Sejarah Syarikat
Company History
Company History
Bermula dari minat yang "GILA" semasa remaja, Nor Ehsan telah menubuhkan sebuah galeri madu atau lebih dikenali sebagai Galeri Madu BBH.
Tinggal di sebuah kampung di Terengganu di mana terdapat ramai pengumpul madu asli secara tradisional, Nor Ehsan terdedah kepada banyak aktiviti penuaian madu. Minatnya mulai mekar ketika beliau berjaya mengumpulkan 20 kg satu sarang madu lebah setelah beliau menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi seorang pelajar, itu adalah satu pencapaian yang membanggankan.
Sejak itu, beliau telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penternak dan peniaga madu secara komersial. Pada tahun 2007, beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan madu secara sambilan. Kemudian, beliau memutuskan untuk melepaskan pekerjaannya di sebuah institusi kewangan agar beliau dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. Beliau menggunakan simpanan yang beliau dapat dari keuntungannya dan memulakan perniagaan sepenuh masa.
Dengan bimbingan dari Jabatan yang berwajib, Tuan Nor Ehsan telah berjaya menempa nama dalam penternakan lebah (apis Mellifera dan apis Cerana). Beliau juga telah bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan seperti PERTANIAN, FAMA, MARDI dan pemain industri di Negara Jiran ( THAILAND ) bagi memperoleh kemahiran dan pengetahuan secara profesional. Beliau sangat yakin bahawa perniagaan ini berpotensi luas.
Terima Kasih.
Starting with the "CRAZY" interest of adolescence, Nor Ehsan set up the Honey Gallery or better known as the BBH Honey Gallery.
Nor Ehsan lives in a village in Terengganu where there are many traditional natural honey collectors and he has been exposed to many honey collecting activities. His interest began to blossom when he managed to collect 20kg of beehives after taking the Lower Assessment (PMR) examination. For a student, this is a proud achievement.
Since then, he has maintained his ambition to become a commercial honey breeder and trader. In 2007, he ventured into the honey industry part -time. Later, he decided to quit his job at a financial institution to devote himself entirely to the business. He started the business full time with savings from his profits.
Under the guidance of competent authorities, Nor Ehsan has successfully made a name in the beekeeping industry (apis Mellifera and apis Cerana). He also works with industry players in the government sector such as Agriculture, FAMA, MARDI and neighboring countries (Thailand) to acquire skills and knowledge professionally. He is very confident this business has great potential.
Thank you.