Saya pernah mengalami OBESITI pada tahun 2013-14, tahun kemuncak berat saya lebih 80kg+. Saya mula sedar akan kepentingan menjaga kesihatan selepas saya disahkan mengidap penyakit Kolestrol Tinggi, Darah Tinggi dan masalah Usus (ada bacaan naik di Cancer Marker Blood Test) pada tahun 2015. Sejak dari itu, saya mula cakna untuk ubah gaya hidup saya, ditambah dengan nutrisi dari set Detox Shaklee.
Selepas saya mengikuti program khas Detox Shaklee, saya dapat kembalikan berat ideal saya 65kg. 3 kunci utama untuk gayakan hidup sihat, yang saya pegang sampai sekarang adalah Kawal Pemakanan Sihat, Rutin Exercise yang Efektif dan Pengambilan Nutrisi yang selamat dan terbukti berkesan.
Dengan displin ini, saya dapat kekalkan berat badan bertahun-tahun tanpa ada kesan "Rebound" naik kembali.
Apabila saya berjaya dengan displin ini, saya mula fikir untuk adakan satu program khusus untuk bantu ahli-ahli Shaklee lain dapatkan berat badan ideal dan kekal sihat serta cergas. Jadi, saya tubuhkan
Geng Detox - Geng Sihat Anda untuk fokus
Projek Kurus dan dalam masa sama, saya tubuhkan
Geng Lari #poweredbyshaklee untuk ajak lebih ramai orang mulakan riadah melalui rutin berlari dan berjalan.
Semoga komuniti sihat ini terus berkembang dalam ikhtiar menjaga nikmat Sihat sebelum Sakit.