Perkataan i-Think dedefinisikan sebagai innovative thinking (pemikiran inovatif) yang bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif, kritis dan inovatif. Program i-Think oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan Peta Pemikiran i-Think yang dirintis di 10 buah sekolah (enam sekolah rendah dan empat sekolah menengah) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.
Meningkatkan Kemahiran Berfikir : Peta pemikiran i-Think membantu murid mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis dan penilaian. Ia membolehkan murid mengorganisasikan idea dan maklumat dengan lebih sistematik dan logik.
Menggalakkan Kreativiti : Dengan menggunakan peta pemikiran, murid boleh mengekspresikan idea mereka secara kreatif.
Membantu dalam Pemahaman: Peta pemikiran membantu murid memahami dan mengingati maklumat dengan lebih baik. Dengan memvisualisasikan konsep-konsep utama dan hubungan antara maklumat, murid dapat menguasai bahan pelajaran dengan lebih berkesan.
Memperbaiki Kemahiran Komunikasi : Melalui penggunaan peta pemikiran, murid dapat memperbaiki kemahiran komunikasi mereka. Ini kerana peta pemikiran memerlukan murid untuk menyusun dan mengorganisasikan maklumat dengan jelas sebelum menyampaikannya kepada orang lain.
Meningkatkan Motivasi dan Minat : Penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran dapat meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap pelajaran. Kaedah yang interaktif dan visual ini membuatkan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna.
Menggalakkan Pembelajaran Kendiri : Peta pemikiran membantu murid menjadi lebih berdikari dalam pembelajaran mereka. Ia memberi mereka alat untuk mengorganisasikan pemikiran dan maklumat sendiri.
Secara keseluruhan, peta pemikiran i-Think merupakan alat yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran lebih berstruktur, menarik dan berkesan.
Peta pemikiran i-Think merupakan alat berfikir yang dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual. Setiap jenis peta ini mempunyai proses pemikiran yang tersendiri seperti berikut:
PROSES PEMIKIRAN : Mendefinisikan mengikut konteks : Sumbang saran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
KATA KUNCI : Jelaskan, Sumbang saran, Kenal Pasti, Meneroka makna
PROSES PEMIKIRAN : Menerangkan atau memperihal menggunakan adjektif - Memperkaya kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti.
KATA KUNCI : Terangkan, Jelaskan, Guna pancaindera untuk menerangkan ; Kualiti, sifat, ciri-ciri.
PROSES PEMIKIRAN : Banding beza
KATA KUNCI : Bandingkan, Bezakan, Persamaan
PROSES PEMIKIRAN : Membuat pengelasan
KATA KUNCI : Asingkan, kategorikan, kenal pasti idea utama dan huraian.
PROSES PEMIKIRAN : Hubungan bahagian seluruh - Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua bahagian utama.
KATA KUNCI : Sebahagian daripada, tunjukkan struktur, ambil sebahagian daripada.
PROSES PEMIKIRAN : Urutan
KATA KUNCI : Susunkan mengikut aturan yang betul, Ceritakan / kira semula, kitaran, tunjukkan proses, selesaikan masalah, mengkaji corak.
PROSES PEMIKIRAN : Sebab dan akibat - menunjukkan hubungan sebab dan akibat. Pada sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan akibat peristiwa tersebut
KATA KUNCI : Sebab dan kesan, pengajaran, jika...maka..., terangkan perubahan, kenal pasti keputusan daripadanya.
PROSES PEMIKIRAN : Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor perhubungan - Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor perhubungan.
KATA KUNCI : Kenal pasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, analogi, kesetaraan.