahulu menerima Injil tidak menyimpan untuk mereka sahaja, tetapi menyebarkan kepada semua orang yang mampu mereka jangkau sehingga kita juga mengenal gembala kita dan pemberi damai sejahtera dalam hidup kita. Bahkan membuktikan bahawa janji Allah yang setia melalui kelahiran Yesus Kristus tersebar dan kita mengetahui janji setia Allah dalam penyelamatan manusia.
25 DISEMBER 2020
25 DISEMBER 2020
Tema: Keselamatan
Subtema: Kelahiran Yang Menyelamatkan
Disediakan Oleh : Gembala Liviana Musarub
Teks: Matius 1:18-25
Pendahuluan
Ketika kita memahami bahawa kita memerlukan keselamatan, kita dapat menghayati kelahiran Yesus yang menyelamatkan. Dalam kisah kelahiran Yesus banyak halangan yang ditempuhi dalam penceritaan yang penuh dramatik.
Dalam permulaan penulisan Injil Matius, silsilah keturunan Yesus telah ditulis untuk membuktikan bahawa Mesias yang akan lahir dari keturunan Daud dan Dia adalah Yesus. Yang menjadi pergumulan berat semasa pengumuman kelahiran Yesus adalah, Maria ibu Yesus mengandung dan penyebabnya sangat jelas bahawa melalui kuasa Roh Kudus, dan mereka belum sah menjadi suami isteri iaitu Maria dan Yusuf.
Dalam ayat 19, pasti menjadi pergumulan bagi Yusuf kerana apabila diketahui bahawa Maria mengandung, pasti dia boleh membiarkan Maria dilempari batu kerana itulah hukuman yang patut diterima oleh Maria, tetapi tindakan ini mencemarkan nama Maria oleh itu keputusan Yusuf adalah menceraikan Maria secara diam-diam. Tetapi Yusuf belum membuat pilihan.
Kita melihat bahawa, Allah mengutus malaikat untuk memberikan jawaban kepada Yusuf, untuk membantu Yusuf memahami jawaban yang harus dia lakukan dalam pergumulanya itu, selain itu pasti Yusuf mengetahui bahawa malaikat tersebut adalah utusan Allah untuk menyatakan pekerjaan-Nya kepada seseorang. Ada beberapa perkara penting yang harus diketahui oleh Yusuf kenapa dia harus meneruskan hubungannya dengan Maria:
1. Sebab Maria mengandung - malaikat itu menjelaskan bahawa Maria mengandung bukan dari persetubuhan kerana ada satu kuasa yang menyebabkan Maria mengandung iaitu kuasa Roh Kudus. Seterusnya menyatakan bahawa anak yang anak lahir itu berasal dari satu kuasa yang diluar kemampuan manusia.
2. Nama dan tugas anak yang akan lahir - nama yang harus diberikan adalah Yesus yang bererti “Tuhan menyelamatkan”. Malaikat itu memberitahu bahawa Tugas yang anak yang akan lahir itu menyelamatkan umatnya daripada dosa yang membinasakan.
3. Memperingati Yusuf tentang nubuatan para nabi yang dipercaya sebagai penyambung lidah Allah - malaikat itu memperingati Yusuf tentang nubuatan nabi Yesaya dalam Yesaya 7: 14 “sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu petanda: sesungguhnya seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan ia akan menamakan Dia Immanuel”. Supaya Yusuf tidak mempunyai keraguan, malaikai tersebut memberikan peringatan tentang nubuatan nabi yesaya ini.
Akhirnya Yusuf melakukan seperti yang diperintahkan oleh Allah melalui malaikatnya. Tetapi Dia terus menjaga hubungannya dengan Maria sehingga Yesus lahir.
Kesimpulan
Setiap tahun kita merayakan natal tanpa rasa jemu, kerana kita memperingati karya penyelamatan Allah melalui satu kelahiran yang menyelamatkan. Kenapa kelahiran Yesus melalui seorang anak dara itu harus kita ketahui dan setiap tahun kita ingat dan dengar dalam khutbah natal. Dalam iman kekristianan ini penting untuk kita ingat kerena memperingati kita bahawa Yesus 100% manusia sebagai tanda Yesus mampu menyelamatkan kita kerana Dia benar-benar mengerti pergumulan, kehendak dan batas kekuatan kita sebagai manusia dan Dia 100% Allah yang mempunyai kuasa ke atas hidup kita. Yesus juga peribadi yang mampu menyelamatkan kita kerana Dia bebas dari dosa.
