Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) merupakan satu keadaan perkembangan saraf (neurodevelopmental) yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi secara sosial, belajar dan memproses maklumat. Setiap individu dalam spektrum autisme adalah unik dan mempunyai kekuatan, cabaran serta keperluan yang berbeza.
Autisme dikenali sebagai gangguan "spektrum" kerana tahap sokongan yang diperlukan serta ciri-ciri yang ditunjukkan adalah berbeza bagi setiap individu. ASD boleh didiagnosis dalam kalangan individu daripada semua jantina, kaum, etnik dan latar belakang.
Sesetengah individu autistik mungkin turut mengalami cabaran dalam pembelajaran, perhatian, pergerakan, pemprosesan deria (sensori) atau tingkah laku penyesuaian.
Walaupun autisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat, intervensi awal dan sokongan yang berterusan dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, interaksi sosial, pembelajaran serta keupayaan menjalani kehidupan harian dengan lebih berdikari dan bermakna.
Introduction to Autism Spectrum Disorder
Autism Spectrum Disorder (ASD) is a neurodevelopmental condition that affects how a person communicates, interacts socially, learns, and processes information. Every individual on the autism spectrum is unique, with their own strengths, challenges, and support needs.
ASD is referred to as a "spectrum" because the characteristics and level of support required vary from one individual to another. Autism can be diagnosed in people of all genders, races, ethnicities, and backgrounds.
Some individuals with ASD may also experience differences in learning, attention, movement, sensory processing, or adaptive behaviour. Although autism is a lifelong condition, early intervention, appropriate therapy, and continuous support can help individuals develop communication, social, learning, and daily living skills, enabling them to achieve greater independence and improve their overall quality of life.
Tidak melihat atau mendengar orang lain
Tidak memberi tindak balas ketika memanggil namanya hanya sekali
Mengalami kesukaran dengan perbualan
Tidak dapat menjangkakan tindakan orang lain
Kesukaran menyesuaikan tingkah laku dengan situasi sosial yang berbeza
Kesukaran berkongsi dalam permainan imaginatif atau dalam berkawan
Appearing not to look at or listen to others
Not responding to one’s name
Having difficulties with the back and forth of converstation
Unable to predict other people’s actions
Difficulties adjusting behaviour to differents social situasion
Difficulties sharing in immaginative play or in making friends
Lambat dan sukar untuk bercakap
Mengulang perkataan atau frasa tanpa maksud komunikatif
Delayed, difficulty with speech
Repeating words or phrases without communicative intent
Mengulangi pergerakan seperti goyang ke depan dan ke belakang
Topik yang diminati terhad
Kecenderungan untuk berpegang teguh pada rutin
Hiper atau hiporeaktiviti kepada input deria
Taksub terhadap sesuatu objek
Repeating movements like rocking back and forth
Limited topic of interest
Tendency to strictly stick to routines
Hyper-or hypo-reactivity to sensory input
Being obsessive about unusual object