[ 🛑 BANTAHAN KERAS TERHADAP AKTA PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR ATAU URBAN RENEWAL ACT (URA) ]
GAMIS Perak tampil menyatakan bantahan keras terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act (URA) yang didapati mengenepikan suara komuniti, menjejaskan warisan tempatan, serta mengancam kelestarian persekitaran bandar.
Mahasiswa dan rakyat harus bangkit! Suara kita bukan sekadae bantahan, tetapi tuntutan kepada keadilan.
"𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔𝐈 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀"
GAMIS PERAK 2025/2026
•Isu Penularan HIV Dalam Kalangan Mahasiswa IPT Seluruh Malaysia•
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Perak memandang serius laporan media berkenaan lebih 1,000 pelajar IPT di seluruh Malaysia yang disahkan menghidap HIV. Perkara ini amat membimbangkan dan menunjukkan keperluan kepada tindakan segera dan kolektif oleh semua pihak yang terlibat, khususnya institusi pengajian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta agensi agama dan kebajikan.
Sehubungan itu, GAMIS Perak ingin menegaskan beberapa cadangan utama:
1. Memperluaskan kempen kesedaran dan pendidikan HIV secara berkala di kampus dengan pendekatan mesra mahasiswa.
2. Menekankan pendidikan seksual berteraskan Islam untuk mengelakkan salah faham dan amalan berisiko tinggi.
3. Memperkasa sokongan kesihatan mental dan rohani melalui kaunseling dan bimbingan agama.
4. Memastikan IPT bebas daripada gejala sosial melalui penguatkuasaan dan program alternatif sihat
GAMIS Perak juga menyeru agar seluruh mahasiswa kembali menjadikan Islam sebagai panduan hidup, menjaga batas pergaulan, dan menjauhi unsur-unsur maksiat yang menjadi punca kepada penularan HIV.
Luqmanul Hakim Bin Mohammad
Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS Perak 25/26
"BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA"
GAMIS PERAK 2025/2026
•ANTARA GURAUAN DAN DOSA : S-LINE BUKAN SATU LAWAK•
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Perak memandang serius trend “S Line” yang semakin menular dalam kalangan mahasiswa. Sedangkan ianya perbuatan membuka aib dan berbangga dengan dosa. Trend ini nampak seperti gurauan ringan, tapi hakikatnya membawa kepada kerosakan yang sangat besar dalam diri.
Fenomena ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri, malah membuka ruang kepada perlakuan maksiat secara terbuka yang boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak.
GAMIS Perak ingin menggariskan beberapa saranan utama:
1. Melaksanakan kempen kesedaran untuk melakukan trend yang berunsurkan sopan-santun sekaligus menjaga maruah diri.
2. Memberi penekanan terhadap penjagaan maruah dan adab Islam secara holistik.
3. Memperkukuh bimbingan agama dan kaunseling rohani kepada mahasiswa.
4. IPT perlu menyekat budaya hedonisme yang menyumbang kepada gejala ini.
5. menghayati semula perjuangan nabi dalam mengangkat martabat wanita
GAMIS Perak menyeru seluruh mahasiswa agar kembali kepada identiti Islam yang sebenar. Dengan cara menundukkan pandangan dan memelihara hukum hakam Allah dan menjaga maruah diri. Demi mengelakkan fitnah yang kian tersebar di seluruh dunia dan sebagai usaha untuk menjauhkan diri kita daripada diazab Allah S.WT di hari akhirat kelak.
Fatin Nazhifah binti Nazir
Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS Perak 25/26
“BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA"
[ 🛑 TIADA TEMPAT SISTERS IN ISLAM DI MALAYSIA ]
GAMIS Perak mengecam Tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar fatwa pihak berkuasa agama Selangor. Fatwa itu yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Mereka membawa fitnah kepada Islam dan kerosakan yang jelas kepada masyarakat dengan fahaman yang bertentangan dengan Islam.
Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
GAMIS Perak menyambut seruan solat hajat yang dititahkan oleh Sultan Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 Jun 2025 (Jumaat).
Mahasiswa perlu sedar dan berani menentang kesesatan yang dibawa oleh SIS supaya akidah umat Islam terjaga dan keharmonian negara dikekalkan.
Izhar Falqif Bin Mohd Kamar Zaman
Pengerusi Gamis Perak 2025/2026
"BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA"
[ 🛑 BANTAHAN KERAS TERHADAP AKTA PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR ATAU URBAN RENEWAL ACT (URA) ]
GAMIS Perak tampil menyatakan bantahan keras terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act (URA) yang didapati mengenepikan suara komuniti, menjejaskan warisan tempatan, serta mengancam kelestarian persekitaran bandar.
Cadangan pembangunan semula ini bukan sahaja tidak mengambil kira kesan sosial dan alam sekitar, malah turut berisiko mengusir penduduk asal dan memadam identiti sejarah kawasan terbabit.
Oleh yang demikian, kami menyeru seluruh masyarakat, media dan pihak berkepentingan untuk bersama-sama mempertahankan hak komuniti dan memastikan pembangunan masa depan yang lebih adil, mapan dan berakar pada suara rakyat.
MUHAMAD NA`IM BIN MOHD ADIL
PENGERUSI MAJIS POLITIK NEGERI GAMIS PERAK SESI 2025/2026
"BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA ”