Tulisan Rencong atau boleh dikenali sebagai Incung merupakan bentuk tulisan terawal di Alam Melayu menurut penulisan Shamsul Aizuwani Nawi et al. (2023). Mengikut carian di laman web Wikipedia, rencong membawa maksud serong kerana tulisan ini ditulis secara menyerong. Tulisan ini banyak digunakan di Sumatera Selatan dan banyak didapati dalam era Kerajaan Srivijaya. Antaranya termasuklah Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jambi dan Minangkabau. Seterusnya, disebabkan pada awal era Melayu Kuno tiadanya kemudahan seperti kertas, pen, pensel dan teknologi, tulisan ini kebanyakannya dijumpai d atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan batu bersurat. Contohnya, tulisan Rencong ini dijumpai di sebatang tiang batu di Kota Kapur, secara spesifiknya adalah di Bangka Barat pada tahun 1892. Tiang batu ini boleh dilihat di Rajah 1.1 menceritakan mengenai kisah sumpahan raja kerajaan Srivijaya. Tambahan itu, tulisan ini kekal digunakan sehingga pada abad yang ke-18, sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Rajah 1.1 : Tiang batu di Kota Kapur.
Rajah 1.2 : Diambil daripada wikipedia aksara rencong.
TULISAN DAN BACAAN AKSARA RENCONG
Rajah 1.3 : Tulisan Rencong
Cara menulis dan membaca tulisan rencong boleh dilihat pada rajah di tepi (Rajah 1.3). Tulisan Rencong ini mempunyai suku kata berikut seperti ka, ga, nga, ta, da, na, pa, ba, ma, ca, ja, nya, sa, ra, la, ya, wa, ha, a, mba, ngga, nda dan nja. Tanda baca dan cara baca boleh dilihat daripada bagaimana tulisan itu dibentuk. Huruf yang ditandakan dengan tanda titik atau sengkang yang terletak di bawah, atas ataupun di sebelah huruf tersebut asalnya akan tetap dibunyikan huruf tersebut jika tidak dinyatakan berbunyi a adalah penanda untuk dibaca sebagai huruf lain seperti huruf vokal e, i, o, u, ai, au, ataupun bermakna huruf tersebut adalah pangkal suku kata seperti -ng atau -h. Huruf-huruf ini boleh dicantumkan bersama-sama untuk menghasilkan suku kata Bahasa Melayu yang difahami. Tanda selepas huruf na, jika dicantumkan dengan tanda baca u dan -ng akan dibaca dengan bunyi nung. Terdapat juga tanda berhenti atau tanda mati yang disebut sebagai tanda bunuh yang dituliskan secara jelas pada huruf vokal a yang ditambah; contohnya huruf ka dicantumkan dengan tanda bunuh akan menjadi -k.