PENGENALAN
Farmasi As Syifa merupakan sebuah syarikat perubatan yang ditubuhkan pada tahun 2016. Antara produk yang disediakan kepada para pelanggan contohnya seperti produk kesihatan, kecantikkan, perubatan, pemulihan, peti pertolongan cemas, pelbagai jenis vitamin dan banyak lagi produk keperluan farmasi. Selain itu, Farmasi As Syifa juga menyediakan khidmat professional dalam memberi nasihat tentang pemilihan produk yang bersesuaian dengan pelanggan serta memberi informasi yang tepat berkaitan sukatan pengambilan yang betul bagi sesuatu produk.
Untuk makluman, farmasi as syifa dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera islam iaitu Puan Nik Fadzilah Binti Maawiah. Alhamdulillah, setakat ini, Farmasi As Syifa terus berkembang maju dan sekarang memiliki 4 cawangan farmasi di Kelantan termasuk farmasi As Syifa Jeli. Antaranya ialah Farmasi Fedrowell Jeli, Farmasi As Syifa Gua Musang dan Farmasi As Syifa TM Tanah Merah.