27 DISEMBER 2020
27 DISEMBER 2020
Tema: Keselamatan
Subtema:Janji Kedatangan Tuhan kedua kalinya
Disediakan Oleh : Gembala Elvena Mosuin
Teks: Matius 24: 29-36
Pendahuluan
Pohon Ara merupakan pohon yang umum boleh didapati di Yudea dan Galilea, selalunya ditanam pada waktu musim panas. Buah Ara merupakan makanan utama bagi orang Yahudi. Apabila daun-daun pohon Ara ini berguguran maka tibalah musim dingin. Manakala, apabila pohon Ara mula mengeluarkan tunas daun menandakan tiba musim menanam. Justeru dengan melihat pohon Ara orang Yahudi akan mengetahui itu adalah waktu menjelang musim panas atau musim dingin. Perumpamaan tentang pohon Ara ini mengajar jemaah tentang bagaimana melihat dan memahami tanda-tanda yang akan segera nyata. Iaitu “Janji Kedatangan Tuhan Kedua kalinya”.
Isi Khotbah
1. Dia datang dengan penuh kuasa dan kemuliaan
Ayat 29-30: Kesan kedatangan Yesus kedua kalinya sangat dahsyat. Hal ini kerana seluruh kekuatan semesta akan tergoncang pada kedatangan-Nya itu. Malah berkemungkinan pada waktu itu juga segala objek ibadah manusia yang salah akan dihancurkan. Kerana ketahuilah bahawa satu-satunya yang boleh disembah ialah Tuhan Yesus di mana Dia akan menyatakan diri-Nya di atas awan-awan yang ada di langit dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya.
Pada zaman yang gelap ini, banyak orang mengembangkan ibadah kerohanian mereka yang digali dari kuasa alam. Hal ini bukanlah hal yang baru kerana sejak dahulu lagi manusia yang diluar Tuhan jatuh dalam penyembahan ciptaan yang dianggap sebagai keberlangsungan hidup.
Tuhan Yesus yang akan datang kembali, bukan lagi bayi kecil yang serba terbatas, melainkan Dia datang dengan kuasa dan kemuliaan-Nya. Dia tidak lagi datang untuk mengampuni manusia yang berdosa menlainkan menghakimi kita semua! Semua bangsa dibumi akan meratap kerana hari penghakiman sudah datang!
Anak manusia akan menyatakan diri-Nya di atas awan-awan. Sesungguhnya awan-awan ini melambangkan hadirat Allah seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Daniel 7:13-14; menceritakan bagaimana Anak Manusia akan datang dan Allah memberikan kepadanya kuasa dan kemuliaan untuk memerintah selama-lamanya. Cerita kedatangan Tuhan Yesus kedua kalinya ini sudah ada sejak zaman Perjanjian Lama lagi. Dan cerita tentang kedatangan kedua kalinya ini turut diceritakan dalam Perjanjian Baru melalui perumpamaan yang diajar oleh Tuhan Yesus sendiri.
2. Berjaga-jaga dan bersiaplah!
Ayat 31-36: Janganlah takut bagi mereka yang percaya dalam nama-Nya. Kerana mereka yang percaya dalam nama-Nya iaitu orang-orang pilihan-Nya akan dikumpulkan dari segala tempat untuk masuk ke dalam sukacita kekal bersama Dia. Kebenaran ini akan memberikan semangat baru bagi semua umat yang percaya di dalam menghadapi Akhir Zaman dengan penuh kekuatan dan pengharapan. Walaupun mungkin kita perlu melewati masa-masa sukar sebelumnya. Kedatangan Yesus kedua kalinya akan terjadi dengan segera dan pasti, sungguhpun mungkin Tuhan tidak menyatakan waktunya. Nampak jelas di sini bahawa Tuhan Yesus tidak mahu umat-Nya lengah dalam menantikan kedatangan-Nya. Bahkan memberi jaminan kepada kita semua bahawa firman-Nya pasti akan terjadi.
