Kami mencari penulis artikel Bahasa Melayu (freelance content writer) yang boleh bagi komitmen menghasilkan sekurang-kurangkan 1 artikel setiap hari.
Artikel mestilah 500 patah perkataan ke atas. Dan bukannya artikel "copy-paste".
Sekiranya anda boleh menulis salah satu topik di bawah, anda digalakkan untuk memohon.
Informasi -- eg "Cara Mohon BSH, Cara Keluarkan Duit KWSP" etc
Pendidikan -- eg "Cara Mohon UPUOnline, Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM" etc
Agama -- eg "Senarai Doa Selepas Solat, Cara Solat Dhuha" etc
Travel -- eg "Tempat Menarik Di Langkawi, Tempat Makan Best Di Melaka" etc
Kesihatan -- eg "Petua Menghilangkan Batuk, Khasiat Limau Purut" etc
Resipi -- eg "Resipi Nasi Ayam, Resipi Kek Batik" etc
Bayaran RM100 untuk setiap 3 artikel yang diterbitkan.
Pembayaran akan dibuat seminggu sekali.
Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
Hantar sampel penulis anda ke emel "onlinesemakan@gmail.com"
Pada subjek emel, letak "Freelance Content Writer"
Tulis cover letter ringkas tentang anda
Kalau ada resume lagi bagus!
Jangan lupa tinggalkan nombor WhatsApp (dalam emel) untuk kami hubungi anda.
Jawatan ini terbuka kepada semua yang boleh menulis Bahasa Melayu dengan baik. Kami tiada masa untuk edit setiap kesalahan ejaan anda.
Tajuk artikel akan diberikan (beserta sumber, jika ada). Anda hanya perlu tulis mengikut tajuk yang telah diberikan sahaja.
Fleksibel. Janji kerja siap dalam tempoh yang diberikan. Sekiranya satu artikel memakan masa terlalu lama, kemungkinan kami akan cari pengganti tempat anda.