Fail merupakan salah satu kaedah penyimpanan dokumen yang mengandungi rekod dan maklumat yang dikehendaki. Sehubungan itu, adalah amat penting fail diuruskan secara sistematik dan teratur selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan semua rekod adalah terpelihara dan boleh diakses dengan pantas apabila ia diperlukan. Kegagalan menguruskan fail dengan baik boleh menjejaskan tugas seharian dan memberi kesan negatif kepada organisasi.
Di Kolej Komuniti Baling, amalan terdahulu pensyarah kursus perlu menyediakan dua jenis Fail bagi setiap semester iaitu Fail Rekod Pensyarah (FRP) dan Fail Penyelaras Kursus. Hal ini menyebabkan pengumpulan rekod tidak sistematik kerana pada akhir semester rekod-rekod di dalam fail ini perlu digabungkan. Bagi mengelakkan pertindihan atau pengulangan kerja, idea mewujudkan Fail Pensyarah Kursus ini dihasilkan di mana rekod-rekod di dalam FRP dan Fail Penyelaras Kursus tersebut dimasukkan dalam satu fail. Ia juga memudahkan pensyarah kursus mengemaskini rekod dan data dengan mudah.
Walau bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan lambakan fail yang banyak sekiranya pensyarah mengajar lebih daripada 1 kursus. Oleh yang demikian, sistem ini dibentuk untuk membantu pensyarah dalam pengurusan fail yang lebih sistematik.
Laman web ini dibangunkan untuk membantu pensyarah Kolej Komuniti Baling dalam pengurusan fail pensyarah. Sebagai sistem yang baru digunapakai, ianya diharapkan dapat memudahkan pengurusan pensyarah untuk menyimpan dokumen sedia ada dan dokumen PdP yang telah dijalankan pada semester sebelumnya.
Kemudahan dalam sistem ini untuk membantu pensyarah dalam persediaan dokumen MQA, MBOT dan PeNA yang biasanya akan datang mengejut.
Diharapkan daripada sistem ini dapat meringankan pensyarah dari segi ruang, penjimatan fail dan kelas yang telah dan akan dijalankan.
CARTA ORGANISASI KOLEJ KOMUNITI BALING