"KEMURUNGAN MELUMPUHKAN JIWA"

“Che Qiim, saya nak bunuh diri!”

Kes 1

“Che Qiim, bila semuanya dah habis saya berikan pada suami saya, baru sekarang suami ‘top up’ balik.

‘Top up’ balik dengan bawa bercuti ke luar negara. Belikan apa sahaja yang saya nak. Tapi, kenapa waktu ni baru dia nak lakukan semuanya setelah saya berhabis pada dia.”

Kes 2

“Che Qiim, saya dah pernah nak bunuh diri. Dah tak tahan dengan ujian ini. Saya dendam dan marah pada perangai suami. Dan, saya pernah mempersoal Tuhan, kenapa semuanya jadi pada saya?

Dah hujung-hujung baru datang bantuannya. Saya sering mempersoal tuhan dengan kemurungan yang saya hadapi.” ujar beliau dengan lelehan air mata deras dan semakin deras.

******

Anda pernah mendengar kes seperti di atas? Anda pernah melihat atau melalui situasi seperti wanita ini?

Pengalaman merawat individu yang kemurungan seperti ini adalah sebahagian pengalaman dan kisah benar yang boleh saya kongsikan di ruangan penulisan ini.

Isu kemurungan menjadi isu utama menjelang tahun 2020. Statistik daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan juga mendapati kenaikan berganda sebanyak 17% rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan; 29% daripada 12% pada 2011.

Perkara inilah yang saya terangkan secara jelas kepada klien saya baru-baru ini di dalam sesi merawat kemurungannya.

Anda boleh terus membaca ke https://iluvislam.my/kemurungan-melumpuhkan-jiwa/