Tanda-tanda dan perumpamaan Tuhan Yesus ungkapkan ini memiliki penekanan bahawa “Firman-Nya itu pasti digenapi”! Peringatan Tuhan Yesus ini harus kita tanggapi dengan tetap setia mengikut Dia, serta bertekun dalam melayani-Nya kerana pengenapan janji-janji Allah merupakan suatu kepastian.
Tuhan Yesus mengajar kita semua supaya peka untuk membaca tanda Akhir Zaman. Kita bukan hanya harus membaca Alkitab, melainkan perlu juga membaca situasi zaman yang sedang terjadi di sekeliling kita berdasarkan terang Firman Tuhan. Waktu yang singkat menyedarkan kita untuk hidup bijaksana dan menjadikan perkataan Tuhan Yesus sebagai pedoman hidup. Justeru kerana tidak seorang pun mengetahui saat kedatangan-Nya maka kita patut semakin waspada dan semakin mendalami kebenaran Firman Tuhan.
Aplikasi
Bila waktunya kedatangan Tuhan Yesus kedua kalinya? Malaikat-malaikat di syurga tidak tahu! Tuhan Yesus menggunakan ungkapan “Anak Manusia” untuk menggambarkan diri-Nya dan menyatakan bahawa Dia sendiri tidak tahu bila waktunya. Hanya Allah Bapa yang mengetahuinya. Usaha-usaha untuk meramal hari kedatangan-Nya adalah tindakkan yang sia-sia. Kita perlu bersikap positif dan berjaga-jaga untuk terus berpegang pada pengharapan yang pasti yang telah dijanjikan Tuhan Yesus kepada Kita.
Mari bersyukur untuk janji Tuhan akan kedatangan-Nya! Dia akan mengumpulkan kita semua dalam kekuasaan dan kemuliaan-Nya. Ketahuilah bahawa waktunya sudah dekat dan pasti akan segera datang!
Kesimpulan
Ketahuilah orang yang mengabaikan sabda Tuhan tentang kedatangan-Nya kedua kali sedang mempermainkan masa depannya sendiri. Berhentilah menjadi penyembah yang palsu tetapi amatilah Firman Tuhan dan marilah berjaga-jaga untuk siap menyambut-Nya! Sesungguhnya perkataan yang pernah dikatakan Tuhan Yesus tidak akan berlalu sekalipun segalanya berubah. Itu pasti digenapi dan terjadi! Kita harus mempersiapkan diri!
31 DISEMBER 2020
31 DISEMBER 2020
Tema: Yang Lama Sudah Berlalu, Yang Baru Sudah Datang
Disediakan Oleh : Pastor Nelly Janil
Teks: 2 Korintus 5: 17
Pendahuluan
Begitu cepat masa berlalu. Tanpa terasa kita sudah berada di penghujung tahun 2020, dan akan segera memasuki tahun 2021. Semua orang tentu gembira tapi sekaligus mulai berfikir, kejadian apa lagi yang akan terjadi pada tahun 2021. Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya.
Tapi satu hal yang pasti terjadi di tahun yang baru, kita akan berhadapan dengan persoalan, cabaran dan masalah yang baru. Tetapi itulah hidup, selagi kita masih berada di dunia ini, tetap akan ada persoalan, cabaran dan masalah, bahkan kita tidak dapat menghindarinya. Apa pun keadaan, kita diajar untuk selalu bersyukur dan berharap kepada Allah. Seperti kata firman Tuhan ini “Yang lama sudah berlalu, yang baru sudah datang” Lalu apakah ertinya bagi kita?
Isi Khotbah
1. Ciptaan Baru Di Dalam Kristus
Yang lama sudah berlalu, yang baru sudah datang, maksudnya dahulu kita adalah manusia lama tapi sekarang kita adalah ciptaan baru di dalam Kristus. Manusia lama sama seperti orang yang tidak mengenal Allah, berfikiran sia-sia, tidak memahami dan tidak mengenal tujuan dan erti kehidupan yang diberikan oleh Allah, jahil, degil, tidak mempunyai perasan malu, menuruti hawa nafsu, melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh, dikuasai keinginan yang menyesatkan dan banyak lagi.
