Farmasi Duyong Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 7 Disember 2023 dan kedai pertama dibuka pada bulan Januari 2006. Semenjak dari itu, syarikat ini telah berkembang menjadi 4 cawangan di bawah nama Farmasi Duyong.
Selain daripada menjalankan perniagaan komuniti farmasi secara runcit, kami juga membuat pembekalan ubat-ubatan, peranti perubatan, dan barangan kesihatan ke agensi-agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), instutisi pendidikan dan pusat komuniti.
Farmasi Duyong Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Farmasi Al-Arif Sdn Bhd. Fokus kami adalah untuk mengembangkan bisnes farmasi dengan menambah cawangan farmasi di serata negara dan berusaha mencapai matlamat syarikat iaitu untuk memberikan servis terbaik pada pelanggan Farmasi Duyong.