Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan plumbing kediaman termasuk pembaikan paip bocor, sinki tersumbat, masalah saluran air dan kerja pemasangan berkaitan sistme pengaliran air. Setiap kerja dilakukan secara teliti, kemas dan mengikut standard profesional bagi memastikan masalah dapat diselesaikan dengan berkesan.
Dengan pengalaman dalam mengendalikan pelbagai masalah plumbing rumah, kami fokus kepada penyelesaian yang tahan lama. Bukan sekadar pembaikan sementara. Lengkap dengan waranti 6 bulan untuk ketenangan dan keyakinan anda.
Paip Bocor
Kami mengesan dan membaiki kebocoran paip dengan tepat, termasuk kebocoran tersembunyi di bawah tanah. Elakkan bil air melambung dan kerosakan struktur rumah dengan tindakan awal yang betul. Penyelesaian kami fokus kepada punca sebenar, bukan sekadar tampal sementara.
Sinki Tersumbat
Masalah sinki tersumbat atau air mengalir perlahan boleh mengganggu rutin harian. Kami membersihkan saluran paip secara efektif dan memastikan aliran kembali lancar tanpa risiko tersumbat semula dalam masa singkat.
Saluran Air Perlahan / Berbau
Bau tidak menyenangkan dari saluran air menandakan masalah dalam sistem paip. Kami kenal pasti punca dan lakukan pembersihan serta pembaikan menyeluruh untuk memastikan sistem pengaliran air kembali bersih, lancar dan selamat digunakan.
Kerja Plumbing Kediaman
Kami menyediakan pelbagai service plumbing untuk rumah termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan. Semua kerja dilakukan dengan kemas, profesional dan mengikut standard. Lengkap dengan waranti 6 bulan untuk ketenangan anda.