Sub Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SOSHCo), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah diwujudkan dan akan bekerjasama dengan COSHAW UCS bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan berjalan dengan lancar.
Lantikan adalah seramai 11 orang :
Pengerusi : Dekan Fakulti / Ketua Bahagian / Ketua PTJ
Timbalan Pengerusi/ Penyelaras : Pensyarah/ Staf yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan adalah diutamakan.
Setiausaha : Mempunyai kelayakan / latihan sebagai SHO (safety health officer) (sekiranya tidak, perlu dihantar untuk latihan)
Ahli Jawatankuasa : Terdiri daripada 4 wakil majikan dan 4 wakil pekerja (kombinasi staf pengurusan/pentadbiran/akademik dan staf sokongan)
Tindakan yang diambil ialah membuat kerjasama dengan PPF dan Syarikat Konsesi (BMES) untuk mengadakan pemeriksaan menyeluruh ke dalam ruang dan bilik – bilik pensyarah di setiap aras.
-Dilaksanakan pada 17 sehingga 23 November 2020.
-Aktiviti yang dilaksanakan adalah merangkumi:
Pembersihan dan sanitasi
Kerja – kerja senggaraan berjadual (mekanikal & elektrikal)
Mengambil bacaan Lux (kadar kecerahan)
Semakan aset – aset lain