Muhamad Fazri Bin Hassan atau lebih selesa dengan panggilan Fazri merupakan anak jati Sandakan, Sabah. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Gas Sandakan dan SK Sungai Padas Sandakan sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah rendah di SMK Libaran Sandakan dan kemudiannya berpindah ke SMK Elopura Bestari Sandakan.
Beliau telah terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai salah seorang pelajar Pertukaran Malaysia ke Amerika Syarikat di bawah AFS Malaysia selama 6 bulan ketika berumur 18 tahun.
Beliau kemudiannya telah menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu bermula Julai 2012-November 2017 dalam Bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SK).
Kemudian itu, beliau telah dihantar untuk mengajar di sekolah rendah lama beliau iaitu SK Gas Sandakan pada tahun 2018 sehingga kini (2020) sebagai Guru Pendidikan Khas.
Sepanjang perkhidmatan beliau telah terlibat dalam beberapa perkara seperti:
Pembentang Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2018
Pembentang Together Transforming Education (TTE) International Conference & Exhibition 2018
Juara Pertandingan Reka Cipta Belia Peringkat Negeri Sabah 2018.
Tempat Ketiga Pertandingan KIK Daerah Sandakan 2018.
Naib Juara Pertandingan KIK Peringkat Negeri Sabah 2019
Pembentang Teknopen Sabah 2019
Pembentang Special Education International Conference (SEIC) 2019.
Johan Pertandingan Inovasi Daerah Sandakan 2020 Kategori Pendidikan Khas
Naib Johan Pertandingan Inovasi Bahagian Sandakan 2020 Kategori Pendidikan Khas
Anugerah Emas International Digital Invention and Innovation Challenge 2021 (IDIIC 2021)
Penerima World Changer Awards July by SENIA International 2021
Anugerah Guru Inovatif PPKI Daerah Sandakan 2021
Penerima 3 pingat emas dalam International TS25 Colloquium 2021.
Pautan kepada penulisan artikel kajian saya yang diterbitkan oleh UPSI dalam Jurnal Pendidikan Bitara
14. Anugerah Emas E-Seminar Penyelidikan & Inovasi Dalam Pendidikan (e-SPeDiP) 2021.
15. Juri Pertandingan International Virtual Expo Of Innovation Product & System Design 2021 (IN-VIDE) 2021
16. Anugerah Guru PPKI Komited Daerah Sandakan 2022
17. Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Negeri Sabah 2022.
Terima kasih juga kepada penulis blog di bawah mengenai saya.