FELCRA BERHAD
KAWASAN SUNGAI SEPULUH, KLUANG JOHOR
KAWASAN SUNGAI SEPULUH, KLUANG JOHOR
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada 1 April 1966 semasa Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri. FELCRA telah ditubuhkan di bawah satu peruntukkan undang-undang yang dikenali sebagai Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan 1966.
Matlamat awal penubuhan FELCRA adalah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu mereka menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup serta nilai kehidupan mereka melalui penglibatan masyarakat di dalam bidang pertanian.
Antara tujuan penubuhan FELCRA ketika itu ialah untuk mengatasi masalah penganugerahan tanah-tanah oleh kerajaan kepada rakyat tanpa sebarang bantuan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat desa khususnya di dalam memajukan tanah-tanah berkenaan bagi tujuan pertanian. Selain itu, masalah pewarisan tanah-tanah oleh masyarakat desa yang keluasan tanah-tanah tersebut semakin kecil sehingga tidak ekonomik dan akhirnya tidak dapat membantu masyarakat desa di dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Akibatnya, banyak tanah-tanah desa yang terbiar yang tidak boleh dimajukan dengan pertanian.
Selain itu, penguatkuasaan peruntukkan-peruntukkan dibawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 juga memainkan peranan penting di dalam pembukaan tanah-tanah desa untuk tujuan pertanian. FELCRA juga memainkan peranan pentingnya di dalam pengambilalihan rancangan-rancangan tanah kerajaan negeri yang boleh dianggap tidak berjaya dan seterusnya program-program pembangunan tanah-tanah pertanian ini diserahkan kepada FELCRA.
Setelah 30 tahun FELCRA menyumbang ke arah pembangunan tanah-tanah luar bandar, pada 1 September 1997 FELCRA telah dikorporatkan dan dikenali sebagai FELCRA Berhad. Status FELCRA pada awal penubuhannya sehingga 1997, telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun Persekutuan kepada sebuah Syarikat Korporat Milik Penuh Kerajaan (juga dikenali sebagai Syarikat Kaitan Kerajaan-GLC). Dengan penukaran status berkenaan, FELCRA telah dibolehkan untuk melibatkan diri di dalam bidang-bidang pertanian yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.
Dengan berasaskan kepada pengalaman-pengalaman pada masa lalu, FELCRA Berhad kini sedang memperlbagaikan bidang-bidang kegiatannya melalui penyertaan FELCRA di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang-bidang perniagaan yang lebih bersifat global.
FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya disamping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi yang mengimbangkan antara program yang berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.
Pengkorporatan FELCRA selepas September 1997 adalah tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan di dalam Akta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997.
Pejabat Kawasan dahulu yang semua peserta tahu berada di Taman Sri Paya, Kluang.
Bermula 09/11/2023 pejabat kawasan telah berpidah di Bandar Sri Impian, berhadapan tasik.
LOKASI PEJABAT FELCRA BERHAD KAWASAN SUNGAI SEPULUH :
NO 180 JALAN SERI IMPIAN 8/1D,
IMPIANA SQUARE, BANDAR SERI IMPIAN,
86000 KLUANG, JOHOR
Untuk makluman semua, Felcra Berhad Kawasan Sungai Sepuluh mempunyai 3 projek iaitu seperti di bawah:
Ladang berada di Paloh
Ladang berada di jalan Padang Tembak
Ladang berada di Kg Tengah Dalam
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang tahun 2022 sehingga terkini :
BOLEH TEKAN BUTANG DI BAWAH UNTUK FOLLOW PAGE MEDIA SOCIAL KAMI UNTUK INFO-INFO TERKINI ATAU WHATAPPS JIKA ADA PERTANYAAN LANJUT :