Tema GANU EdTech Day 2019 kali ini ialah :
Subtema yang diketengahkan dalam GANU EdTech Day 2019 :
Konsep Ganu EdTech Day 2019 sangat berbeza dengan seminar-seminar yang dianjurkan oleh RUMAHKOD sebelum-sebelum ini. Namun, konsep "daripada guru kepada guru" masih menjadi tunjang utama dalam pelaksanaannya.
Para peserta pada awalnya akan menyertai acara pembukaan yang akan memberi peluang para peserta mendengar harapan dan impian masa depan pendidikan negara daripada penyampai ucaptama.
Para peserta berpeluang mengalami sesi perkongsian inovasi yang akan dilaksanakan secara pembentangan santai. Selama 1jam 30mini pembentang akan berkongsi pengalaman mereka menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan oleh para pendidik di sekolah.
Sesi bengkel memberi peluang kepada peserta untuk bebas memilih topik yang diingini. Para peserta, berpeluang merasai pengalaman mempelajari secara hands-on sesuatu aplikasi, peralatan teknik dan kaedah yang bakal dikongsikan oleh para pendidik yang pakar dalam bidang dan kemahiran masing-masing.
Peserta boleh melawati tapak pameran/jualan yang menyediakan pelbagai tawaran barangan/perkhidmatan. Pempamer dapat meluaskan jaringan perniagaan mereka dengan pengunjung yang hadir.