Untuk menjadi ciptaan baru, pertama-tama yang harus menjadi azam baru dan tekad baru kita sebagai orang Kristian adalah kita mesti “ada di dalam Kristus” Orang yang ada di dalam Kristus adalah orang yang sudah menerima ajaran benar tentang Kristus, membuang cara hidup yang lama, hati dan fikiran yang sentiasa dibaharui oleh Allah supaya menjadi seperti Dia sehingga dapat mengenal Allah dengan sempurna, mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci, tidak berdusta tapi mengatakan yang benar sebagai saudara seiman, tidak membiarkan kemarahan itu menyebabkan dosa, tidak marah sepanjang hari, tidak memberi peluang kepada iblis, berhenti mencuri, seorang yang bekerja untuk mencari nafkah dengan jujur sehingga dapat menolong orang miskin, tidak menggunakan perkataan kotor dalam percakapan sebaliknya mengunakan kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan bagi mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengar, tidak mendukakan hati Roh Kudus, tidak berdengki, tidak membenci dan tidak geram, tidak bertengkar dan tidak memfitnah orang, baik hati, saling berbelas kasihan dan sebagaimana (Efesus 4:17-32, Kolose 3:10).
2. Yang Lama Sudah Berlalu
Yang lama sudah berlalu maksudnya hal-hal yang sudah lepas, hal-hal yang sudah berlalu dan sudah lama berlaku. Jangan diingat-ingat lagi, dan jangan diungkit-ungkit lagi. Lupakan dan jangan bawa ke tahun yang baru. Berhenti berbuat dosa, dan jangan menyimpan dosa lalu yang terus menghantui dan menghambat pertumbuhan kerohanian dan persekutuan kita dengan Allah.
Jangan simpan dalam hati, jangan berdendam, jangan membenci, jangan bermusuh dan jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Ingat jikalau kita tidak mengampuni kesalahan orang lain, Bapa yang di sorga juga tidak akan mengampuni kesalahan kita (Matius 6:14-15).
Jangan ikut keinginan sendiri kerana keinginan daging adalah maut tetapi keinginan Roh adalah hidup dan damai sejahtera. Hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang (Roma 8:6, 11:18). Allah memanggil kita untuk hidup dalam damai sejahtera (1 Korintus 7:15). Yang lalu biarlah berlalu, kerana yang baru sudah datang, iaitu kalau kita hidup damai, maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan menyertai kita (2 Korintus 13:11).
3. Yang Baru Sudah Datang
Yang baru sudah datang maksudnya Tuhan membuat segalanya baru untuk kita. Bukan berbicara tentang handphone baru, kereta baru, baju baru, kasut baru, beg baru, motorcycle baru, rumah baru dan segala macam azam baru yang selalu kita dengar dari beberapa orang setiap kali menjelangnya tahun baru, melainkan mengingati kasih-Nya, mengingati kebaikan-Nya dan anugerah-Nya.
Tuhan memberikan Roh-Nya kepada kita supaya kita sentiasa mengalami hidup baru di dalam Kristus (Galatia 5:25). Dia menyelamatkan kita bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, kemudian membasuh semua kotoran kita sehingga mengurniai kita dengan kelahiran baru dan hidup baru (Titus 3:5).
Yesus sudah membuka satu jalan baru bagi kita, jalan yang memberikan kehidupan. Jalan itu melalui tirai, iaitu tubuh Yesus sendiri (Ibrani 10:20). Melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita maka kita berbaik semula dengan Allah, dan menerima hidup sejati dan kekal yang kita harap-harapkan (Titus 3:6-7). Yang lama sudah berlalu, yang baru sudah datang.
Penutup
Perubahan apa yang ingin kita capai dan lakukan pada tahun depan? Apa azam dan tekad baru kita untuk Tuhan, untuk gereja, untuk keluarga, untuk masyarakat dan sesama kita? Hanya ada di dalam Kristus, segala perkara dapat kita tanggung di dalam Dia yang memberikan kekuatan kepada kita (Filipi 4:13). Marilah mengakhiri tahun 2020 dengan ucapan syukur kepada Allah, dan melangkah ke tahun 2021 bersama Yesus Kristus Tuhan kita. Yang lama sudah berlalu, yang baru sudah datang. Yakinlah, Dia setia menyertai kita. SELAMAT TAHUN BARU 2021. Tuhan Yesus memberkati kita semua. Amin.
Penerbitan lain-lain oleh PCS Malaysia boleh didapati di laman web PCS Malaysia atau boleh klik pautan ini: