1.
Assalamualaikum semua,
OK kali ini nak share sikit pengalaman menjalani latihan praktikal hampir 2 bulan di Forezki Creative, Gerik, Perak.
So bolehlah pengenalan dulu kot. Aku ni student dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Student daripada course Diploma in Science Computer (CS110). Mostly aku banyak fokus kepada coding. Kalau membabitkan design banner apa semua ni memang x pernah la kirenya.Di Forezki ni, mostly fokus pada designing. Iaitu design banner, kad kahwin, banting, Namecard dan lain-lain lagi.
Ok kat sini antara tugas yang perlu aku buat..
-Create a website
-Handling social media
-Potong + Finishing Banner dan Banting
-Installing software
-Design Banner, Banting
-Handle Customer
So selama menjalani internship ni, awalnya agak kurang professional la kerja aku. Tapi sekarang ni bagi aku alhamdulillah la no problem. Dulu potong banner @ banting pun belok-blok, sekarang dh boleh go la. Finishing pun dh okey. Tambahan lagi dari x reti buat design banner @ banting,
tapi sekarang pun on la gitu.
Apa yang aku telah belajar kat sini..
-Cara nak potong @ finishing banner @ banting
-Improve soft skill
-Designing
-Cara handle printing machine yang digunakan untuk
print banner @ banting dan sebagainya
-Cara handle software yang digunakan untuk
menggerakkan machine tersebut.
-Pengalaman sebenar bekerja
Ni serba sedikit tugasan yang diperkenalkan kepada aku..
cuba menggunakan software yang digunakan untuk print banner @ banting
tugasan memotong banner @ banting
tugasan memotong macam adik beradik Namecard la kirenya
Tugasan menampal sticker
Selama yang aku belajar kat sini, walaupun ada yang tidak kena mengena dengan course aku. On je buat keje-keje tu. Aku tahu tu semua skill yang perlu aku ada bila masuk alam pekerjaan yang sebenar nanti. Nak fokuskan kat sini bagi sesiapa yang bakal menjalani latihan praktikal. Bila dapat je
tugasan walaupun tugasan yang diluar skop apa yang telah kita belajar, cuba la buat. X rugi pun sebab kita akan dapat belajar skill dan pengetahuan baru.
Ok ni sedikit tips dari aku..
1. Pastikan firstday kita tnjukkan good impression.
2. Jangan malu jangan segan, tnya je ap yang x faham.
3. Sentiasa prepare buku dan pen, bila sv cakap apa-apa, catat je so bila lupa dh ada catatan dan boleh tanya semula.
4. Rajin kan diri tugasan kita dah siap tanya la ap lagi yang boleh kita bantu.
2.
Hai, assalamualaikum kepada semua yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca . So harini saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya sepanjang hampir 3 bulan membuat latihan industri atau bahasa orang putih nya, intern di Forezki Creative atau orang Gerik panggil kedai ini 'kedai banner 3 jam'. Sebelum ni ada je yang dah buat cerita pasal internship experience tapi tak salah kan kalau saya buat lagi hehe.
Sebelum itu, saya kenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Anis, pelajar dari Kolej Komuniti Gerik. Saya ambil jurusan Sijil Teknologi Maklumat atau nama famous nya, IT. So dalam kolej, saya belajar banyak tentang IT, saya belajar codding, multimedia, buat website, buat sistem menggunak Access dan Excel, JAVA,IOT dan banyak lagi lah.
So basically, Forezki Creative ni banyak fokus kat design. Semua produk yang dijual di sini memerlukan design. Waktu saya belajar di kolej, saya ada je belajar buat design tapi hanya basic sahaja. Gambar pon curi pakcik Google haha...letak ayat sikit pastu siap lah. Itu pon kami pakai Adobe Photoshop tapi tak lebih mendalam lagi lah. Apa yang saya lihat di kedai ini, design pakai Corel Draw dan saya tak tau pulak yang perisian tersebut wujud hehe..maybe saya tak mendalami soal design.
Antara tugas-tugas saya di sini ialah :
- bina sistem untuk job order, baucer gaji, quotation, resit dan invoice menggunakan perisian Access.
- handling social media kedai seperti Facebook dan Instagram, kena update story dan post content baru untuk menarik minat pelanggan.
- handling blog
- gunting sticker
- membuat finishing pipe untuk banting
- potong banner
keje memotong sticker
keje finishing pipe untuk banting
Apa yang saya boleh katakan mula-mula memang kerja saya banyak kene hadap PC tapi bila masuk bulan kedua dan ketiga ini, saya kena banyak bekerja menggunakan tangan. Tapi mula-mula tu memang lah banyak kesilapan, biasa lah orang baru nak belajar tapi dengan segala tunjuk ajar boss saya dan pekerja-pekerja di kedai ini, alhamdulillah saya boleh buat kerja dengan mudah.
So conclusion nya, sepanjang saya intern di sini, saya dah belajar banyak perkara. Walaupon keje-keje di sini lari sedikit dari apa yang saya belajar di kolej tapi saya bole buat dengan ada bantuan dari orang-orang sekeliling terutama nya boss saya iaitu Encik Khairul Hafizi atau kami panggil cik pizi.
Apa yang saya boleh pesan kepada yang korang nak intern nanti, pastikan korang bersedia 100%. Pastikan korang bertanya kalau tak faham dan jangan sesekali tinggalkan bad impression kepada majikan korang. Ok lah itu sahaja daripada saya..thanks lagi sekali sebab sudi baca citer saya yang tak seberapa ini huhu. Apa-apa pon good luck untuk semua yang tengah intern atau pon yang bakal intern nanti !