INSTITUSI LATIHAN
INSTITUSI LATIHAN
LATAR BELAKANG DAN MAKLUMAT INSTITUSI MENGAJAR
Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (SMK Hamzah) merupakan salah sebuah sekolah menengah yang paling berprestij dan tertua di daerah Machang, Kelantan. Ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama asal Government English School Machang, sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Machang sebelum berpindah ke tapak kekal di Jalan Bahagia pada tahun 1972. Pada tahun 1959, ia telah dinamakan semula sebagai Hamzah English School sempena nama Y.A.M Tengku Muhammad Hamzah, tokoh penting negeri Kelantan yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar. Kemudian pada tahun 1997, sekolah ini secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah.
Dengan keluasan kawasan seluas 6.544 hektar, SMK Hamzah kini dilengkapi dengan tujuh blok bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan termasuk makmal sains, bilik komputer, bengkel kemahiran hidup, perpustakaan, masjid, asrama serta gelanggang sukan. Sekolah ini juga menyimpan sebuah peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua iaitu “batu bersurat Sungai Sat” yang menjadi simbol kenangan penaklukan Jepun di Machang pada 11 Disember 1941.
Sejak penubuhannya, SMK Hamzah telah diterajui oleh lebih daripada 15 orang pengetua, dengan tokoh penting seperti Tuan Haji Shukri Saad dan Tuan Haji Mohd Salleh bin Haji Hussain yang memainkan peranan besar dalam membina dan membangunkan sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai seramai lebih 130 orang guru yang berkhidmat untuk mendidik lebih 1,100 pelajar yang terdiri daripada pelbagai aliran akademik dan vokasional.
SMK Hamzah dikenali sebagai institusi pendidikan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah aktif dalam kegiatan kokurikulum. Dengan moto "Nulli Secundus" yang membawa maksud "Tiada Yang Kedua", SMK Hamzah terus komited untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, berdisiplin dan berwawasan selari dengan aspirasi pendidikan negara.
VISI, MISI , MOTTO SEKOLAH DAN PIAGAM PELANGGAN
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
Misi
Melestarikan sistem pendidikan berkualiti bagi membangunkan potensi setiap individu memenuhi aspirasi negara
Motto Sekolah
NULLI SECUNDUS - SENTIASA TERULUNG
Piagam Pelanggan
1. Memberi pendidikan bermutu , berkesan dan berwawasan
2. Mewujudkan budaya pembelajaran yang ideal dan saksama
3. Memupuk keutuhan dan kecemerlangan jasmani , emosi , rohani dan emosi (JERI)
4. Sedia berkhidmat dengan cekap , mesra dan penuh kewibawaan
5. Sedia akur kepada peraturan dan teguran