tunku muhriz ibni almarhum tuanku munawir
2008-KINI
2008-KINI
Sebuah kerajaan baru bagi memenuhi permintaan dari Sembilan Penghulu,Raja Alam diPagar Ruyong bersetuju menghantar seorang Putera baginda untuk memerintah Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri bersekutu.Raja yang dimasyhurkan ialah Raja Melewar,Putera kepada Sultan Abdul Jalil(seorang daripada Raja Tiga Selo dari Pagar Ruyong) dan puteri Ratna Duata,Puteri kepada Sultan Alif II dan Pagar Ruyong.Baginda tururt menggunakan gelaran Sultan Muhmud Shah.
Selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar yang pertama,seorang pengganti Raja dijemput dari Pagar Ruyong.Lalau Raja Alam menghantar Yamtuan Hitam.Yamtuan Hitam disambut di Penajis lalu memerintah di Seri Meranti.Yamtuan Hitam ialah anak kepada Raja Balambang Ibni Raja Kuaso III dari Pagar Ruyong dan memerintah dari tahun 1795 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1808.
Yamtuan Lenggang juga dikenali Paduka Seri Tuanku Raja Ali. Yamtuan Lenggang pemerintah atau Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-III di Negeri Sembilan, baginda merupakan menantu kepada Raja Hitam. Baginda mendirikan rumahtangga dengan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam.
Baginda menggantikan Tuanku Raja Hitam yang telah mangkat. Tuanku Raja Lenggang bertakhta dan memerintah dari tahun 1808 sehingga tahun 1824. Raja Lenggang merupakan keturunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung, baginda merupakan anakanda kepada Yamtuan Melenggang Alam atau Raja Naro I. Pada tahun 1824, Tuanku Raja Lenggang digantikan oleh putranya, Raja Radin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berikutnya.
Raja Radin atau dikenali sebagai Yamtuan Radin merupakan pemerintah ke-IV di Negeri Sembilan. Baginda memerintah dari tahun 1824 hingga 1861. Baginda merupakan anakanda kepada pasangan Raja Lenggang dan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam. Baginda dilahirkan pada tahun 1802 dan mangkat pada tahun 1861 ketika berusia 59 tahun.
Yamtuan Imam merupakan pemerintah ke-V di Negeri Sembilan. Baginda merupakan saudara kandung Raja Radin. Baginda memerintah dari tahun 1861 hingga 1869. Baginda merupakan anakanda kepada pasangan Raja Lenggang dan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam. Baginda dilahirkan pada tahun 1823 dan mangkat pada tahun 1869
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 hingga 22 Oktober 1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876. Merupakan anakanda Yamtuan Radin dan mempunyai anakanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad Shah
Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah (25 April 1865 - 1 Ogos 1933) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ketujuh, memerintah dari 22 Oktober 1888 - 1 Ogos 1933. Semasa pemerintahan baginda, Negeri Sembilan datang di bawah perlindungan British pada tahun 1889, dan menjadi bahagian daripada Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895.
Baginda juga terlibat dalam perjanjian persetiaan persekutuan 1895, Tuanku Muhammad Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda mangkat pada tahun 1933, selepas pemerintahan 45 tahun, dalam usia 68 tahun. Baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti di Seri Menanti.
Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad (Jawi: توانكو عبدالرحمن ابن المرحوم توانكو محمد; lahir 24 Ogos 1895 – mangkat 1 April 1960) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Maharunnisa binti Tunku Membang.Baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun setelah ayahanda baginda menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun.
Tuanku Munawir juga pernah menjadi Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda berangkat ke luar negara. Dan kali kedua semasa ayahanda baginda diangkat sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama bermula tanggal 3 September 1957 hingga 5 April 1960.
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Jawi: توانكو جعفر ابن المرحوم توانكو عبدالرحمن; hidup 19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
Dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah.
Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Jaafar yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.