Gold Bullion Storage (GBS)
Daftar Akaun PERCUMA Sekarang
Gold Bullion Storage (GBS)
GBS adalah salah satu kaedah pembelian dan pengumpulan emas secara sedikit demi sedikit melalui akaun simpanan emas dengan modal serendah RM10 secara atas talian.
Konsep GBS sama seperti akaun bank online , bezanya adalah akaun bank memaparkan simpanan dalam bentuk duit manakala GBS memaparkan simpanan dalam bentuk gram emas .
Dengan kata lain apabila anda membeli emas, duit akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa.
Simpanan emas GBS sesuai bagi anda yang ada bajet sekitar RM10 - RM1000 untuk menyimpan emas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa komitment bulanan. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang belum bersedia untuk simpan sendiri emas fizikal yang di beli ini kerana simpanan emas di akaun emas GBS adalah percuma tanpa sebarang yuran simpanan.
Simpanan emas GBS adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 03 Mac 2024 oleh Elzar Syariah & Advisory.
Nota Ringkas Penerangan GBS
Selepas anda mendaftar akaun GB Gold, anda dikehendaki mengaktifkan akaun anda terlebih dahulu.
Anda akan menerima email pengesahan (pastikan alamat email semasa pendaftaran adalah tepat)
Kemudian, anda masuk semula ke website untuk kemaskini maklumat peribadi sebelum membuat pembelian pertama.
Selepas pendaftaran tersebut, anda akan menerima username (GB code) dari GB Gold di platform GBS.
Anda boleh terus membuat pembelian Emas pertama anda di website GB Gold dengan kadar minimum RM10.
Tiada had simpanan, tiada upah simpan, tiada tempoh matang dan tiada tarikh luput.
Anda boleh keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) melalui akaun GBS apabila baki terkumpul telah mencukupi.
Anda boleh jual di dalam akaun secara online tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut.
Pembelian Gram Emas GBS
Harga emas GBS dikemaskini setiap hari setiap 15 minit selepas jam 12 tengah malam . Sebagai contoh, harga emas pada 23 Mac 2024 adalah RM348/gram.
Jadi, jika anda membeli emas RM348 pada hari berkenaan, maka anda akan terima 1 gram emas.
Jika anda beli RM10 , anda akan terima 0.0287 gram.
Jika anda beli RM100 , anda akan terima 0.2874 gram.
Jika anda beli RM1000 , anda akan terima 2.8736 gram.
Jika anda kekurangan modal, sebaiknya usahakan untuk istiqomah menabung serendah RM100 walaupun minima hanya RM10 kerana semakin banyak anda menabung, semakin cepat anda keluarkan emas fizikal.
Gram emas yang dibeli akan disimpan oleh GB Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan. Setiap kali buat pembelian emas, jumlah gram emas akan bertambah dan terkumpul di dalam akaun GBS.
Anda boleh semak jumlah simpanan emas bila-bila masa secara online melalui website GB Gold.
Fungsi Yang Terdapat Pada Akaun GBS
PURCHASE: Untuk anda membeli emas dan automatik ia akan ditukarkan kepada gram emas. Minimum pembelian adalah RM10 ke atas.
SELLBACK: Untuk anda menjual semula emas yang terdapat di dalam akaun kepada GB Gold secara online. Wang tunai hasil jualan akan dimasukan terus ke akaun bank anda dalam tempoh 1-3 hari bekerja.
WITHDRAW: Untuk anda keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) daripada akaun apabila jumlah gram telah mencukupi. Emas akan di pos secara berinsuran kepada anda.
TRANSACTIONS: Untuk melihat sejarah transaksi yang pernah dibuat termasuklah belian, jualan dan pengeluaran.
BUSINESS CENTRE: Monitor kemasukkan ahli baru sebagai downline anda serta semak komisen yang anda dapat hasil pembelian sendiri atau downline(sekiranya anda seorang ejen/dealer)
MY ACCOUNT: Untuk kemaskini maklumat peribadi dan maklumat akaun bank anda. Sekiranya anda seorang ejen/dealer, anda boleh tetapkan penerimaan komisen anda disini sama ada terima dalam bentuk gram emas atau duit yang dimasukkan terus ke akaun bank anda.
Pengeluaran Emas Fizikal
Terdapat pelbagai jenis emas fizikal (goldbar atau dinar) yang ada seperti 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 1/2dinar, 1dinar, 5dinar dan 10dinar. Anda boleh keluarkan mana-mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram telah mencukupi dan memastikan untuk tinggalkan baki 1gram supaya akaun kekal aktif sebagai premium customer. Jika tidak mahu pegang emas fizikal, biarkan sahaja di dalam akaun tersebut.
Sebagai contoh, anda telah membeli emas melalui akaun GBS dan jumlah terkumpul sehingga kini adalah sebanyak 11 gram, jadi anda boleh keluarkan emas fizikal maksimum sebanyak 10 gram seperti:
1 keping goldbar 10 gram atau
2 keping goldbar 5 gram atau
10 keping goldbar 1 gram atau
2 keping 1 dinar atau
4 keping ½ dinar
Untuk emas yang berjumlah 51 gram atau 10 dinar ke bawah , GB Gold akan pos ke rumah secara berinsuran manakala jumlah emas yang lebih daripada itu hendaklah diambil di HQ GB Gold di Shah Alam, Selangor.
Mulakan Simpanan Emas Anda Di GB Gold