Berpusat di Pekan, Pahang, persatuan ini telah bergiat aktif sejak 2011, menghimpunkan muda mudi sekitar Pahang terutama di daerah Pekan dan Kuantan.
Pada 15 April 2025, persatuan ini dengan rasminya diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-020-06-15042025 dengan seramai 21 orang ahli aktif dan berdaftar. Persatuan ini giat mengadakan kelas gamelan, kajian dan rakaman lagu-lagu gamelan melayu tradisi, serta persembahan sekitar negeri Pahang.
Selain daripada itu, persatuan ini juga berkolaborasi dan membantu Universiti Awam berkaitan kajian terhadap Gamelan Melayu. Antara jaringan persatuan ini ialah Gamelan Gahara Gangsa, Kuala Lumpur; dan Sahabat Gamelan (SaGa) Warisan, Terengganu.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan persembahan, kelas, bengkel dan kajian berkenaan gamelan melayu.
Dr. Akiko Sugiyama (No. 1 dari kiri), Research Fellow Universiti Malaya dan Research Team yang membuat kajian berkenaan Gamelan Melayu.
Mereka tertarik dengan kerja-kerja berkaitan pemeliharaan Gamelan Melayu, antaranya transcribing repertoir-repertoir lama Gamelan Melayu yang “hilang” serta mengemaskini rekod dan notasi lagu Gamelan Melayu.
TAKRIFAN LELA INDERA
"Lela" menurut Kamus Dewan bermaksud kelakuan yang baik, manakala "Indera" merujuk kepada pancaindera atau orang. Lela Indera boleh ditakrifkan sebagai orang yang berkelakuan baik melalui aktiviti kesenian gamelan sebagaimana dihasratkan pertubuhan ini.
PERSATUAN GAMELAN & KESENIAN LELA INDERA PAHANG
(PPM-020-06-15042025)
d/a PP44, Jalan Istana Permai
26600, Pekan
Pahang
lelainderapahang@gmail.com
PAUTAN LAIN