Karnival Citra Kesenian yang akan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di mana menggabungkan 4 kategori pertandingan dalam bidang muzik dan teater.
Penganjuran pertandingan ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi semua aspek dalam seni persembahan dan pelbagai cabang bidang muzik dan teater. Penglibatan murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang diselaraskan ini memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, mencungkil bakat dan memupuk penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.