SEJARAH FESYENOLOGY
Fesyenology berasal daripada gabungan kata 'fesyen' dan 'teknologi'. Fesyen merujuk kepada gaya dan penampilan manakala penambahan 'logy' dibelakang melambangkan kajian atau ilmu. Perkataan 'fesyen' digunakan atas pemilihan tajuk dari buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1(Bab 5). Selain itu, ia juga sejajar dengan fokus inovasi dalam industri fesyen. Misi fesyenology ialah untuk menggabungkan inovasi teknologi dalam dunia fesyen dan memperkenalkan sesuatu yang baru kepada masyarakat.
'Fesyenology' ditubuhkan pada tanggal Oktober 2023 oleh seorang guru profesional dalam bidang Reka Bentuk Fesyen iaitu Cikgu Hareena Fatini. 'Fesyenology' dibangunkan hasil kerjasama 4 guru lain yang merupakan pakar dalam bidang pendidikan dan fesyen. 'Fesyenology' telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bernaung di bawah pemantauan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).