Memperkukuhkan permuafakatan antara mahasiswa GEMASEK bagi melahirkan mahasiswa kompetatif.
Mewujudkan sinergi dalam kalangan mahasiswa bagi meningkatkan pembangunan organisasi
Melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan seperti mampu menyelesaikan tugasan multi-dimensi seterusnya menjadi role model dalam kalangan mahasiswa UPSI
Menampilkan rangkaian integrasi dan kolaborasi antara mahasiswa GEMASEK dan komuniti luar bagi menerapkan kemahiran sosial dalam diri mahasiswa mengikut kesesuaian situasi.
Mengumpulkan anak-anak negeri Selangor dan Kuala Lumpur di UPSI.
Merancang dan mengadakan khidmat komuniti untuk warga GEMASEK di UPSI.
Menampilkan kemahiran interpersonal dan kebolehtanggungjawaban sosial dalam diri mahasiswa/i mengikut kesesuaian situasi.
Melatih mahasiswa GEMASEK dalam menguruskan sesuatu pelaksanaan dan pengorganisasian secara realistik dan idealistik.
Meningkatkan kemahiran pengurusan menyelesaikan masalah dalam kalangan ahli dan menjaga kebajikan ahli.
Mewujudkan hubungan kesepakatan antara mahasiswa GEMASEK dengan agensi dan komuniti luar.
Memartabatkan imej GEMASEK sebagai persatuan yang bergiat aktif untuk memperkenalkan UPSI di persada antarabangsa